• Sunday, July 08, 2007

    Jom Masuk Studio!

    MINGGU ni memang kitorang tak plan nak kemana2. So dok rumah dan plan utama nak bergotong royong kemaskan rumah. Dalam masa yg sama ntah camna aku leh teringat yg our digital camera ni actually comes with a tripod. Huh, memang tak penah pakai pon. So terus dapat ilham untuk convert ruang tamu jadi mini studio. Tergendala jap projek gotong royong, hahaha... Lagi pun kami memang tak pernah gambar berempat lagi. Emm... saja lah nak cuba, uji, try, test boleh ke tak boleh adjust gambar sendiri ni. Moh tengok hasil nya...
    Ini lah gambar kami berempat yg pertama...
    ...dan ini yg seterusnya. hahaha...
    Nabila punya lah marah dan meragam tak mau pakai baju tu. Mana la penah dia pakai gaun2 ni. Dia rimas especially bahagian kain tu dia tarik2 nak cabut, hahaha. Selalu asyik pakai seluar ngan t-shirt ja kan. So menangis lah dia masa memula tu, masaaaam je mukanya, tapi lepas tu dia oke. Rupanya bukan senang nak mengadunkan budak2 ni... Susah nak dapat shot yg kita rasa oke. Banyak jugak sebenarnya gambar yg diambil, tapi ada yg tutup muka lah, tengah menguap lah, tengah korek idung pun ada! Hish, tak senonoh... hahaha... tu la bebudak kan??? Bukan senang nak suh diorang diam dalam 10 saat sebelum kamera tu klik. Apa pun dpt lah juga beberapa keping yg memuaskan hati photographer amatur macam aku ni...
    Nabila ngan Haziq... kakak, senyum lah sikit...
    Kakak kiss adik... mmmmuuuuuaaahhhh...
    Nak memujuk Nabila ajak lah dia masuk ke bilik tv merangkap bilik mainan dia. Ada satu masa tu tak mau langsung dia masuk ke sini. La ni dah mahu dia dan apa lagi memang berselerak lah tempat tu kalau dia ada. Especially bola2 yang banyak tu, simpan lah camana pun dia tetap berkeras nak taburkan jugak ke lantai. Sama lah jugak dengan lego. Umah.. umah katanya suh kita buat rumah. Tapi bila kita buat tak sampai 10 saat dia cabut balik, huh. Nasib jugak lah ada ruang tu so takde kacau tempat lain. So tempat tu memang tak masuk dalam plan kami nak mengemas rumah hari ni. Haziq pulak diam je cuma saat2 akhir sessi fotografi ni dia meragam nak susu. Mula la dia teroyak!!!
    Ni lah ruang selerak... isk isk isk... poning eden!
    Lepas dah siap bergambar tu baru lah kami perasan apsal la pilih langsir jadik background? Terus gambar nampak pudar, lagi pulak langsir tu pun kelam semacam je kan. Emm.. tak pe, ni 1st experience, lain kali kami letak lah props yg sesuwai dan akan pilih warna2 yang lebih ceria. Atau mungkin lain kali kami akan buat outdoor "studio" pulak dengan tema2 yang tertentu, oke tak?

    Nabila lepas di acah2 diagah2 dipujuk2, akhirnya gelak juga dia... yeyyyy!

    Lepas sessi bergambar tu Nabila tido terus. Lepas dia bangun sat lagi aku ingat nak bawak dia jalan2 Hyde Park. Sian dia, semenjak mummy dalam pantang ni, Nabila pun tak kuar rumah, tak jumpa orang. Pi Hyde park sat lagi, buleh aku bawak tripod sekali. Sakan! Oh ya, ada sapa sapa nak bergambar kat studio kami? Jangan malu2, aku caj murah2 ja... Meh la!
    hahahaa...
    .
    **** ** ****

    3 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    Salam,

    Antara benda yg Ayein bagitau aku hari tu, dia nak 'racun'ko dengan something. Tau2 ko keluarkan topic ni. Aku rasa kalau Ayein baca ni, sah dia akan teruskan dengan rancangan peracunan tahap maksimumnye tu. Tungguuuuu.....

    7/08/2007 4:06 pm  
    Anonymous Anonymous said...

    Ya correct, en pound. Sungguh berkesesuaian sekali dengan topic nie. Azam, memandangkan kau memang suka berjalan/amik gambar, ditambah lak ngan scenery2 yang amat mengasyikkan di UK sinun, apa kata kalau kau sambar DSLR satu. Gambar dijamin superb, :). Aku boleh tolong rekomen mana yang bersesuaian. Amacam, menarik tak?

    7/09/2007 2:37 am  
    Blogger asr said...

    Pound: Ayo! Gerunnnnya aaakuuu...

    khairil: Ko jgn gelak kan aku, DSLR tu hapa? Nanti kita emel2. Coincidently we r looking 4 a new cam but not the bulky type. Just the 1 with a simple features and most importantly can fit in my small little tiny paunch bag.

    hahaha...

    7/09/2007 11:17 am  

    Post a Comment

    << Home