• Friday, February 09, 2007

    Switzerland: Geneva ~ Day 1 & 2

    Tempat: Chamonix, Mont-Blanc & Mare de Glace
    BONJOUR! Jom ke Switzerland jom. Memula ingat nak ke Zurich tapi flight fare sangat mahal, so kami divert ke Geneva. Geneva ni merupakan bandar ke-3 terbesar di Switzerland ni. Tujuan utama ke sini sbb nak experience snow. Nak tengok org main ski. Seperti biasa kami bertolak petang dan sampai malam. Malam tu kami dah bawa bekal siap2, nasik ngan sambal malas... Hahaha. Kami lepak kat Hotel Starsbourg betui2 dua blok away from main rail station dia. Lepas dah soroo, just tido tunggu esok pagi utk lawatan.
    Utk hari Ahad tu aku dah book siap siap day-tour Chamonix & Mont Blanc melalui internet. Tempat pick-up point dia cuma jalan kaki je dr hotel. Convenient sgt. Bas sampai tepat kul 8.30pagi, kami je pelancong dr Asia. Yg lelain semua org putih, org hitam pun tadak. Bas tu pulak double decker dan kami dok atas. So pemandangan memang marvelous. Sebenarnya Chamonix ni terletak di France, so kena bawa passport. Sepanjang jalan tu bila dia lepas je bandar Geneva, fuhhh cantiikkk. Snow dah turun malam sebelumnya so semua kawasan putih saja. Bersih. Lain betoi pemandangannya dari yg biasa kami saksikan di London. Perjalanan nak ke Chamonix tu amik masa dlm 1 jam setengah, tapi sikit pun tak membosankan. Memang fantastic la pemandangan dia yg berlatar belakangkan pergunungan Alps. Masa sampai tu dia berenti kat kaki Mont-Blanc, so sapa yg nak naik ke puncak (di panggil dengan nama Audu-Midi), turun kat sini. Kami tak naik sampai ke puncak Mont-Blanc tu sebab tingginya melebihi 3000kaki. Tourist guide tu pun tak advise sebab bahaya untuk Nabila. Tekanan tinggi katanya. Jadi kami ikut bas & turun kat railway station kat Chamonix.
    Memula sampai tak ramai orang....
    Pastu makin meriah.... comel je tengok bebudak pun main ski...
    Sambil nak tunggu lunch kul 12.30pm kami amik keputusan untuk terus ke tempat org main ski. Kami sampai agak awal jadinya tak ramai sangat yg main. Pastu makin lama makin ramai. Nabila pulak, bukannya nak di letakkan dlm salji asyik nak berdukung sahaja. Apa yg ditakutnya pun ntah. Sejuk kot dan dia rasa pelik sebab mana mana putih je. Kami continue enjoy the scenery, nak buat snowman pun terlupa bila Nabila asyik nak bergayut... tapi memang lain la experience kali ni. Still tenang dan enjoy dan relax sungguh. Lama kami spend masa kat sini. Cuma sejuk je tak tahan. Pastu kami terus ke cafe dia... pekena hot chocolate dan lepak2. Nabila pulak tak mahu pakai glovenya. Asyik nak cabut, so tangan nya naik merah dan sejuk sekali.
    .
    Daddy: Besss..., Mummy: Yess besss...
    Nabila: Uwaaaaaaaaaaaaaa..... sejukkkk!!!
    On the way balik dr tempat ski tu kami singgah kedai souvenir dia. Ayoyo.. sini barang dia mahal lah! Kalau nak di bandingkan dengan Paris kira cam 2 kali ganda mahalnya. So takde la beli banyak benda... nasib dia pakai Euro, so duit lebih balik dr Granada tu leh la guna lagi...

    Tak dapat main ski, bergambar ngan org yg main ski pun jadi lah. Kebetulan minah ni ngan anak dia lalu sebelah kami, terus ajak bergambar...
    Jam 12.30pm kami berjumpa semula ngan group yg naik ke Audu Midi tu kat restoran LM. Aku order Salmon & potato, Lina mintak Special Vegetarian dish dan Nabila membuta dlm strollernya, hahaha... Sedap jugak masakan dia tapi kata lina dia punya order tu tak sedap langsung! Masa lunch ni lah kami berkenalan ngan family dr Toronto, Mark & Christina dan anak lelakinya. Quite oke depa ni begitu ramah sekali.
    .
    Pemandangan puncak Mont-Blanc dr dlm bas dan gambar jambatan yg bas kami lalui semasa ke Chamonix.
    Lepas je abis lunch kami bergegas pula untuk naik keratapi ke Mare de Glace. Nak ke situ kena naik satu jejambat dan Mark ni la tolong aku mengangkat Nabila yg dok lepak dlm strollernya tu. Naik pulak keretapi ni sekali lagi kami disajikan ngan pemandangan yg cantik sekali. Nampak perkampungan kecik2 jauh di kaki gunung dengan bumbung rumah diorang putih diselaputi salji. Pastu kat bahagian lain menyaksikan puncak2 pergunungan Alps yg juga bersalji. Pastu ada juga salji yg tersangkut kat dahan2 kering dan daun2 pokok pine. Lawa sungguh la. Keretapi ni nak naik ke atas tu amik masa dlm 20 menet.
    .
    Di puncak Alps. Gambar belah kanan ni Lina bersama ngan tourist dr Northern Ireland. Diorang yg dtg tegur kitorang dulu sambil berkata " Hello, u come from my favourite part of the World!"
    Sampai sampai ke puncak tu... dapat lah tengok puncak Alps camana rupanya. Pastu sapa nak tengok glasier kena pulak amik cable car turun, pastu ada beratus2 anak tangga kebawah. Kami park stroller Nabila kat atas dan konon nak pi la tempat glasier tu. Baru beberapa anak tangga lepas turun dr cable car tu Lina dah rasa penat. Aku yg dukung Nabila ni pun terasa gak payahnya. Org yg naik semuanya termengah2. Pastu ada satu couple mat salleh tu nasihatkan kami takyah turun, katanya just tengok2 ais dlm gua pastu tengok beratus2 student yg menangis keletihan je. hehehe. So we took his advise dan bergambar sahaja. Sebenarnya for profesional skier diorang suka turun kat kawsan glasier tu. Kat situ ada cam track ski yg mencabar dengan banyak corner2 dan slope berbahaya. Dah puas bergambar kami naik balik.
    Kalau korang perati betui2 korang leh nampak org main ski kecik2 je kat belakang gambar Lina ngan Nabila ni...
    Pukul 4.30 petang kami berkumpul semula kat railway station di Chamonix tu. Bas pun bertolak semula ke Geneva dan tiba lebih kurang pukul 6.30 petang. Kami pun dah letih, so malam tu beli kebab, ngap dan... tido le apa lagi... so memang recommended la amik package untuk ke pergunungan Alps ni. Berbaloi dan puas hati...
    Ok... esok ke mana pula?


    Tungguuuuuuuuu....
    .
    **** ** ****

    4 Comments:

    Blogger DBI said...

    thanks ..DBI tinggalkan pesan dulu..nanti dtg balik utk baca...linklah..DBi tak kisah...

    bestnye duk obersea...

    2/13/2007 1:36 am  
    Blogger asr said...

    Sudah di linkkan. Tq.

    Hujan emas negeri org,
    Hujan batu negeri sendiri...

    :)

    2/13/2007 10:26 am  
    Blogger DBI said...

    tetaplah nak hujan emas tu..nak buat buat balik negeri sendiri..hehehe..berjalan sakan korang yer...

    2/14/2007 4:33 am  
    Blogger asr said...

    Dah 2 tahun kat sini, baru nak merasa berjalan...

    Nak emas, pi kat Poh Kong, bawak kredit card skali, hahaha...

    2/14/2007 5:50 pm  

    Post a Comment

    << Home