Blenheim Palace: World Heritage Site
Banyak kali kami nampak signboard ke Blenheim Palace ni tapi tak pernah tergerak hati nak pi. Memandangkan ianya dekat ngan Bicester Village, so aku pun ingat boleh lah bawak mak & kak Ijah ke sini. Kiranya dapatlah buat 2 in 1 punya lawatan. Kebetulan Faris pun br dtg dr KL, so dia join sekali. Cian mummy ngan Haziq kena tinggal sebab keadaan tak mengizinkan... takpa nanti len kali kita pi ya???
So sabtu tu lepas selesai kerja aku, terus lah kami pecut ke tempat tu. Dari London ke situ amik masa dalam 1 jam perjalanan. Memula cuaca cerah tapi on da way terus hujan. Nasib lah bila nak sampai je kat Blenheim palace tu hujan pun dah berenti dan langit pun cerah semula dengan awan kumulus nimbus yg berkepol2.
Gambar ni di perkarangan utama. Kalau bayar full baru boleh masuk dlm bangunan tu...
Kat sini kita boleh pilih samada nak masuk istana ngan taman atau sekadar taman sahaja. Alang2 dah dtg kami masuk ke dua duanya sekali. Bangunan dia dari jauh dah gah tersergam. Tapi aku punya 1st impression macam istana di India sahaja lah. hahaha... Kalau nak tahu palace ni sebenarnya di bina sebagai hadiah kepada the 1st Duke of Marlborough, John Churchill namanya, selain untuk meraikan kemenangan mereka ke atas Perancis dlm peperangan yg di kenali sbg "Wars of the Spanish Succession" (pada 13.8.1704). Duke tu pulak nak dedicatekan palace ni sbg monumen untuk Queen Anne. So pada tahun 1705 diorang pun mulalah bina dan designnya di buat oleh Sir John Vanbrugh. Pembinaan palace ni mengalami beberapa masalah kerana Duchess (wife Duke tu lah) nak rumah yg kecik2 je. Dia tak mau dok rumah besar2 cam ni. Tapi permintaan nya di tolak dan mereka tetap nak bina palace yg besar. Sampai lah pada tahun 1712, ceng ceng ceng... duit yg disediakan untuk membina palace ni habis kering kontang! Ha... tu lah pasal, nak buat besar2 lagi, padan muka! kah kah kah. Akhirnya Duke itu terpaksa membiayai sendiri segala kos untuk melengkapkan pembinaan palace tu seperti yg dapat kita lihat hari ni. Kasihannn...
Jalan2 ngan pelancong china, hehehe... monk pun pi melancong tau!
Di luar castle ini ada kolam dan kawasan padang yang sangat luas. Cantik dan terjaga rapi. Rumput2 dia pun elok je di potong kemas. Kami tak lepak lama kat luar tu, terus je kami masuk ke dalam palace tu. Malangnya, kawasan state apartment dia tak boleh nak bergambar. Terasa rugi lah pulak bayar sebab tak leh nak abadikan kenangan kat dalam tu. Ada 2 tingkat sebenarnya tapi kami masuk tingkat bawah saja, mak pun dah tak larat nak jalan naik tangga. Kat bahagian bawah tu banyak di pamerkan sejarah Sir Winston Churchill. Ada lukisan2 dia dan juga kad2 krismas dia dan isterinya. Dia ni lahir kat sini pada 30.11.1874, bilik & katil tempat dia di lahirkan pun ada dipamerkan.
Lanscape water fountain yang dibuat macam maze begitu cantik sekali.
Bergambar ngan mak & kak Ijah kat water fountain tu...
Dah abis tu kami pi ke kawasan taman dia pulak. Kami dok lepak2 dan pekena cake dan pastri mat salleh. Ada kawasan pancuran air dengan lanscape yg menarik. Kalau nak tahu John Terry, captain bola pasukan England tu kawin kat Blenheim Palace ni beberapa hari je sebelum kami mai. Nak tahu berapa kos perkahwinan dia?? It was a 1 million pound ceremony!!! Fuhh dasyat kan? Masa kami datang tu khemah putih yg di gunakan untuk reception dia tengah di bukak. Khemah tu mencacatkan pemandangan castle ni sepenuhnya! Hampesss...
Sebenarnya kawasan taman palace ni sangat luas... suasananya macam Hyde Park cuma yang berbeza pokok-pokok besar2 yg tumbuh liar kat sini semuanya jenis yg terpilih. Cantik. Dahan2 & daun2nya di tebang dan di trim elok. Kalau kita tengok cerita2 mat salleh yg ada royal2 tengah lepak kat padang tu, camtu lah suasananya. Sebenarnya semua pemandangan ni dapat kami saksikan semasa nak ke rose garden dia.
Ada banyak pokok bunga daisy yg tumbuh liar disini.
Sampai sampai je dah terbau dah aromanya. Tempatnya agak isolated, penat juga nak menapak ke mari. Berbeza lah ngan Queen Marys Garden yg kami dah pi hari tu, kawasan dia agak kecil tapi bunga rose yang pelbagai warna dah kembang sekata. Selain dari tu di tepi2 pagar dia ditanam dengan pokok lavender bewarna ungu dan disediakan beberapa bench untuk Opah melepas kan lelah. hehehe...
Rose kuning yang mekar... dilihat boleh dipetik jangan!
Nabila temankan Opah dok relaks2 kat dlm rose garden...
Nabila temankan Opah dok relaks2 kat dlm rose garden...
Lepas dah puas bergambar kat rose garden ni kami terus menuju ke kereta. Ada banyak lagi tempat dlm ni yang kami tak pi, cam secret garden dan apa ntah garden yang dia sediakan keretapi untuk ke situ. Tu lah kena dtg lagi. Lagi pun nasib baik sungguh sebab bila kami kuar je hujan pun turun.
Bila nak balik langit pun makin hitam.
Pastu kami menuju ke Bicester Village pulak, tapi ikut jalan kampung. Sepanjang jalan dapatlah kami lihat pemandangan cottage yang cantik2. Tak berenti pun just enjoy scenery di kiri kanan ja. Rumah diorang sebijik cam dlm buku cerita kanak2 Hazel & Gretel atau Little Red Riding Hood tu dengan pokok2 bunga rose melingkar kat dinding rumah. Ada juga bumbung dari jerami dan style nya pun berbeza. Mungkin pemandangan tu tak biasa kita tengok kat tempat kita, so rasa syok melihatnya. Alhamdulillah, kiranya dapat lah jugak bawak mak & kak Ijah jalan2 ke tempat yg sedikit jauh dengan suasana yg berbeza dr kota London ni... wokeh, cha alif but dulu.
.
Jaga diri & jaga-jaga...
.
**** ** ****
0 Comments:
Post a Comment
<< Home