Karnival Merdeka 2007
Sama seperti tahun lepas, Karnival Merdeka tahun ni masih lagi berlokasi di Brickendonbury. Tempat ni memang lah hulu dan kalau org tak pernah mai dan tak de navigator memang akan sesat punyer. Walaupun aku tak terlibat secara langsung, tapi aku tetap lah promote event ni dengan mendistribute pamplet kepada jiran2 aku. Tak tau lah depa mai ke tak.
Kali ni kami konvoi 6 kereta dan memang dah merancang untuk spend the whole day kat situ. Jadinya awal2 lagi aku dah beli sebijik khemah untuk dipacakkan. Senang nanti kot panas ke, hujan ke, baby nak menyusu ke atau nak tukar napkin. Acara menaikkan bendera bermula masa kami tengah sibuk memasang khemah. Maklum lah tak penah berkhemah sebelum ni, khemah yg simple camni pun perlukan 4-5 org nak menaikkan! hahaha...
...dan Riz yg katanya boleh pasang sesorang dlm masa 2 menet!
Karnival Merdeka ni memang banyak menyediakan gerai jualan makanan. Tapi mummy tetaplah nak masak sendiri nasi dan bawak bekal lauk paprik. Bagus jugak, bila dah petang2 tu dah malas nak mengulang gerai boleh soroo je nasi yg dibawa. Lepas khemah dah didirikan cepat cepat kami berkumpul tengah padang untuk acara menaikkan bendera. Tapi masa tu dah nak abis dah opening ceremony dia.
Inilah port kami... mai la join, macam macam adaaaa...
Haziq... kita kat Karnival Merdeka ni!
Habis je acara tu terus kami jenguk gerai2 yg ada kat situ. Mmm... bessnya, macam2 makanan malaysia yg di jual. Awal pagi tu perut pun lapo nak breakfast so kami mulakan dengan mee goreng mamak, kuih apom dan kueh bakar. Pastu beli sate yg reganya £4 untuk 5 cucuk. Sate dia oke tapi nasi impit dia macam nasik biasa daaa... sebutir-sebutir. Ada banyak gerai menjual sate kali ni, tapi satu gerai tu Q dia punya panjang. Gerai ni memang fames, tahun lepas pun org beratur nak beli sate dia. Malas nak beratur so aku pow je sate dia yg Mozak beli. hahahaa... Tapi frust... sebab kuah dia pulak masam rasanya! huhuhu...
Tengah tu padang utama... time ni pagi lagi org belum ramai.
Sebelah khemah kami ni ada persatuan badminton London tengah promote game ni. So aku ngan Mozak pun volunteer nak main. Raket semua diorang sediakan. Tapi main kat tempat open air camni memang angin kuat lah. Pukul sikit je out! Tapi oke lah, saja untuk suka-suka.
Dapat jugak belon untuk Nabila. Asyik nak bobo... nak bobooo!!!
Lebih kurang tengahari aku dengar bunyi gendang punya kuat. Dung dung che, dung dung che... agak agak apa? Ha... ada tarian singa lah! Aku pun terus bawak Nabila ke tengah padang tu. Nabila memang seronok tengok tarian singa tu. Gendang dia punya kuat, aku nak pekup telinga Nabila tapi di tepisnya! Sampai habislah kami tengok tarian singa tu, maklumlah Nabila first time tengok. Tu yg dia excited tu. Dah alang2 tengah padang aku pun terus ke gerai makanan semula. Kali ni beli ayam percik pulak. Reganya cuma £3.50 untuk satu peha. Besar portion dia dan lebih berbaloi aku rasa dr beli sate. Lagi pulak rasanya lebih sedappp lagi. Kerana rasanya yg bess tu, kami telah ulang lagi ayam percik dia dan siap tapow 2 ketul bawak balik untuk dinner.
Tarian singa...
Tengah pekena ais kacang... siap ada seketui aiskrim lagi. Special lah tu...
Mummy di celah2 org ramai... org putih, org hitam, org coklat, org kelabu asap, semua ada.
Tengah pekena ais kacang... siap ada seketui aiskrim lagi. Special lah tu...
Mummy di celah2 org ramai... org putih, org hitam, org coklat, org kelabu asap, semua ada.
Booth MAS pun ada disini menawarkan cabutan bertuah 25 tiket pergi balik ke Malaysia dengan harga £50 sahaja. Aku pun masuk dan Lina pun masuk. Ada dua nama, chance lebih besar sikit... and guess what??? kami dedua dapaaattt!!!! hehehe... bukan dapat tiket tu, dapat replica kape terobang MAS saja! Kami sempat bergambar ngan stewardess yg ada kat situ dan diorang suruh gak aku try 1st class seat yg diorang angkut ke Karnival tu. Aku pun try lah kan... Ingatkan saja nak duduk2 je... kerusi tu boleh massage. Bess. Pastu tetiba je stewardess tu baringkan kerusi tu dan siap selimutkan aku pulak lagi. Hahaha... malu lak aku rasa. Orang yg lalu lalang senyum2 dan gelak2 je tengok aku. Tapi aku just be sporting. Kelakar! Dah abis tu... dia bagi lagi 2 replica kape terobang MAS untuk Haziq dan Nabila dan segenggam kacang MAS. Tengkiu ya.
Bersama pramugari MAS: Dengar nya salah sorang dr diorang ni ex-gf Mozak, yg mana satu ya? hahahaa...
Kereta buatan malaysia pun ada di pamerkan kat sini. Gen2 kalau tak silap aku. Ada gak gerai yang juai kuih raya dan kad raya juga. Huh. Selain tu ada jugak di jual kuah segera Brahim - rendang, asam pedas, kari etc..., buah durian D24 (frozen), dan aiskrim potong. Untuk bebudak pulak ada puppet show, bouncy castle dan face painting. Pastu mummy teringin nak rasa air kelapa muda fresh, aku pun beraturlah... elok je turn aku, terus abisss daaa, huhuhu... Takpe lah mummy, kita cari air kelapa kotak sajalah ya. Cian...
Nabila & Farah pekena aiskrim potong perisa durian... Aik, Husna tak dpt aiskrim ke?
Lepak berborak di khemah Rosdi...
Persembahan kebudayaan Melayu dan tarian India takde pulak kali ni. Cumanya penyanyi Sharizan yg membuat persembahan. Aku rasa ada kureeenggg sikit lah bila takde persembahan kebudayaan kali ni. Kalau tak tu syok jugak tengok tarian joget inang zapin. Tapi ada jugak band dari Leeds (mungkin student kot) yg nyanyi lagu2 melayu. Bagus gak sora diorang ni banyak lagu M Nasir aku dengar diorang nyanyi.
Dah tu kitorang main bola sepak pulak. Bebudak pun join sekali. Score tak kira pun, tatau team mana menang. Ada je nak join kitorang kasi masuk. Dari 5-6 kerat mulanya terus jadik ramai gila. Bebudak umur 9-10 tahun main bersungguh2. Seronok layan dan tengok semangat diorang ni.
Mummy posing ngan Nor yg bakal berhijrah ke Washington...
Dengan Munirah... yg ni nak berhijrah ke mana pulak???
Dengan Munirah... yg ni nak berhijrah ke mana pulak???
Kali ni bila ada khemah ni rasanya lebih lama lepak saja. Duduk releks melayan Nabila dan Haziq. Bergambar pun tak banyak mana berbanding masa 1st time attend tahun lepas. Last sekali sebelum kami balik sempat lah kami tengok acara tarik tali. Bola fifi Nabila pun hilang entah ke mana. Bendera Malaysia Nabila pun hilang jugak. Adat lah bila dah pegi tempat camni. Cari jugak sebelum balik tu tapi dah takde dah. Nak wat camna?
Gambar terakhir sebelum pulang...
Lepas tu kami pun teruslah pecut balik ke rumah. Letih... malam tu makan ayam percik lagi, Yummy!
.
Korang dah makan? .
**** ** ****
7 Comments:
yup, memang layan habis kerusi MAS tu. kalau dapat satu sambil tengok liverpool lawan man u, perghhh....
Tu la pasal, kena la beli kerusi OSIM satu letak ngadap betui2 depan tv. hahahaa...
Bila masa pulak stewardess tu ex-gelpren aku..Sue la sesatunya gelpren, awek, bini,mata air, marka dan ...... (p/s:dia ada kat sebelah aku ni..he..he..).
Takpa, takpa... nanti kita pi badminton hg bagitau aku.
Hahahaa...
meriahnyer..lebih meriah dari org kat sini...
datin munah tak menang lagi ker??
wah meriah nyer sambut hari merdeka di UK....selamat hari merdeka buat asr sekeluarga(lambat lak nak ucap)...
dbi: Uik, peminat setia Datin Munah ya? hahaa... dia bz layan VIP lah...
mar bcn: Bila dah jauh ni semangat patriotik dia lebih sikit, tu yg meriah tu. Merdeka!
:)
Post a Comment
<< Home