• Tuesday, September 25, 2007

    Cerita Iftar Lagi...

    AMACAM puasa setakat ni? Oke? Kami Alhamdulillah... mungkin berkat bulan Ramadhan Nabila pun nampaknya lebih berselera makan dari selalu. Kalau tak tu asyik susu sahaja. Senang hati kami. Hari tu 4 hari dia asyik muntah. Tak buleh nak makan apa2, mesti kuar balik sampai naik kuning warna muntah nya. Sampai aku bawak jumpa 2 doktor 2 hari berturut2. Tapi la ni bila kami berbuka puasa, dia pun nak duduk sebelah makan nasi dan suap sendiri. Bagusss anak daddy ni... Haziq akan dok diam2 atau tido dalam bouncer dia... kalau dia start meragam habislah mummy dan daddy kena gilir2 dukung dia sambil berbuka.

    zzzzzzz....
    Sabtu lepas kami mendapat jemputan untuk berbuka puasa di rumah Fizan. Tuan rumah menyediakan nasi kerabu siap dengan cili hijau sumbat paste ikan (aku tatau apa dia panggil!). Sedap sekali dimakan dengan ayam bakar dan sotong goreng. Budu pun ada tu... kira original punya nasi kerabu lah ni. Mummy bawa juadah bergedil dan kuih keria dan sue pulak bawak karipap dan popia. Para husbands cam biasa bawa perut lagi. hahaha.

    Tinggal saki baki untuk di tapow sahur...
    Nabila kali ni mood dia ada sikit baik. Nak juga dia main ngan anak2 fizan dan mozak. Apa tah lagi bila tuan rumah sudah menyediakan ice cream sebagai dessert. Suka sangatlah Nabila. Habis berlemuih mulutnya. Haziq pun sungguh sporting, tido sahaja. Dan kalau tak tidor pun takde lah meragam. Syabaaaas!

    Emmmm... lazatttt!
    Dapat berkumpul begini macam macam topik yg di bualkan. Dari cerita zaman dok sekolah asrama ke kisah bebudak kutip duit raya sampai ke kisah jin di genting highland. Hahaha.. kelako.

    Lepas makan, borak2....
    Lagi aku nak bagi tip berbuka puasa ni. Alah korang pun dah tahu tapi saja la nak bagi ingat. Kalau berbuka tu seeloknya sesudah makan sebijik kurma (hati2 jangan tercekik bijinya ya) dan seteguk air, tunaikan lah solat maghrib dulu. Pastu baru makan balik... kali ni perut dah sedikit terisi dan takde lah keinginan nak makan banyak. So selain dapat pahala sembahyang di awal waktu dapat juga mantain kuruskan badan. Uik... yg menaip ni buat camtu ke? hehehe...

    Kakak tumpahkan aiskrim atas meja, sian Husna kena bersihkan.
    Sebenarnya bulan posa ni tak baik asyik cakap pasal makan saja. Tapi kena ingatkan jugak buat diri sendiri dan sesama kita... jgn makan banyak2, nanti nak terawikh payah. Pi terawikh dak? Oke beb aku blah dulu.
    .
    Salam.
    .
    **** ** ****

    3 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    cili hijau sumbat paste ikan <- nama dia solok lada...

    9/26/2007 9:08 am  
    Blogger asr said...

    Uik, mana tahu ni? Ecece... tanya orang rumah ya???

    hahahaa...

    9/26/2007 8:14 pm  
    Anonymous Anonymous said...

    hahaha... org rumah org johor la... bukan kelate huhuhu...

    9/27/2007 1:46 am  

    Post a Comment

    << Home