• Monday, February 26, 2007

    Leeds & Uni Ku Ter-Chenta...

    LEBIH 10 tahun lalu aku menjejakkan kaki buat pertama kalinya di bumi Leeds ini. Dan kini aku kembali lagi bersama anak dan isteri, membongkar semula nostalgia yg sudah berkepuk di kotak minda. Kenangan indah suka duka datang bergentayangan bersilih ganti lantas menghamburkan episod2 lalu. Terasa meremang bila ingatan itu meresap ke seluruh urat saraf. Nyata bait-bait memori itu tidak mampu ku ketis lagi... Cheeewahhh... ada macam cerpen tak??? Itu baru intronya saja, hahaha...
    Parkinson Building, University of Leeds. Bangunan ni menjadi landmark bandar Leeds ini sendiri.
    Bila dah sampai ke Leeds tu memang lah aku nak sangat2 tengok Universiti aku ni balik. Ye la... ramai yg kata ada banyak perubahannya. So pagi sebelum berangkat semula ke London, aku bawak Lina ngan Nabila tour Uni aku dulu. Kami jalan kaki je dr rumah Bad, maklum lah payah dapat parking area situ. Bila sampai je teruslah aku ke School of Chemistry... Nostalgia sungguh!!! Kami masuk ikut main entrance dia. Aku pun seronok sangat explain kat Lina tentang Uni aku ni. Yg kelakarnya, Lina pulak yg berdebar2 nak masuk ke situ.

    Didepan pintu masuk School of Chemistry...
    Bila masuk je aku terus ke office dia... mmm... org baru, aku tak kenal. Aku main redah je dengan harapan dapatlah jumpa ngan lecturer2 aku dulu, itu pun kalau diorang masih idup! Ye la kan... kebanyakan lecturer aku dulu tua tu-i, satu dua je yg muda. Keluar dari office tu terus nampak hall of fame. Wahhh... ada gambar batch '98 laaa... yeahhh... terselit aku dicelah2 student2 mat salleh. Bangga siot!!! Yela kan... dulu masa aku study cuma ada 2 je Malaysian yg buat course Chemistry ni. Aku dan Rin. Pastu ada few pakistani dan yg lelain semua mat/minah salleh dan mat/minah gagak.

    Hall of fame, Lina sedang menunjukkan gambar batch '98. Kalau terror cari mana aku? hahaha...
    Puas bergambar kat Hall of Fame tu... kami mencari lecturer aku pulak. Aku dah agak tentu ramai yg dah takde, mungkin bersara atau tukar tempat kerja atau apa apa je lah. Kebetulan bila naik tingkat 2 je... terus nampak Profesor T.P. Kee... Laju je aku ketuk pintu bilik dia dan dia agak terkejut tengok aku. Sah sah lah dia tak ingat aku sapa kan? Dulu aku kurus cekeding je... la ni bagai di pam pam. Hahaha... lepas aku introduce diri aku, terus dia cam teruja dan begitu warm sekali dia welcome aku ke Leeds U semula. Aku kenalkan dia dengan anak dan isteri aku. Mesra betul Professor Kee ni dan berkali2 dia ucapkan all the bess. Dan dia pesan anytime aku ke Leeds singgah lah lagi ke uni ni sebab katanya "this will always be your home". Pastu kami cari lagi proffesor aku yg lain pulak. Kali ni jumpa pula ngan Profesor Seakin. Dia pun begitu teruja sekali jumpa aku. Katanya dia still remember aku ni. Dan dia ingatkan Lina tu Rin, yg buat course Chemistry sama ngan aku dulu. hahaha... Profesor Seakin ni dia ada menulis buku. So kalau nak lulus cemerlang beli je buku dia dan buat ulangkaji based on that. Memang terperinci lah, sama seperti yg dia ajar kat dalam lecture hall.
    Professor T.P Kee dan Professor Seakin. Nabila lelap sepanjang Uni tour ini...
    Ni gambar Professor Pilling. Aku suka kelas dia sebab dia selalu bagi aku markah tinggi, hehehe. Dia masih mengajar tapi tak sempat nak jumpa. Gambar yg lelain tu dah bersara atau mungkin dah jadi arwah pun... huhuhu.

    Masa kami agak terhad... jadi tak sempat nak cari lecturer yg lain. Dapat lah jugak aku tengok makmal Kimia aku dulu tapi tak amik gambar pulak, huhuhu. Kami pun bertolak ke tempat lain sebab aku nak ke Universiti Union untuk beli souvenir. Banyak betoi perubahan dengan kedai2 dan mini bar dia yg lebih moden. Souvenir dia tak banyak... sticker kereta pun takde... last last aku amik sebijik cap... dan sehelai baju untuk Nabila. Ada baju yg lina bekenan tapi takde saiz pulak... so tak beli lah. hahaha. Sempat juga kami pekena secawan hot chocolate kat Uni Bar sebelum melangkah pulang.
    Bergambar di depan Great Hall... selalu kalau Graduation dia buat kat sini la. Tapi aku punya kat belakang sport centre, sebab tak muat... huhuhu
    Nabila bebas di Leeds town dan di dalam Queens Arcade. Kita pulak yg tak menang tangan nak mengejarnya...
    Mmm... takkan melawat Uni je kan... kenalah tengok Leeds town jugak. Tapi sebenarnya town Leeds ni kami dah pegi masa 1st day sampai. Yg bessnya kat Leeds ni tempat shopping dia. Dia ada ruang jalan yg besar dan takde kenderaan yg dibenarkan masuk. So jalan kat situ rasa selamat. Nabila pun seronok dapat jalan sendiri. Teringat lah jugak dulu aku selalu gi kat International Swimming pool dia. Aku ajak housemate yg lain semua tak mau. Last-last aku sorang je buat Leeds Card dan dapat masuk ngan bayaran 50p je per session.
    Kat Leeds ni kalau datang jgn lupa bergambar dgn town hall dia. Sebab selain dari Parkinson Building kepunyaan Leeds U ni, ini juga merupakan landmark dia. Aku suka tengok tiang2 dia yg besar2 dan menjulang tinggi tu... menampakkan bangunan ni begitu gah sekali. Dulu depan town hall ni ada sebijik kereta proton pesona. Sapa owner dia pun aku tatau... la dah takde. Mungkin dia dah tukar Merz kot? huhuhu.

    Pemandangan Leeds Town Hall dari jauh.

    Dari dekat... belah kanan tu bergambar dengan "Azlan", kalau sapa tengok Narnia tentu tahu siapa Azlan tu... hahaha.
    So... itu lah dia kisah di Leeds. Memang sesuatu yg menyeronokkan bila dapat visit tempat kita belajar, apatah lagi dpt jumpa lecturer yg penah mengajar, memuji dan memarahi kita dulu kan?Nanti bila dah kembali ke Mesia... aku ingat nak melawat la sekolah tadika aku atau sekolah rendah aku dulu... tentu lebih banyak sentimental value kat situ. Huhuhu....
    Bergambar kenangan sebelum pulang. 2 lagi anak Bad, juga nama Nabila & Nabil Hakimi dah pegi sekolah, so takde lah dlm gambar ni...
    Sekali lagi kami kena berterima kasih pada Bad, Faezah & family. Dah la bagi tumpang bermalam, siap sediakan bekal setiap kali kami nak berjalan pulak tu. Sampaikan last day nak balik pun siap bekalkan nasi. Bila2 nanti jemputlah ke London pula ya...

    Salammm...
    **** ** ****

    2 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    lama plk tak jenguk2 kat blog kamu ni...bz siang malam.
    wah banyaknya crita....sronoknyeeee

    2/27/2007 9:24 am  
    Blogger asr said...

    Seronok memang seronok, penat nya jangan di tanya...
    Dengar dah nak masuk rumah baru, bess tu...

    :)

    2/28/2007 9:36 am  

    Post a Comment

    << Home