Majlis Menyambut Ramadhan
Majlis??? Rasa macam formal lak bunyinya kan? Hari Sabtu lepas dah terlaksanalah hajat kami nak buat sedikit makan2/kenduri/jamuan untuk menyambut kedatangan bulan penuh Barakah bulan Ramadhan al-Mubarak. Selain dari tu kami sekalikan juga dengan doa selamat untuk semua kaum keluarga, juga termasuklah jamuan perpisahan buat Faizal sefamili yang akan berpindah tugas ke Washington.
Dalam keadaan rumah kami yg sempit ini, kami mintak maap kerana terbatas dari menjemput semua. Kalau sebelum2 ni kami cateringkan sahaja main course dan cuma sediakan side dishes especially dessert, tapi kali ni mummy beranikan diri mencuba untuk masak sendiri semuanya. Terima kasih berbanyak kepada Mak di Ipoh dan Melawati yang telah memberikan tip tip masakan especially berapa kilo daging dan ayam yg patut dilaukkan! Bukan senang nak masak sendiri rupanya, sampai menangis menitis nitislah air mata especially masa tolong mummy potong bawang! huhuhu pedih ooo! hahahaa...
Kalau ikutkan pengalaman aku berkenduri di kampung2, bila ustaz sampai je terus majlis di mulakan. Tapi terbalik kot pulak majlis kami ni. So aku kena mintak maap pada ustaz sebab terpaksa pulak menunggu lama. Alhamdulillah Ustaz sudi membacakan doa yang kemudiannya disusuli dengan acara makan. Simple kan? takde banyak procedure majlis ni. Lebih santai saja.
Tetamu mula menjamu selera... silakan jangan malu malu.
Aku tengok tetamu berpeluh2 walaupun 2 kipas angin berpusing pada tahap maksima. Faizal kata dia berpeluh sebab sambal belacan mummy pecah rekod, kaw kaw punya pedassss. Tapi sebenarnya memang panas pun rumah ni maklumlah sempit, apatah lagi bila tetamu terpaksa bersesak2 macam sardin. Tingkap pulak cuma ada di bilik hujung sana. Kesian pula... Tapi nasib semuanya wangi2 belaka, so takdelah bau bauan yg tak diingini mengapung di ruang tamu. hahahaa...
Wah... kusyuk dengar Pak Ya bercerita...
Sepanjang majlis ni Nabila mengamuk sakan. Sebenarnya aku dah anticipate dia akan mengamuk sebab dari dia bangun petang tu lagi mood dia tak baik. Mandi pun menangis2 tak macam selalu. So bila org ramai lagi lah dia menjadi2, nak patah pinggang aku dukung dia rasanya. Hahaha... Tapi dah nak ujung2 tu baru dia oke. Dapat lah jugak aku berborak dengan tetamu yg dtg dengan lebih selesa. Haziq pulak masa memula tu celik matanya. Nasib baik banyak tangan yg sudi menjaga. Dan last sekali dia tertido di tangan Pak Ya ( tok?).... tengkiu ya.
Kumpulan nasyid Al-Jawaher? Yang merah itu sagaaa, yg biru itu kendi...
Yang kelakarnya, tetiba majlis ni menjadi medan bergambar. Tak sangka pulak ramai yang bawak kamera hari tu. Kalau ikut banci yg dibuat secara sukarela oleh kak Puteri ada lebih kurang 10 bijik kamera semuanya. hahaha... tu la pasal masa bergambar semua mata tengok merata2. bercapah-capah! Tak tau kamera mana satu nak tengok. Macam dah jadik celebrity. Klik klik sana sini. Emm... camni lah kot payahnya nak posing kalau banyak paparazi kan?
Akhir sekali, kami nak ucapkan terima kasih pada semua yg sudi hadir. Ada yang siap bawak buah tangan menambahkan lagi juadah yg sedia ada. Ada juga yg melalui banyak halangan seperti sesat dan kereta tak buleh nak start! huhuhu... Alhamdulillah, sampai juga. Kami mengharapkan majlis ni mendapat limpah Barakah dari Allah dan moga Ramadhan kita pada tahun ini akan lebih baik lagi dari Ramadhan2 kita yang lalu.
The wives: Isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata...
Dikesempatan ini juga kami nak mengucapkan selamat mengerjakan Ibadah Puasa buat semua yg berkunjung ke blog kami ini. Emmm... dengarnya, puasa belum pun lagi, tapi dah ada yg beli baju raya ni!!! hahaha. Jangan puasa yang yok tau!
Salam...
.
**** ** ****
4 Comments:
Terima kasih jemput kami datang & tahniah kerana berjaya membuktikan kebolehan berkungfu di dapur..hehehe...
TQ datang. Seronok dpt berkumpul ramai2... InsyaAllah, lain kali berkungfu lagi.
hahahaa...
SELAMAT BERPUASA SEMOGA MENDAPAT KEREDHAAN & BARAQAH DARI ALLAH SWT.
sayang km tak balik raya ni kalau tak boleh cik lina ikat kontrak masak kat dapo mak tu....relax..relax..
hehehehe
Kira ok la tuh...at least bule yg lelain menunjukkan skill memasak kat rumah mak raya thn nih....buleh gitu??
Post a Comment
<< Home