Tempat: Lausanne, Ouchy & Montreux
Lepas breakfast kat hotel yg cuma ada beberapa jenis roti dan cereal tu kami terus saja ke
railway station dia. Try to be adventure sikit, so main book je train tiket ke Montreux dengan transit di Lausanne. Sebenarnya kalau korang tak berapa berani, ada package bas tour to visit these places. Tapi korang kena spend lebih sikit. Kami cuma bayar dlm CHF98 for two untuk tiket pegi balik. Kalau amik tour package, sorang dah kena CHF153. Jimat banyak tu. Dalam kul 10.15 pagi train bertolak dr Geneva. Train ni amat cosy. Dengan kerusi yg empok dan agak luas.
Belakang tu bank apa ntah kat Lausanne. Saja rakam kan gambar bangunan dia yg agak menarik.
Tapi kami kelam kabut terus masuk cabin yg patutnya untuk silence traveller. Maknanya tak leh talipon, takleh buat bising. Patut la mamat swiss tu jeling semacam masa Nabila buat bising. Pastu dia membebel apa ntah dlm bahsa french bila ada mamat India tu tak habis2 talipon cari diomond supplier! hahaha... dah separuh jalan baru la aku perasan sign silence cabin tu... ops. Rasa bersalah lah pulak, pastu aku ajak Lina & angkat Nabila pindah ke kabin yg boleh buat bising... kosong, takde ramai orang & lebih selesa di sini. Pemandangan semasa dlm perjalanan ke Lausanne ni biasa je, cam kita naik KTM nak balik ke utara. Padang luas dan rumah satu satu tengah bendang.
Pemandangan bandar Lausanne masa menyeberangi Pont Ch-Besserie, yg tajam2 tu la Cathedral diorang yg dibina dlm tahun 1150.
Bila sampai je kat Lausanne, 1st thing yg aku buat serbu tourist booth dia dulu. Kat situ kitorang diberikan map Lausanne. Dalam map tu dah ada route yg boleh kitorang ikut dan what to expect at each checkpoint. Senang. Tapi pada yg ada sakit lutut atau org tua tua aku tak syorkan korang dtg kat bandar Lausanne ni. Jalan dia semua berbukit2 dan tinggi pulak tu. Mengah ooo nak menolak stroller Nabila. Bila dan sampai puncak, tup tup ada bukit lagi... turun bukit, naik balik. Adushhh... memula ingat nak spend cuma 2 hours kat sini, end up dr kul 11 pagi sampai 2ptg kami kat sini. Cam biasa main attraction diorang ialah cathedral. Ada juga istana lama (gambar kanan -dikenali dengan nama Chateau St-Maire, dibina dlm tahun 1397) yg dah ditutup untuk kunjungan org ramai. So bergambar dr luar je. Sebenarnya apa yg ada di Lausanne ni semua ada di Geneva, cuma satu sahaja... stadium Olympic - kat sini ada. Lepas dah penat mendaki dan turun bukit kat central Lausanne tu kami amik bas no 2 ke Ouchy. Kelam kabut nak beli tiket ni... ye la ada satu minah ni nak tolong tapi asyik la dia speaking French. Mana la aku paham. Stakat bonjour dan merci tu tau la aku kan... rupa2nya dia suh kitorang pi tukar coins sebab duit note dia tak terima. Bila dapat je tukar duit coins kat kedai runcit minah tu hilang pulak dah. Hampeh! Tapi takpe... rupa2nya kat mesin tiket tu ada bahasa english daaa... hehehe tu la pasal tak mau tengok awal2. So kami pun amik la bas no 2 tu ke Ouchy untuk tengok stadium Olympic tu. Bas station dia pun senang nak paham. setiap stop dia ada nama dan tertulis punya besar. Infact dlm bas pun ada cam screen yg bagitau what stop is next. Mudah. Kalau nak pegi museun tu kena naik bukit kat belakang water fountain ni. Lina dok lepak, aku naik sesorang...
Turun2 je bas terus nampak punya banyak la kapal2 kat sini. Rupanya dia betoi2 kat tepi Lac (tasik) Leman (tak tau la kot nama tasik ni diambik dr nama org melayu kita, hehehe). Mesmerising la pemandangan dia. Tapi masa tu berkabus... so gunung2 Alps yg melatar belakangkan tasik tu kurang jelas. Mungkin masa kami pi tu hari bekerja so kosong la jugak kawasan ni. Ada la satu dua couple yg dok lepak, peluk2, romantik2 dan ada yg membaca mengadap tasik tu yg aku jadikan mangsa untuk capture gambar kami 3 beranak. Padan muka diorang, hahaha. Pokok2 yg dah togel di taman semasa menuju ke Quais d'Ouchy...
Tempat ni di kenali sebagai Quais d'Ouchy. Dibina dlm tahun 1901, dan jalan tepi tasik ni menyambungkan the old port(1793) dengan Haldimand Tower (1823). Seperti yg korang leh nampak it provides a very beautiful flourished embankment.
Pastu kami pun menyusurilah Lac Leman tu dan terus menuju ke musee Olympic dia. Tak jauh dlm 200 meter je. Tapi ianya terletak di atas bukit. Lina dah semput dan tak larat nak jalan. Nabila pulak tido dlm stroller dia. So aku naik sorang je. Pelik la diorang ni... museun diorang tutup hari Isnin. Ahad dia bukak pulak! huhuhu... so bergambar di luar saja lagi.
Perut dah lapo, mana tidaknya dah pukul 3pm masih tak lunch lagi. Akhirnya kami pekena vegetarian burger dan Nabila pun terjaga time ni. Pas soroo, kami terus amik train ke Montreux pula. Kali ni pemandangan sangat cantik sebab sepanjang jalan keretapi ni menyusuri tasik Leman tu. Tenang dan sungguh romantic. Pada sesapa yg baru menikah sesuai la honeymoon kat sini, hahaha. Nabila tak mau dok diam.
Bandar Montreux yg lebih segar warna2 pada bangunannya.
Sampai je kat Montreux ni kedai pun dah macam nak tutup. Logikla kan, kami pun sampai lambat sangat. Yg berbezanya kat Montreux ni ialah barang dia lebih mahal. Konon nya taraf hidup org kat sini lebih tinggi berbanding dengan kat Geneva atau Lausanne. Bangunan dia pun walaupun design tak le moden tapi tetap bercat baru dan segar. Naik seri la kata orang. Kami just jalan2, slow2, rileks2 amik angin. Sejukkk memang sejukkk, tapi tahan jugak. Jumpa pulak dengan playground and Nabila asyik naik kuda kayu tu. Belakang kuda kayu tu ada replica org bertanduk berekor main band yg di buat dr rumput2 kering, huhuhu. Dah nak hampir gelap kami pun decided to go back. Nabila enjoy naik kuda kayu walaupun cuaca sejukkk masa tu...
Sunset di Montreux... cantik jugak pemandangan dia kan?
Kali ni train agak penuh. Kami terus ke Geneva dan train amik masa dlm 1 jam 15 menet. Aku ngantuk nak tido, tapi Nabila terus nak berjaga. Huhuhu. Sampai2 Geneva rasa masih kenyang lagi. Lina pun sama. Terus ke hotel... ngan tidak di duga, dinner makan maggi je. Memang Lina ada bawak kot2 emergency. Walau pun naik mual aku telan jugak, malas nak kuar beli makanan. Malam tu lena terus... dan esok ada satu hari lagi di Geneva ni... Oke. tido dulu. .Chiow..**** ** ****
2 Comments:
waaaa....bestnyyeeeerrrr.....jealous sungguh......ni yang menyesal xikut ni...hehehe..korang takpela..boss...bila2 time free...kitaorg ni..kerja,nak carik kayu,nak carik kayu...hehehe..nabila dah terror jalan...wah,wah..bersiaplah korang lepas ni..enjoy every moment...
Ops, sapa gerangannya anonynmous ni?? Rasa cam kenal,tapi tak nak lah main teka2 kang silap pulak. Hahaha...
Yup, Nabila dah jln tak menang tangan nak jaganya...
:)
Post a Comment
<< Home