• Sunday, September 16, 2007

    Iftar: Jiran Kita Makan Apa?

    Petikan lagu dari kumpulan nasyid Mestica, Sendu Sendawa: "...tidak sempurna iman jika kau tidur dalam kekenyangan, sedang jiran tertangga mu menangis kerana kelaparan..."
    Masa aku kecik2 dulu bila tiba time puasa ni mesti mak aku masak lebih. Walaupun cuma lauk2 biasa, sayur2 kampung saja. Petangnya pulak mula lah aku adik beradik di tugaskan menghantar sedikit juadah kepada jiran2. Kalau yg dekat tu, berjalanlah kami ke rumah makcik Zah, atau ke rumah makcik Timah. Ada jugak yg jauh macam ke rumah Opah Wan Pah, walau pun Opah Wan Pah ni bukanlah termasuk dlm kategori jiran. Bukan juga saudara mahupun ada bau-bau bacang. Cumanya kebun Opah Wan Pah ni dekat dengan tanah terbiar yg arwah ayah aku usahakan dengan menanam jagung dan kacang tanah. Nak ke rumah Opah Wan Pah ni berjalan kaki mahu dekat 2o menet. Kena pulak lalu belukar kecil, bukit2 & kawasan tinggalan lombong bijih.
    Kalau bukan hari yg sama, esok lusa jiran2 pula membalas. Bukan cuma sekali dalam bulan Ramadhan ni tapi berulang2 kali. Emmm... Apa aku melalut ni? Aku sebenarnya terfikir suburkah lagi amalan bertukar2 juadah di bulan puasa? Kalau kat bandar tu lebih sukar agaknya. Mungkin sebab rata2 semua bekerja. Juadah berbuka dibeli saja di pasar Ramadhan. Beli pun cukup2. Kalau yg duduk flat/apartment/kondo tu lagilah. Entah2 jiran sebelah pun tak kenal. So apa kata petang ni korang pi bawak sepiring kuih kasi jiran korang. Boleh bersedekah & boleh merapatkan silaturrahim. Kitorang lain sikit, sebab jiran kitorang ni mat salleh & diorang ni sah-sah tak posa. hahaha...
    Haziq & Uncle Nazim... the most eligible bachelor in London.
    Kakak... asyiklah nak mengamuk, huhuhu...
    Bulan puasa ni kami kurangkan aktiviti berjalan2 ni. Letih. So semalam adalah mummy dan kengkawannya buat perancangan nak buat port luck buka posa. Kira cam tukar2 juadah jugak lah. Tapi Sue selaku penganjur telah meng-offer rumah dia untuk berkumpul. All the husbands tak jadik hal, ikut saja lah. Bila dah pot luck camni, dari sikit lauk jadi macam2. Kuih pun tak termakan. Semua siap tapow bawak balik untuk bersahur. Alhamdulillah.
    Emmm... mana satu masakan mummy ni?
    Tuan rumah sediakan Nasi arab, ayam masak cili, kari kambing & acar. Mummy pulak buat daging masak itam dan dates dumpling atau nama saintifiknya cekodok kurma, hahahaa... Wan pulak menyediakan roti jala dan kuih seri muka. Nazim bawak doughnut. Dan kami, the husbands... bawak perut je... hehehe. Walaupun semua berpuasa, namun masakan semua cukuplah perisa dan sedap2 belaka... syabasss!
    Mmmm... lazatnya... Alhamdulillah dah 3 Ramadhan dah...
    Tgh tukar2 resepi ke???
    Bagus jugak ada aktiviti begini, makan pun lebih berselera lagi. Rasa macam one big family. Cumanya kalau makan banyak2 waktu berbuka ni mengantok lepas tu jangan cakap lah. Lagi satu tip untuk tak mau letih, jangan minum ais. Berbukalah dengan minuman panas. Kalau minum ais ni nanti jadi ketagih.
    Semua sedang menjamu selera... kakak mengamuk lagi kat belakang tu!
    Wokeh lah... bulan2 posa ni tak banyak cerita. Lagi pula kitorang nak pi Tesco ni... so aku akhiri entry kali ni dengan satu petikan, renung2 kan lah ya:
    "INGATLAH!!! Akan dapat pahala & nikmat bagi mereka yang berbuka puasa dengan kurma, sebaliknya akan menerima azab yang pedih & tersiksa bagi mereka yg tercekik biji kurma!"

    hahaha...
    Berbuka puasa jgn gelojoh. Bye!
    .
    **** ** ****.
    .

    3 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    hehehe.... kat cni kak lah sj yang masih nak bagi2 yang lain semua dok main beli bungkus siap...nak buat cam ne...

    selamat berbuka puasa...

    9/17/2007 9:45 am  
    Anonymous Anonymous said...

    hehehe.... kat cni kak lah sj yang masih nak bagi2 yang lain semua dok main beli bungkus siap...nak buat cam ne...

    selamat berbuka puasa...

    9/17/2007 9:45 am  
    Blogger asr said...

    Pasar Ramadhan ni lah salah satu punca terhakisnya amalan ni, jgn sampai raya pun tak menjenguk jiran sudah... hehehe.

    9/18/2007 11:05 pm  

    Post a Comment

    << Home