• Saturday, February 03, 2007

    Spain: Granada ~ Day 4

    HOLAAAA! Masih di Spain lagi rupanya. Hari ni hari terakhir sebelum pulang semula ke London malam kang. Hari ke-4 ni kami split ngan Rosdi. Bukannya apa, Rosdi decided to go to Seira Nevada to experience snow but we have actually booked our holiday to Geneva exactly for the same reason. So we thought we should save the excitement for Geneva la kan. Jadinya kami made a plan to go on a sight seeing bus tour. Pagi tu kami gerak lambat sikit, dlm kul 11 pagi baru kami start. Tiket bas tu tak le mahal sangat. Dalam 11euro sorang & boleh turun naik seberapa banyak kali korang nak and it covers sampai 3 hari! Naik je bas ni dia bagi kita ear-phone (pastu amik terus) dan kita cucuk la kat dinding bas tu. So setiap kali dia pass by tempat2 menarik kita leh dengar la apa ada kat kawasan tu atau pun sejarah yg terdapat kat situ. Berbaloi la aku rasa pada sapa yg suka nak tahu tentang sesebuah tempat dan culture diorang. So sambil naik bas tu kita leh faham la kisah2 sebalik setiap jalan, bangunan, bukit2 kat situ pun dia al-kisahkan. Ada banyak cek point dia, tapi memandangkan kami dah sampai ke hari terakhir, kami pilih2 sahaja lah.
    Sapa la yg tayang baju Granada depan museum ni, ntah!???
    Memula sekali kami berhenti kat check point no 2. Kat situ ada museum. Menarik jugak sebab time tu dia ada buat titanic show, tapi malangnya it will take at least 3 hours. So tengok jam dan congak2 tak sempat la pulak. So we decided just to tangkap gambar je la. From the museum tu kami jalan kaki ke arah yg kawasan Istana. Ada pulak org dok main game apa ntah. Snap gambar lagi. Di sepanjang jalan tu kami tengok banyaknya pokok limau mandarin ni. Diorang tanam macam kita tanam pokok bunga kertas untuk cantikkan bandar, camtu la. Buah limaunya pulak bukan main lebat dan dah masak. Peliknya takde pulak orang yg nak sebat buah2 limau ni. Merata2 la pokok limau ni. Lina dah geram nak petik je tapi kami was2, kot nanti kena tahan dengan dewan bandaran diorang sia sia je kan. Puas bergambar kami pun kembali tunggu bas sight seeing yg takde bumbung tu.
    Game ni aku rasa kat Olimpik pun ada... alah yg baling guli besar gedabak & guli sapa paling dekat dengan bola merah dia menang! Apa syoknya game ni pun aku tatau...

    Pokok2 pun kuning2 dan merah2 je daunnya, musim luruh dah abis tapi daun dia tak gugur...
    Tunggu punya tunggu... bas tak sampai2 pulak dah. Rupa-rupanya bas yg dijanjikan ada 2 cuma 1 saja yg beroperasi, yg satu lagi curik tulang la tu. Masa kami tunggu bas tu sempat jugak kami berkenalan ngan 1 couple mat salleh dr England. Diorang yg tegur kami dulu. Macam2 jugak la kami borak. Bila bas datang aku pun sound la driver bus tu... "What happen to the bus frequency, we waited 45 minutes!??" tetiba je mat salleh yg borak ngan kami tu mencelah "... and we waited for 1 hour 20 minutes!" Uish dia lagi lama rupanyer, hahaha. Pastu kami terus amik seat dan mat salleh tu panjang lak membebel siap nak report kat bos bus tu la, apa la...kitorang senyum je.

    Bergambar kat taman yg luas. Taman ni kalau 2-3 kali pandang cam design yg depan stesen keretapi Ipoh je lah.

    Di pintu masuk Al-Cartuja. Besar tempat ni, tapi tak leh lawan al-Hamra la...
    Masa dlm perjalanan tu kalau tak silap check point no.4 ada tempat nama dia Al-Arabia. Kat situ ada shopping complex yg besar. Kalau korang masuk, korang leh la pekena kebab dan makanan arab yg seangkatan dgnnya. Kami terus sahaja ke check point no 6. Tempat tu nama nya Al-Cartuja. Ramai yg rekomen pi tempat ni... rupa-rupanya church lama. Cantik diorang kata dalamnya. Apa hukumnya kita masuk church sebab saja nak tengok2 seni arkitek diorang ha? Boleh ke? Tapi masa kami sampai tu dia tutup for lunch break. Pukul 3 ptg baru nak bukak balik. Memandangkan time tu baru pukul 1.30pm kami tak jadi nak tunggu. So trus la proceed tempat lain. Lepak jap kat kedai souvenir dia.
    Kedai souvenir kat al-Cartuja. Tengok2 je...
    Keluar je dari kedai souvenir tu tatau nak buat apa, sebab bas pun tak sampai lagi. Aik ada lagi pokok limau kat sini??? Memandangkan Lina asyik geram je nak memetik buah limau tu, aku pun tanyalah mamat kat kedai tu, dia kata petik je, no problem. So Lina pun apa lagas terus tak kasi can, amik sebijik. So masa tunggu bas tu kami alas perut ngan limau tu la... rupa2nya.. masam ya hammat!!! patut arrr takde org tringin! huhuhu... hampeh! Tapi takpe.. janji Lina dpt jugak merasa buah limau tu, harap takde la anak aku nanti meleleh je air liurnya... hahaha.
    .
    Lina petik betoi2, aku acah2 je... heheh...
    Pastu kami terus ke check point no 8. Kat sini la main town dia. Sebenarnya tempat ni kat kaki bukit al-Hambra tu je. Kat sini kami spend quite sometime dan lunch kat kedai labenese yg jual kebab kat situ. Korang kalau nak beli souvenir, kat sini la tempat nya. Aku rasa you can get a good bargain. Just make sure korang tawar especially kalau kedai tu cam cokia & buruk je. Tapi kalau korang masuk kedai souvenir yg siap beraircond, takyah la tawar ya... sah sah fixed price punya, no diskaun2... tapi kalau beli banyak dia bagi la kalender percuma, hahaha.
    Satu lagi kat sini walaupun orgnya tak paham english tapi ada jugak sign board yg korang boleh faham. Cam yg belah kanan ni, walau pun dia tulis bahasa spanish tapi ada sikit2 bunyi bahasa inggeris, so boleh tahu jugak lah kan yg dia maksudkan tu pejabat pelancongan. So dont worry lah, lagi pun bandar Granada ni bukan besar mana pun. Lepas tu kami amik lagi sight seeing bas yg kecik pulak. This time Nabila dah laloq so kami tak berenti kat mana2 check point pun. Just buat satu round sight seeing and it took only 1/2 an hour. Jalan punya la sempit. Patut la bas yg disediakan pun cuma mini bas je. Gerun jugak especially masa dia mendaki dan turun bukit pastu tetiba dia buat corner pulak! huh!
    .
    Di depan hotel Alixares, tempat menginap 4 hari 3 malam kami...
    Lebih kurang jam 6 petang kami bertemu semula ngan Rosdi dan bersiap2 untuk bertolak pulang ke London. Begitulah habisnya 4 hari kami di Granada ni. Tatau la bila nak ke mari lagi. Sepanjang kami di Spain ni setiap hari Nabila tak habis habis dengan 'apa khabar'nya sampai naik letih lah uncle Rosdi menjawab. hehehe. Pada Rosdi & family, insyaAllah ada rezeki kita round the world sesama lagi. So...tu je lah cerita di Spain ni...


    Muchas Gracias.


    ...dah habis daaa.


    **** ** ****

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home