Oxford Street & Fruit Picking
Bersungguh2 aku cuba squeeze kan masa untuk bawak lagi mak & kak Ijah jalan2. Dah lah isnin sampai jumaat asyik dok rumah, takkan sabtu ngan ahad pun sama kan? Walau pun bz dan terkejar2 harapnya mak & kak Ijah berpuas hatilah dengan program yg kelam kabut ni, hahaha...
I. OXFORD STREETKalau dtg London tak mai sini, memang saja lah. Kalau tak beli apa pun mesti lah datang sini, sebab sini kira cam heart of London ni lah. Orang punya ramai, tak kira hari minggu ke tak. Di tambah pulak dengan kedai primark yg baru bukak tu.
Di tengah2 Oxford Street...
Tujuan utama ke mari bukan apa... nak perkenalkan sistem bas kat kak Ijah. La ni kak Ijah pun dah pandai nak ke mari, so bila aku kena pi kerja, dia pun angkat kaki ke sini. Tak delah terperap di rumah saja. Mak pun sekali dua ikut juga... Kalau time aku lunch, cakap ja nak jumpa mana... John Lewis? Debenham? House of Fraser? tau dah kak Ijah nak tuju ke mana... syabassssss... Nabila pulak asyik tido dalam stroller dia. Bila dah nak balik baru dia terjaga... bagus jugak, senang...
Kedai ssouvenir di depan Debenham. Jersy yg tergantung tu original pirate ya... ingat siam je ka ada? Sini pun ada lah, hahaha..
Mak ngan kak Ijah tengah diskus: nak beli souvenir apa, untuk siapa... agaknya lah.
Kiranya walaupun aku tak dapat nak amik cuti, tapi at least aku lega sebab mak & Kak Ijah boleh berjalan2 shopping2 atau pun window shopping sendiri2 time aku kerja... aku paham, kalau dok kat rumah je, ke depan ke dapur bukak peti ais tutup peti ais bukak tv tutup tv, dengar radio pastu terperuk je, tentu bosan gila... tak caya tanya mummy, kan mummy kan? hahaha, (sabo... sabo...).
II. GARSONS: FRUIT PICKINGWelcome to Garsons farm...
Kali ni kami pergi fruit picking. Walaupun aku tahu buah2an tak berapa meriah lagi, tapi memandangkan masa yg terhad kami pi jugak. Tak kisah lah ada ke takde buahnya, janji merasa lah fruit picking di England ni... So lepas aja habis aktiviti utama iaitu ke car boot pagi tu, kami pun menuju ke ladang Garson.
Di sini ada disediakan picnic area. Sampai2 je kami soroo dahulu...
Memang banyak choices kat sini tapi malangnya time ni cuma all the berries je yg sedia di petik. Buah cam epal, plum, cherry belum ada lagi. Alah tak kisah lah kan... Walau pun tak banyak buah yang nak dipetik, tapi aktiviti kami kali ni agak meriah juga sebab turut di sertai oleh Fizan sekeluarga & Faris pun ikut sama.
Sempat singgah bergambar tepi river thames sebelum pi fruit picking.
Memula sekali ke ladang strawberry, luas jugak ladang dia. Buah nya kecik2 je.. sebab dah tahu tak makan banyak mana pun, kami pun cuma amik sebakul kecik saja. Tapi fizan dah buat rekod... buah strawberry yg di petik je sampai kena £20, banyak tu.... lepas ni kenyang makan strawberry jem lah gamaknya ya? hahaha...
Inilah buah strawberry, Nabila petik yg merah2 je tau...
Di tengah2 ladang stawberry... bakul dah penuh?
Lepas dah lama berpanas kat ladang strawberry tu kami pindah ke ladang rasperry pulak.. huh.. paneh jugak lah!!! Tapi tak bess sangat banyak yang dah habis di petik orang. Nak masuk dalam2 malas pulak lah rasanya sebab bukannya ber-ia nak petik beli. Cuma nak bergambar je. Kalau beli pun tatau lah sapa nak makan. Jadinya kami decide to proceed kat ladang sayur pulak. Macam2 lah kan dari brokoli, kobis, karot, bayam dan labu pun ada. Tak petik sebijik pun, posing posing je lebih. Mak masa ni dah sakit kaki, tunggu dlm keta je.
red cabbage... cantik kan.. macam bunga rose bentuknya.
Mak & kak Ijah tengah mencari baki2 rasperry yg belum di petik lagi.. faris dok kira.. hai berapa lah aku kena bayaq strawberry ni??? hehehe...
Destinasi terakhirnya kami pi ke ladang blackberries pulak. Memula pelik jugak, sebab namanya blackberry tapi buahnya kaler merah. Rope2nyer yg merah tu tak masak lagi, kena cari yg betoi2 dah kaler hitam. Kalau stakat merah menyala tu sah sah masam. Kak Ijah siap bertekad lah, selagi tak jumpa yg manis tak mau blah dr situ. Nasib baik jumpa, kalau tak tido lah bawah pokok blackberry tu sorang sorang, kami tak mau temankan! hahaha...
Nabila cayangku... yg tu masam lahhhh... cari yg hitam, bukan merah!
Dah puas memetik buah yang tak berapa nak ada tu kami pun balik lah. Kira oke lah jugak, mungkin nanti kami nak mai lagi bila buah epal, plum dan cherry dah ready... nak ikut??? jommm... Tu lah dia aktiviti jalan2. Eh bukan ni je tempat yg sempat pi.. ada lagi.. nanti sambung lagi, ngantuk lah!
Tata titi tutuuu.... Tooooooooot!
.
**** ** ****
2 Comments:
kan??? aper aper pun carboot tak tinggal tu...hahahaa
Bess ooo pi carboot sale ni, tu lah bezanya antara org kaya ngan org kayap...
hahaha.
Post a Comment
<< Home