Covent Garden, Picadilly Circus & Airport
Emmmm... dah tak ngantuk dah. Boleh lah sambung balik cerita mak dan kak Ijah di sini. Hari sabtu tu aku kerja jugak separuh hari. So dalam kul 1 baru balik rumah. Terus suruh mak & Kak Ijah siap cepat2 kalau nak bejalan. Memula ingat nak bawak naik cruise ke Greenwich tapi masa suntuk, tak sempat dan tak berbaloi. Jadinya terpaksalah divert plan asal ke plan impromtu tangkap muat, hahaha... boleh la kan???
I. COVENT GARDENNi kira macam pasar budaya ie Central Market kat Key El tu lah. Banyak dijual barangan kraf & keras tangan mat salleh kat sini. Tapi tak semuanya mat salleh, sebab aku tengok dah ada cina Hong Kong yang turut menjual barang2 diorang kat sini. Mmm... makin lama kalau diorang makin ramai hilanglah keistimewaan tempat ni...
Kat The Strand on da way ke sini. Tu ada lagi bas double decker yg original, yg hop in & off dr pintu belakang...
Mak dan kak Ijah suka lah tengok barangan yg di jual disini. Kebetulan hari sabtu memang ramai orang. So bersempit2 dan nak tangkap gambar pun susah. Banyak aksesori barang kemas tapi bukan emas... apa diorang panggil benda2 tu ha? aku tak tahu lah.. alah yg cam rantai, gelang, cincin yg manik2 batu2 tu... panggil barang kemas jugak ke? Barang yg kreatif yg aku tengok kat sini ialah botol yg di lenyek pastu dia buat tempat butter atau tempat lilin. Kalau Eric Leong pereka dalaman dlm Casa Impian kat Astro tu tentu suka benda2 ni. Dia kan suka letak lilin kat lantai lah, dlm air pastu letak kat bucu katil lah... ntah apa apa ntah aku tengok. Tak praktikal langsung! Sofa dari ramai org boleh dok, tup tup tinggal seketul ja! hahaha... ada lagi ke rancangan tu? Ops... ter-deviate pulak dr topik kita.. sorri sorri...
Anak patung kait... kiut2, beso2 matanya!!!
Aku peratikan ada jugak barang yang mak & Kak Ijah berkenan & rasa nak beli. Tapi malangnya beg sudah berat. Berat bukan kepalang, so banyak hajat yg terpaksa di kansel kan. Tape lah.. so now they have all the reasons to come back, hahaha.
Rantai sebesar tasbih budha pun ada!
Kat area sini banyak jugak street artist. Ada lakonan drama, org buat magic, ahlil muzik dan macam2. Org yg berdiri cam patung cam kat area London Eye tu pun ada. So kami pi la jenguk dan just bergambar dr jauh sambil tengok aksi2 diorang ni. Masa ni langit dah mula hitam. Entah apa rajuk sang awan lantas menurunkan titik2 hujan ke bumi... cewwaaahhh... ayat cerpen sikit! Nabila marah betoi bila aku nak letak rain cover kat stroller dia. Start dari sini lah dia asyik meragam... isk isk isk. Hujan lah!!!
II. PICADILLY CIRCUSHari tu sebab sibuk sangat membeli belah dalam Liliwhites, sampai terlupa nak bergambar. Kali ni masa balik tu kami singgah lah kat sini. Lagi pun mak & Kak Ijah belum lagi berjalan area ni sepenuhnya. Area ni bess jugak. Ada satu ruang legar yang dia panggil Swiss Court. Katanya tempat ni dinamakan Swiss Court kerana melambangkan persahabatan antara Great Britian ni ngan Switzerland.
Lokasi betoi2 depan Liliwhites... renyai dan Nabila tamau dok dlm stroller, huh!
Kalau sapa yg gemar ngan teater sinilah tempatnya. Tiket di jual merata2. Antara teater yg glamer kat sini ialah mama mia yang menampilkan lagu2 dr kumpulan Abba. Sebelah liliwhites pulak ada teater yg selalu menayangkan karya2 shakespeare. Kalau nak gi tengok teater kat sini aku syorkan pi yg muzikal punya, yg banyak cakap punya tak yah, buang karan je. Bukan paham pon!
Bergambar ngan maskot kedai souvenir Crest of London...
Aku ngan Lina pun tak berkesempatan nak tengok teater kat sini. Hari tu dah set dah nak tengok teater Chitty Chitty Bang Bang, ada org cakap bess. Siap ada kereta terbang, sayangnya tak kesampaian. Tak tau lah lepas ni boleh tengok ke tak dengan baby yg dah 2 orang ni... hahaha. Tapi aku tak minat sangat tengok teater ni, penah tengok teater Hikayat Malim Kundang kat Istana Budaya... banyak tido dari tengok!
Ada satu padang kecik kat sini yg selalu diorang buat fun fair. Tapi kali ni diorang ada exhibition. So kami masuk sekejap pastu kuar sebab ramai sangat orang. Leceh nak berhimpit2 dan aku rasa cam lemas. Habis tu kami pun balik lah semula ke rumah.
III. HEATROW AIRPORT, TERMINAL 3Aik, yg ni pun masuk list London Attraction ke?? Mesti lah... hahaha. Orang kadang2 dok tanya kat aku, besar ke airport London? bess ke? Canggih? Siap ada tetamu aku tu bila sampai dia kata.. tak lah besar sangat airport London, orang cakap BEEESAAAAR! sapa lah yg bg tau dia ni? mungkin dia dtg zaman airport kita kat Subang dulu kot? Alah... senang cakap bess lagi KLIA. Canggih lagi airport kita... Lagi pun airport kita kan baru, dia zaman tok kaduk dulu dah ada.
Pejam celik pejam celik dan 19 hari mak & kak Ijah kat sini. Tibalah masanya Nabila terpaksa say good bye, selamat jalan, sayonara, bon voyage, see u again kepada Opah & makwe. Rasa sedih jugak sebab sepanjang mak & kak Ijah kat sini aku tak dapat spend much time to take them around. Semua area dekat2... sepelaung kata orang, bukan sepelangkung ya!
Bergambar sebelum masuk ke balai berlepas..
Pada 25.6.07 tu kami pun hantar lah mak & kak Ijah ke Airport. Alhamdulillah semua lepas, itu pun terpaksa sorok 2 hand luggage masa check-in sebab dedua hand luggage tu total lebih 20kg! Skrg ni strictlah... sampai hand luggage pun dia timbang sama ngan barang yg kita nak check in. Ada ka patut? Hampesss...
Dengarnya kat duty free beli coklat lagi, hahaha...
Ingat nak minum2 dulu, tapi tengok cam panjang je Q... so cepat2lah kami peluk cium dan Opah ngan Makwe pun masuk lah ke departure hall. Kami harap semasa di sini semuanya elok2 belaka. Harap mak & kak Ijah seronok semasa di rumah kami. Ajam mintak maaf sebab tak dapat nak ambik cuti. Jangan serik dtg lagi ya... Salam kasih sayang dari kami satu famili. Kirim salam kat semua keluarga 2817.
.
Assalamualaikum.
.
Assalamualaikum.
.
**** ** ****
1 Comments:
waalaikumsalam....huhuhuhu..
(bagi pihak mak & k.ijah)
Post a Comment
<< Home