• Sunday, March 11, 2007

    Satu Hari di Isle of Wight

    Selamat Datang ke Sandford Holiday Park...

    YEAAAHHH... hari minggu datang lagi. Lepas je abis kerja hari Jumaat tu aku pun terus berkonvoi dengan Mozak menuju ke Sandford. Kitorang menyewa sebijik caravan 3 bilik dan terus bermalam di situ. Esoknya dalam pukul 8 pagi kami bertolak pulak ke Lemington to catch a ferry to Yarmouth, Isle of Wight. Pulau ni letaknya di selatan England ni. Kalau kat tempat kita tu macam pergi ke singapura la. Kecik je kawasan dia, drive dari west to east pun cuma amik masa dlm 1 jam lebih je...

    Ni bukan one way ya... sempit siot!!!!
    Sesampai je kat Yarmouth kami ke tourist information dia dulu. Amik map dan mula lah plan tempat mana yg nak di jenguk. Memandangkan kami kena catch balik ferry ke main land dalam jam 6.30ptg so kami decided to start from the east kemudian balik semula ke west Isle of Wight ni. Mozak jalan dulu sebab dia ada navigator, kami ngekor je dr belakang. Jalan memula oke pastu makin lama makin kecik. Jalan tu bukanlah sehala tapi boleh muat untuk1 kereta je, camna tu??? huhuhu... nasib lah sepanjang perjalanan kami, cuma sekali je berselisih, selebihnya smooth saja.
    1st destination kami ialah di Sandown. Angin bertiup kuat sebab kat tepi laut. Tapi aku rasa pantai dia ni tak berapa sesuai untuk mandi. Malah dia ada bina tebeng, so kalau air pasang ombak akan datang dan pukul tebeng tu menyebabkan air akan terpercik ke atas. Something different la. Tapi masa kami pi ni air nya pasang tak pasang. so tadak la incident percik memercik ni.
    Kat situ jugak ada museum namanya Dinasour Isle. Museum ini merupakan museum pertama yg dibina khas tentang dinosaur di Britain. Isle of wight ni juga adalah lokasi utama perjumpaan rangka2 dinasour di Europe ni. Fossil2 yang di pamerkan ada yg di jumpai seawal tahun 1819 lagi. Museum ni tak lah sebesar mana tapi oke lah jugak. Kalau bawak bebudak sekolah memang sesuai sebab dia ada sediakan cam kertas soalan. Jawapan pada soklan2 tu semuanya ada semasa lawatan tu. Farah memang suka la... tapi Nabila syok bebas lepas merayau dalam mini dinasour museum ni.

    Kalau terror apa nama Dinasour ni? Ada dlm crita Jurassic Park.

    Ni pulak rangka Neuvanator. Tulang dan fossilnya di jumpai pada tahun 1976 di bahagian southwest Isle of Wight ini... tahun tu aku baru belajar bejalan daaa...
    Pastu kami bertolak pulak ke Bembridge. Kat sini terdapat satu satunya windmill yg "terselamat" di Isle of wight ni. Ianya dibina sekitar tahun 1700 so dah lebih 300 tahun usianya. Last sekali windmill ni beroperasi dalam tahun 1913. Sekarang ni tak berfungsi lagi lah, cuma jadi tempat orang tangkap2 gambar je. Gambar Lina ngan Nabila yg kat belah kanan ni nampak cam poskad kan? Dah dapat tengok windmill kat sini, tak yah lah gi amterdam lagi... jimat duit gue, hahaha.

    Bergambar 1 family...

    Pastu bergambar ramai2... mak ayah mozak, farah, sue, fahmi Lina dukung nabila dan aku...
    Puas dah bergambar ngan windmill ni kami pecut pulak ke Carisbrooke castle. Tapi masa on da way tu sempat singgah ke bembridge airport. Alamak... kape terobang dia kecik2 la. Macam private jet je. Aku rasa maksimum leh muat 10 orang je kut. Kawasan runway dia pun cam dalam padang bola sepak je. Huhuhu...

    Tu nampak tak kape trobang yg cinonet je tu. Cam remote control punya je kan???
    Sampai sampai ke Carisbrooke castle kami soroo dulu. Bentang surat khabar, bukak bekal dan bedal!!! Nasik walau pun dah sejuk, tapi sedapp je rasanya, hehehe... biar perut kenyang dulu baru senang nak jalan kan. Masa ni Nabila dah start tido dlm car seat dlm keta. Sedar sedar dah dekat pukul 3.30 ptg daaa... alamak, castle pulak nak tutup pukul 4! Tapi alang2 dah sampai kami masuk jugakk, tak pedulik... dapat lah jugak kami masuk ke castle's museum. Barang2 yang di pamerkan kebanyakannya related dengan King Charles I selain mempamer2kan alat-alatan perang semasa zaman English Civil war dulu. Organ tertua di dunia pun ada kat sini. Di buat dr bronze pulak tu. Patut la tahan beno!

    Di pintu masuk Carisbrook Castle.
    Museum ni sebenarnya telah di ilhamkan oleh Princess Beatrice, anak bongsu kepada Queen Victoria, yg telah membukanya pada tahun 1898 sebagai mengenang akan mendiang suaminya Prince Henry. Kat dalam castle ni lah jugak King Charles I pernah dipenjarakan pada tahun 1647 sehingga beliau menghembus kan nafasnya yg terakhir. Tempat2 lain dlm castle tu tak sempat lah nak explore. Tembok dia tu kalau kita nak tengok nice view kena panjat tangga, tapi kaki aku pun dah lenguh. Lina pun tak larat dah katanya. So kami pun dok lepak kat bawah je kat laman dia. Cuma aku nampak Mozak sorang je yg sampai ke atas, pose ala-ala hero Hindustan bergambar. hehehe...

    Kat sini pun ada zoo, tak masuk pun. Stakat bergambar ngan sign board dia je...
    Dah abis tu kami pun tatau nak merayau kemana sambil nak menunggu ferry kul 6.30ptg. Susah betoi nak bejalan time ni sebab kebanyakan tourist attraction dia tutup pukul 4. Nasib lah ada satu dua kedai souvenir dia yang bukak lagi. So merayap, tengok tengok barang. Memula tak mau beli apa2 tapi dah tengok tengok tu terambik juga! Kami sampai semula ke caravan dalam pukul 9 malam. Soroo pastu semua dah lembik. Nabila memang tak bangun2, tido terus ngan jaket2 dia sekali sampai ke pagi... Konklusinya... Isle Of Wight ni, recommended la jugak. Kalau nak tengok banyak benda dlm satu kawasan yg kecik... sini la tempat dia. Macam2 ada!!!
    Wokeh... aku nak jenguk apa Lina buat kat dapur tu. Ptg sat ni dia nak buat mee kari... jemput la datang ya... hahaha.

    Chiow Chin Cau...

    **** ** ****

    2 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    lawak rambut nabila....
    mee kari!!!! terernyeeee

    3/14/2007 8:47 am  
    Anonymous Anonymous said...

    itulah...dah duduk jauh dr family ni, sume benda kene buat sendiri, lama2 tere la....heheheh.Belajar dr pengalaman....

    3/14/2007 9:22 am  

    Post a Comment

    << Home