Brighton Pier: Light & Easy
BERTEMAKAN light & easy kami pun merancang destinasi hujung minggu yg ini pula. Sebenarnya dah lama kami nak ke Brighton ni, tapi asyik asyik je tergendala. So kali ni kami memang dah nekad nak pegi tak kiralah cuaca oke ke tak. Kami bertolak lambat, jam 11 baru gerak, drive pun slow2 relaks2 je. Kiri kanan jalan penuh dengan pokok pine. Dan kawasan yg berbukit2 masih berkabus walaupun dah dekat tengahari.
Kami sampai dalam pukul 1.30 pm. Terus saja kami mencari Brighton Pier, memandangkan memang kami cuma nak ke sini sahaja. Susahnya nak dapat parking. Walaupun berbayar tapi rata2 yg parking semuanya 4-6 jam punya parking. Bila berjaya terus park keta 4 jam dan jalan2 kawasan tu, memang relax lah takde rushing2. Cuaca memula cam nak hujan pastu terus panas sampai aku pun terpaksa bukak jaket. Lina tetap lah dengan vest dia sebab angin yg bertiup kencang tu sejuk katanya tapi bagi aku its bearable.
Lihatlah keindahan alam ciptaan Allah yg Esa, Subhanallah.... Tak penah rasa angin laut sekencang ini...
Angin laut yg bertiup tu bess sangat. Kencang tapi tak melekit. Ombaknya kuat betul memukul pantai. Berderu2 bunyinya. Tapi kat sini tak sesuailah untuk mandi manda. Pantai dia pulak bukan pasir tapi penuh dengan batu2. Lain la ambient nyer. Syok. Sampai2 je aku dah terasa yang kami akan ke mari lagi. InsyaAllah tahun depan.
Nabila & Daddy bergambar di atas Brighton Pier berlatar belakangkan bandar Brighton... Cantik kan?
Yg bessnya lawatan ni pun jimat juga. Sebabnya nak masuk Brighton Pier ni percuma, free dan tak payah bayar. Nak naik rides dia, bayo le. Takkan yg ni pun nak free kot, melampau tul lah!! hahaha. Kami pulak cuma jalan2 tengok orang naik all the decent and crazy rides yg ada kat situ. Kami tak naik satu pun. Memula nak la jugak try rumah hantu dia, tapi baby cam Nabila tak dibenarkan naik. So kansel la... Kami lepak2 je kat bench dia yg banyak kat situ. Hirup udara laut saja. Tak tau la betul ke tak, tapi advertisement kat situ mengatakan Brighton Pier ni is the best fun fair kat South England ni. Funfair berkonsep di tengah laut.
Some of the rides are very colourful. Cantik. So terpikat la org ramai nak naik.
Betul la kot sebab dah pegi pier yg kat Bournemouth dulu tak le se bess cam ni. Pastu kat tengah2 pier tu ada banyak gerai dan ada jugak ruang untuk ice scating. Kalau la aku tau main roller blade sah sah aku dah join ice scating tu. Satu lagi yg paling menarik perhatian aku ialah game Bumper Car untuk bebudak. Kiut2 je kereta dia dan bebudak yg naik tu pun kiut2 jugak. Seronok tengok diorang bawak kereta haru biru je rupanya. Tapi tetaplah bebudak ni bersungguh2 bawak keta gila tu. Kelakar bila ada satu budak ni dah abis ride siap nangis sebab tak mau turun. Hehehe...
Tu dia... kami asyik menengok bebudak main bumper car. Nabila pulak tengok ke lain. Belah belakang tu ada macam mini marry go round sebenarnya. Tu la kot yg Nabila asyik menoleh tu...
Lagi rides 360 degree dia dan hadiah patung2 yg dia gantung2 sebagai penarik. Nabila, usik2 aje tau, jgn amik!
Lepas dah puas menghabiskan masa kat atas pier tu, kami bergambar lagi. Sebenarnya banyak gambar yg kami tangkap lebih 50 keping, tapi biasalah blog ni ada quota pulak untuk gambar so tak dapat lah nak letak kat sini. Kami sempat gak turun ke kawasan pantai dia. Kami cari cafe kat situ dan duduk santai menghirup secawan hot chocolate. Nabila pulak time tu dah lena, maklumlah dah kenyang makan mix vegetable lasagna dia. Pastu kami jalan2 ke kedai tepi pantai dia, cam biasa cuma beli fridge magnet sahaja. Oh ya.. kat sini ada jugak rock train yg katanya telah beroperasi sejak tahun 1883 lagi. Kalau korang park keta jauh korang boleh naik ketapi ni. Tapi sebab kami suka dengan angin laut yg bertiup kencang tu kami ambik keputusan untuk jalan kaki sahaja.
Nabila bergambar ngan mummy pula dgn latar belakang cam gambar ngan daddy tadi, cumanya kali ni dari sebelah kiri Brighton pier tu.
Sebenarnya banyak lagi attraction dia kat sini, tapi lain kali lah kami ulang lagi. Trip cam ni memang bess, menepati tema kami... light and easy. Pastu kami terus lah balik... Yg kelakarnya, bekal nasi lauk rendang dan paprik yg Lina masak kul 6 pagi tak makan pun. Asyik sangat kat pier tu sampai tak bukak bekal. Last last kami buat makan dinner... hahaha.
Oke lah.. dah malam ni. aku nak tido, esok nak bangun awal nak pi Home office nak buat visa Nabila.
.
And you.... you take care oke.
.
Bye....
.
.
**** ** ****
6 Comments:
seronoknya g tmpt camni ek.. tp kalau aku kan yeop.. mmg aku tak naik satu pon.. aku ni gayat sket.. dlm keta klu turun bukit pon dah rasa darah aku naik ke kepala.. lg lah nak naik roller coaster.. TOBAT..!!
buat la fotopages... bleh upload gambar banyak2... www.fotopages.com
boleh kasi email pada anjang tak?
-anjang-
http://anjangdahar.blogspot.com
hana: wife aku kata... ko naik je. Dah sekali naik mesti nak naik lagi. hehehe...
dwen: fotopages tu ke? tau.. ramai member yg buat... tengoklah nanti.
anjang: i.azamsirajab@lycos.com ii.azamsirajab2005@yahoo.com
:)
Asssalamualaikum.....kpd diri abg dan isteri,Moga sihat selalu.
Jangan lupakn org2 disekitar anda...
Post a Comment
<< Home