Yorkshire ~ Sight Seeing Dalam Gelap
YA... kembali kita menjelajah England ni. Hajat aku nak ke Leeds sampai juga akhirnya, tapi sebelum tu aku nak ucapkan special thanks to Bad & family yg sudi menerima kami menginap di rumah mereka selama 2 malam. Oke jom panaskan enjin... vrooom vrrooommm.. ke york kita!
Berbekalkan GPS yg di pinjam dan di setkan oleh Bad, kami terus meluncur mengikut arah A64 ke York. Perjalanan amat mudah sekali sebab pegi hari Isnin, so tak [Nabil & Nabila] banyak keta.
Berbekalkan GPS yg di pinjam dan di setkan oleh Bad, kami terus meluncur mengikut arah A64 ke York. Perjalanan amat mudah sekali sebab pegi hari Isnin, so tak [Nabil & Nabila] banyak keta.
Kalau ikut GPS dari Leeds ke York cuma amik masa dlm 35 minit je... tapi... ceng ceng ceng... kami bertolak kul 11 pagi, kul 4 lebih baru sampai! Ayo... sebab apa agak nya??? hehehe... sebab kami ternampak sign board Designer Outlet, so terus melencong! Cittt! Yg kelakarnya... Bad dah setkan GPS tu dengan suara sekali... so bila kami melencong ke designer outlet tu, GPS tu tak abis2 lah re-route balik dah suh aku turn left, turn right, left, right sampai naik penin aku dengar, dia ingat aku sesat kot.. hahaha.
Gambar ni diambil masa nak chiow dr Designer Outlet... angin kuat, melayang winter coat mummy, dah jadi macam The Matrix la pulak, hahaha.
Wah... besar sungguh designer outlet yg ini. Nama dia Guilt-Free shopping mall... ya-ya je dia bagi nama guilt free... dia tak tau nak beli sebijik barang kat situ pun menggeletar ni nak bayar! Guilt free apanya??? hahaha. Dari luar tak lah nampak besar sgt, tapi bila masuk luas ya amat.. letih nak pusing. Memula tu ingat nak terus pusing abis... tapi skip2 juga. Ditambah pulak tengah2 kami syok tengok barang, Nabila pula okk-okk!!! huhuhu... Busyuuuuuuuukkkk! Adushhh, bag napkin dia dlm keta pulak tu. Tak pasal2 kena patah balik.. jauh siot!!!
Bila Nabila dah 'wangi' semula, baru kami sambung lagi. Just tengok2, usik2 dan kemudian letak balik... sebab winter sales dah lama selesai, summer sale pulak lambat lagi. Jadinya barang2 takde la murah mana. Kalau ada pun diskaun, takde la dia slash harga gila gila... Tapi sempat la jugak kami sampaikan hajat member kami yg kat mesia yg nakkan sesuatu dr situ. hehehe. Puas hati katanya! Nanti kami poskan ya... (you know who u are!)
Dah abis membeli-tingkap (window shopping) kami pun ke kereta semula. Masa ni perut lapo dan kami park keta jauh sikit for privacy lantas terus bukak bekal yg Faezah (wife Bad) bagi - buat susah2 je (ayat standard, huhuhu). Dah soroo dan tenaga pun sudah di re-charge kami terus ke destinasi yg sepatutnya. Tu la pasal kul 4 lebih baru sampai.
Sampai2 je kat York tu kami pun carilah Castle Area. Ada pulak road block... jem sikit.. tambah lambat la lagi. Malangnya kedai2 kat sini semua tutup pukul 4 rupanya. Huhuhu... satu kedai souvenir pun dah tak bukak. Kat sini ada tembok yg korang boleh jalan untuk melihat bandar dia. Design dia lebih kurang cam tembok Besar China. Kalau larat untuk berjalan buleh keliling satu bandar york ni... tu la dia nya dipanggil dengan nama City Walk. Best gak berjalan atas tembok ni... dapat tengok pemandangan yg lebih menarik.
Ni la tembok besar YORK! Nampak cam sama level ngan rumput tu je kan, tapi sebenarnya lebih tinggi lagi...
Cuaca pulak memula terang pastu jap je tukar gelap dah... sebab tak tau bila nak mai lagi, kami jalan jugak sight seeing dlm gelap tu, tak kira!!! Mujur Nabila tak meragam. Sejuk jugak lah di york ni, tapi masih boleh tahan. Kami jalan menyeberangi sebatang sungai kat situ. Apa nama dia aku pun tak tau... gelap dah so tak nampak signboard dia. Sebenarnya aku dah penah sampai sini, tapi dulu, lama dah, naik bas ikut trip org bawak, so ingat2 lupa...
Nabila di tengah bandar York... dah gelap dah masa ni... baru kul 5 lebih!
Lepas je sungai tu terus nampak York Minster. Tangkap gambar ala kadar. Pelancong dr China pun ramai juga masa tu. Sepintas lalu je pastu terus ke area Castle. Sampai2 je memang dah tak nampak apa. Museum dia pun dah tutup. Tetaplah berposing jugak... lantaklah nampak ke tak. Bersemangat betoi. Tapi memang tak banyak yg nak ditengok di York ni... sebab kawasan Garden dia tak berbaloi nak pi sebab malam dah. Lagi pulak bukan time spring... bunga pun tadak. Banyak lorong2 kat sini sempit2... kiri kanan kedai semuanya. Tentu meriah kalau kami dtg awal. Tapi tak kisahlah.. kalau bukak pun kami cuma tengok2 je... bukan beli pon, bajet holiday la kata kan.
Tu lah dia the Clifford Tower, the castle's central. Dibuka dari pagi sampai kul 4 ptg sahaja!
Try amik banyak juga gambar tapi banyak yg tak menjadi. Kawasan tu pun dah lengang. Org pun dah cam burung balik ke sarang. Kami je yg masih merewang kat situ... hehehe. Sebab dah takde apa dah nak ditengok kami pun terus ke keta semula. On the way balik tu jalan betul2 lengang. Tapi Alhamdulillah berkat GPS yg Bad kasi pinjam, driving menjadi begitu mudah bila ada suara yg navigate... pun begitu tetap lah aku kompius ngan satu dua direction dia tu. Biasalah aku, raja sesat. hahaha.
Tengok, orang pun dah takde. Lorong tu tak lah segelap tu tapi malap... kami redah jugalah, what choice do we have? huhuhu...
Nasihat kami, kalau sampai ke York ni tuju terus ke attraction dia dulu... kalau nampak signboard designer outlet tu, tutup mata. Bukan apa... shopping anytime leh shopping, plus tempat tu tutup kul 8 malam daaa... Malam tu Faezah order Chinese... walaupun dah kenyang... tetap mengunyah lagi. Hehehe... nyam nyam nyam... eh.. korang makan apa???
Bye.
**** ** ****
2 Comments:
sorry tak sempat baca ur previus entry...uoll duk london ni. student ke kerja?/ berjalan siti situ sana sini yer..heheheh
Takpe... ada masa jenguk2 lah.
Kerja. Sabtu ahad or public holiday je jalan2.
:)
Post a Comment
<< Home