• Friday, February 16, 2007

    Switzerland: Geneva ~ Day 4


    Nabila sungguh seronok dpt berjalan sendiri pada hari terakhir di Geneva...
    MACAM biasa bila last day kami akan spend kat bandar tempat menginap. In this kes Geneva itself la kan. Lepas check-out hotel dan tinggalkan beg kat situ, kami ke tourist booth dia amik map Geneva pulak. Patutnya ada old keretapi yg boleh bawak kita ke tempat2 menarik kat Geneva ni, tapi memandangkan train tu cuma beroperasi during summer so terpaksalah kami menapak je. Menapak pun oke sebenarnya sebab tak jauh mana pun route dia.
    Tu bukan keretapi tau... tu di panggil Tram. Kat mesia belum ada lagi, kat London pun takda. Ni lah dia sistem keretapi atas jalanraya, dia share ngan pengangkutan awam yg lain cam bas & teksi.

    Memulakan perjalanan, kami menyeberangi Pont du Mont-Blanc (jambatan Mont Blanc ~ gambar kiri) untuk menyaksikan the highest water fountain in the World. Dari jauh lagi dah nampak, tapi water fountain dia ni takde la cam kolam or decoration kat bawahnya. Cuma satu paip air besar yg dituju ke atas. Ia terletak betoi2 kat tepi tasik di Geneva ni. At all times ada org yg akan pantau arah angin. Kalau angin berubah je ke darat dia akan matikan water fountain tu. Bukan apa, sebab banyak bot yg berlabuh kat situ, takut tempias dan bot2 tu akan tenggelam, baru haru... Water fountain ni dr 1891 lagi dah jadi lambang Geneva ni, tapi tak lah setinggi ini. Cuma pada tahun 1951 diorang mula ada autonomous pumping station yg menyedut 500 liter air sesaat yg dipancutkan setinggi 140 meter pada kelajuan 200km/jam! Ha... amik kau! Tu la jadinya water fountain tertinggi di dunia tu...
    Jet d'Eau de Geneva... buruk beno aku tutup kepala ngan plastic bag, hujan daaaa...

    Kat Switzerland ni juga terkenal dengan jam. Antara yg famous jenama Tissot, Raymond Weil dan Swatch. Cookoo clock pun terkenal kat sini. Alah... jam dinding yg bila cukup jam je akan keluar burung dr tingkap dan bunyi koo koo, koo koo...haaa tau dak? hehehe... kat mesia pun ada tapi tak banyak kot. Kat tengah2 bandar dia pulak ada flower clock. Ianya terletak di tepi Jardin Anglias (English Garden) dan wujud sejak dr tahun 1955 lagi. Bila time spring lagi lah cantik, kalau dtg kemari jangan lupa bergambar disini.
    Jam tu menunjukkan kami berada disini pada 11.02am pada 6.2.2007.

    Dekat dgn Jardin Anglias ni ada satu tugu 2 orang pompuan yg terletak di hujung Mont-Blanc Bridge. Gambo belah kanan ni la. Kedua dua pompuan ni memegang double edge sword, memakai baju kaler bronze dan merenung ke tasik dan juga kaki horison. Apa maknanya tugu ni? Ha... yg sorang tu melambangkan Geneva dan sorang lagi tu melambangkan Helvetia yakni Switzerland. Inilah dia simbolik kepada penyertaan Geneva ke dalam Switzerland pada 12.9.1814.
    Pastu kami jalan lagi menyusuri tasik tu terus ke Parc de la Grange. Park ni telah di jaga sejak tahun 1945. Kalau musim bunga, taman ni akan dipenuhi dengan 40,000 bunga rose! mesti cantik kan? Buat masa ni cuma hijau saja dan anak2 pokok dah mula menampakkan dirinya. Kami lepak kejap dok kat bench tengah taman tu. Sejuk2 camni pun ada org jogging pakai sehelai t-shirt ngan suar pendek je! Gilo apo? Nabila pulak lelap dlm stroller dia yg cam beg tido tu. Lama dia lena. Dekat 15-20 menet jugak lah kami lepak kat situ. Akhirnya kami teruskan sight seeing kami. Pokok2 kat tepi jalan semuanya dah takde daun. Yg peliknya pokok ni punya ranting pun gugur. So aku wonder whether masa summer pokok2 ni semua berdaun ke tak, sebab kat London takde pulak jumpa pokok camni time autumn or winter. Kagum. Tu la ciptaan Allah kan... macam2.
    Nampak tak pokok2 yg gondol yg ranting pun takde... magic kan??

    Aku pasti korang mesti penah dengar pasal persidangan Geneva kan? So dah terlanjur kat sini aku pun make sure kitorang dapat bergambar dengan bangunan United Nation. Rupanya ada 2-3 bangunan United Nation kat sini. Tapi yg main is the one with hundreds of flags tu. Bangunan dia pun amat jauh dr entrance dia. Semua tu for security reason la tu... Bergambar ala kadar sahaja lah. Masa nak ke bangunan WTO kami singgah jap ke Ariana ceramic museum. Malangnya dia tutup pulak hari Selasa. Pelik2 la diorang ni, ada yg tutup hari Isnin ada yg tutup Selasa... kalau cam kita tutup hari Ahad je kan?? Jadi kami bergambar dari perkarangan museum tu sahaja.


    Nun jauh ke belakang bangunan UN ni. Tak leh masuk sesuka hati... just bergambo dr luar je lah.
    Ni lah dia Ariana ceramic Museum. Kalau tengok dekat2 cantik bangunan dia...
    Bila dah sampai ke bangunan WTO tu tamat lah satu round mengikut train punya route. Kalau naik train dlm 1 jam dia cover semua tu. Sebab kami menapak so kami spend masa dr jam 11 pagi sampai kul 3.30 petang. Perut pun dah berkeroncong kami singgah makan kat kedai Thai. Order tomyam seafood, ikan talapia masak cili api, kangkung goreng tauchu. Tomyam dia sedappp tapi ikan tu too big for 2. Lepas perut dah tak berkeroncong lagi kami spend masa kat kedai2 souvenir pulak. Memandangkan Nabila seronok tengok Cookoo clock tu kami pun amik la sebijik. Jam 6 petang kami sampai semula kat hotel. Dari situ kami ambik teksi ke airport dan tamat lah percutian 4 hari 3 malam kami di Geneva.
    United Nations High Comissioner for Refugees. Kurang dr 3% UNHCR punya bajet dtg dr United Nations, selebihnya dr sumbangan org ramai. Sejak 1951 UNHCR telah membantu 50 ribu pelarian & memenangi 2 Nobel Prizes Keamanan.
    Ni pulak di hadapan bangunan World Trade Organisation.
    Dah nak balik baru terasa letihnya. Tapi puas hati dengan percutian yg ini. Semuanya berjalan lancar seperti yg dirancangkan. Ntah bila nak ke Switzeland lagi. As a conclusion, kalau korang nak dtg Switzerland ni, make sure korang ni jenis yg suka tengok pemandangan sebab itu lah dia punya main attraction. Kalau korang tahu cakap french lagi bagus... but most of them can speak english. Barang dia mahal2. So bawak la cash lebih sikit bagi yg suka membeli belah. Dan ingat, walaupun dia salah satu EU country, tapi dia tak pakai matawang Euro ya... dia pakai Swiss Franc atau singkatannya CHF. Wokeh... habis dah cerita kami di Geneva....

    Babai Switzerland and Merci.
    **** ** ****

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home