• Monday, July 02, 2007

    Jom Manchester!

    "Kalau tempat lain aku tak dapat pi, tak pa... cuma Old Trafford ja kalau tak pi aku terkilan..." camtu la kurang lebihnya kata member aku ni sebelum dia mai sini. So nak melepaskan hajat orang jauh ni, akhirnya kitorang pun pi lah ke Manchester ni. Mummy nak jugak pegi tapi rasa tak larat lagi... berbelah bahagi last last mummy ngan Haziq tinggal. Ada baiknya elak sakit selagi boleh di elak, kan? So aku pi la ngan Nabila dan Faris ja...
    Nak ke Manchester ni mengambil masa 4 jam, tu kalau tak berenti lah. Tapi ada ke orang yang drive terus? Kami bertolak kul 9 pagi sebab tunggu Nabila yang bangun agak lewat! Cuaca pulak cantik kali ni. Redup so memandu waktu tengahari pun tak de rasa mengantuk dan mata pun tak lah letih mana. Memandangkan nak ke Manchester ni melalui M40 dan M6 so kami pun berenti lah ke Stoke-On-Trend jap. Kepada penggemar pinggan mangkuk memang sini lah tempat nya. Kami singgah pun sebab mencari lampu tido yang dah lama mummy idam2 kan. Dah 2 kali pi dan dah 2 kali pesan kat orang asyik takde stok je.
    Pemandangan semasa dalam perjalanan. Yg putih2 tu kambing biri2. Dah togel, dah di ambik bulu nya di buat baju... huhuhu, cian.
    So sampai kat situ masuk2 je kedai dan... memang tak de jugak lah! Apa nak buat kan... Sebab nakkan kepastian aku saja lah tanya minah kat kaunter tu dan tup-tup minah tu cakap ada tapi dia kena pi amik kat kedai dia yg lain!!! YeeeeHaaa... apa lagi, terus rembat sebijik, balik nanti tak de lah mummy frust sgt sebab tak ikut kali ni, hahahaa... Tapi aku nak bagi tahu, kedai Royal Doulton kat Longton yg ada tulis clearance sale tu dah tutup! So cari lah kedai lain ya...
    Depan bunga Lavender. Nabila tengok sini lah! Uncle Faris melangut apa pula tu???
    Ni kat Court Street. Perasan tak kat ujung tu ada cam London Eye? Mana2 pun dah ada menda ni!

    Lepas tu kami terus pecut ke Manchester... dari situ cuma lagi 44 miles sahaja. Kami terus tuju ke town dia dan terus parking. Hampehnya tempat kami park tu cuma bagi one hour stay je. Nak makan pun tak sempat. So we decided tangkap gambar ala kadar kat situ. Kebetulan dalam this month ada Holland Flower festival kat tengah bandar dia. Banyaklah bunga2 yg di jual kat Mancester Central Market. Cantik memang cantik, tapi sebab parking punya pasal, kitorang terkejar2!
    Nabila pose depan Manchester Convention Centre.
    Nabila memula aktif sangat... tetiba je dia pi dok kat tangga convention centre tu... letih ke?
    Bangunan2 kat Manchester ni cantik2 jugak. Biasalah england ni banyak bangunan lama kan? Dia punya library sekali tengok cam royal Albert Hall London lah. Dua kali tengok pun sama camtu jugak, hahaha... Cumanya dia punya bangunan tu kaler putih. Hotel Midland dia kat sini pun cantik architechture nya. Satu lagi kat sini ada tram, so kalau nak melintas jalan tu tengok2 lah tram sama ya. Perut dah berkeroncong, tapi memang tak sempat. Nasib ada beli roti dan ada bekal buah. At least takde lah Nabila lapar. Tu yg penting.

    Ni lah dia library dia ala ala Royal Albert Hall London...

    Berlatar belakangkan Midland Hotel. Reka bentuk lama tapi menarik...
    Lepas dah bergambar kat situ baru lah kami ke destinasi yang sepatutnya. Terus ke Old Trafford. Suka lah Uncle Faris. Tapi aku biasa je sebab aku ni bukan minat sangat bola ni. Ikut camtu camtu je. Walau pun kalau kat KL aku tetap join main bola dan futsal tapi aku masih lagi di kategorikan sebagai kaki bangku, hahaha. Selalu tu main cuma nak cukupkan korum ja... sodih!
    Ni lah dia Old Trafford...
    ya ya ja exicted bergambar... Nabila pun kompius, apa la yg syok sangat ni???
    Nasib sini parking dia free, so lepak lah berapa lama nak pun tak pe. Beria ia kami berposing kat area situ. Satu mamat tu hampeh... aku suh dia tangkap gambar kitorang depan stadium tu, ada ka patut dia tangkap gambar kitorang tapi perkataan Manchester United tu tak di ambik nya. Giloe apo??? sah sah lah kalau bergambar sini kita nak ada lambang nya kan??? Apa raaa.. common sense la beb! hahaha...
    Oke... cari satu baju daddy, satu baju mummy... baju Nabila ngan Haziq takda saiz lah!

    Aku tanya Faris kot dia nak tour stadium... tak mau katanya. So kitorang jalan cari Red Cafe pulak. Kat sini selain melawat stadium dia, ada jugak muzeum, sebelah red cafe tu saja. Ingatkan buleh la nak lunch kat cafe tu, tapi apa pun tarak. Beer je banyak. So lepas tukar napkin Nabila kat situ kitorang pun blah lah. Masa ni hujan pun mula turun... so plan nak singgah makan kat Manchester punya town centre pun kena kansel. Lagi pula masa tu dah kul 4 lebih.. kang pukul brapa pulak nak sampai London kan? So... tukar plan B, kitorang soroo kat highway ja.
    Replica ni kat tangga nak ke Red Cafe dan Muzeum...
    Bergambar kat entrance muzeum dia... tak masuk pon.
    Dalam kul 9 malam kitorang pun sampai ke rumah. Nasib lah mummy dah masak dinner. Lepas dinner, punya lah mengantok... terus zzzzzzzzzzzz... tak ingat apa dah!!!
    Oke jumpa lagi...
    .
    daaaaaaaa...
    .
    **** ** ****

    8 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    tercapai gak hajat org jauh tu ye..thanxsler azam ek dok entertain mamat tu...

    7/03/2007 1:30 am  
    Blogger asr said...

    Emmm... tu la pasal. Kang termimpi2 Alex Furgesson kang, sapa nak jawab?

    hahahaaa...

    7/04/2007 6:39 am  
    Anonymous Anonymous said...

    emmm...termimpi alex tu dah lain jadiknyer tu...kahkahkah...

    7/04/2007 8:13 am  
    Anonymous Anonymous said...

    aikk, dah tukar background nampak! baguih2x..kaler hijau..sejuk mata memandang...

    7/04/2007 11:37 am  
    Blogger asr said...

    Anonymous: Uik, jadi apa??? hahaha... btw anonymous ni sapa ya? Rasa cam kenal!

    Suhailah: Laaa... tak perasan ada org suka yg hijau tu. Background ni pulak bess tak?

    hahaha...

    7/04/2007 6:32 pm  
    Anonymous Anonymous said...

    kita slalu jumpa dulu tp officially x pernah kenal pun...xtauler kot member tu pernah ckp apa2 plak... hehehe

    7/05/2007 1:22 am  
    Blogger asr said...

    Uik... sapa ya? Ni dah jadik misteri nusantara...

    7/05/2007 9:34 am  
    Anonymous Anonymous said...

    xpela...biarlah rahsia...hahahaha

    7/05/2007 9:51 am  

    Post a Comment

    << Home