Dah Beli Baju Raya?
BILA sebut je raya semua sibuk nak beli baju raya. Kasut raya. Kerusi meja raya. Semua nak baru. Tapi sebelum tu ingat2 ya... berbelanja ikut kemampuan, jgn ikut perasaan. Masa kecik2 dulu seronok nak beraya ni sebab time ni lah dapat baju seluar baru. Tapikan, sejak aku dah bekerja, keinginan nak beli baju raya tu macam tak terasa, atau boleh dikatakan macam takde. Pada hal time ni lah dah mampu nak beli dengan duit sendiri. Jadi pakailah baju apa yg ada. Cumanya bila dah ada hero dan heroin dalam family ni, perasaan tu datang balik... tapi bukan untuk aku. Untuk Nabila dan Haziq dan juga untuk chentaku... mummy! heheh.
Bluewater Mall... pemandangan dr dalam kereta.
So hari Ahad lepas kami pun pergi ke satu shopping komplek yg kami tak penah pi lagi. Bluewater Mall namanya dan letaknya di daerah Kent. Lebih sejam jugak lah nak drive ke situ. Dengarnya Mall ni dulu the biggest shopping complex in Europe. Tapi la dah jadi no 2. Ya ke tu? Masa kami pi hari tu, tengok takde lah besar mana. Rasanya meriah dan besar lagi KLCC dan Megamall di bangsar tu. Ntah ntah Jaya Jusco kat Ipoh Kinta City tu pun lagi besar. Tapi apa pun oke gak.. for a change kan?
Kabur pulak gambar ni. Kawasan sekitar bluewater mall.
Haaa... yg ni lebih jelas. Dalam tu banyak restoran. Food court lah.
Cuma yang bess nya di luar Mall ni ada tasik dan trek naik basikal. Dalam tasik tu pulak banyak itik dan ada sampan kayuh untuk orang ramai sewa. Ada juga bot remote control pada yang berminat. Kiranya adalah jugak mini rekreasi kat sini. Bangunan dia dari luar nampak menarik, tapi bila masuk dalam macam biasa2 saja.
Lagi pemandangan di luar mall tu...
Batu batu yg ada macam2 bentuk ni dijadikan tempat rehat/menunggu...
Kami bawak 2 stroller, sorang satu untuk Haziq dan Nabila. Rasanya macam ni lebih senang dari bawa twin buggy yg ada tu. Nak masuk kedai dan nak mencelah2 pun senang. Nabila dan Haziq pulak kali ni takdelah meragam. Nabila pun hampir setiap masa dok dlm stroller dia. Seperti biasa, sambil2 tengok barang tu aku tangkap gambar. Tetiba datang pak guard cakap tak leh bergambar dalam mall tu rupanya. Nasiblah dah snap 5-6 keping. Jadilah, dapat juga, hahaha...
Tak sah lah kakak kalau tak dapat bobosh (belon). Nasib byk belon free kat sini.
Lepas tangkap gambar ni la pak guard datang sound, "no pictures in this mall please," hahaha...
Shopping mall ni berbentuk segitiga dengan setiap penjuru di conquer oleh Marks & Spencer, John Lewis dan Houses of Frasier. Banyak jugak lah kedai disini. Tapi bila dah nak masuk musim luruh ni, fesyen2 baju kat sini semua dull dull belaka. Warna memang lah tak menarik. Corak pun tak bess. Nak cari baju Nabila dan Haziq cukup payah apatah lagi nak cari yg within budget. Masuk kedai, keluar kedai takde lah yang berkenan. Naik letih jugak. Tambahan pulak memang tak banyak kedai yg jual baju budak2 kat sini. Tak macam kat Mesia lah. Last last we just make do dengan apa yang ada. Beli juga lah sehelai dua untuk Haziq dan Nabila. Yelah, dah drive sejam lebih dan dah spend few hours kat sini takkan nak balik dengan tangan kosong saja.
Sebelum balik... tak letih ke posing2 bulan posa ni? hehehe..
Apa pun scenery di luar shopping mall ni bess. Itu lah kelebihan dia. Lagi pulak dia ni ditengah2 out of no where tempatnya. So memang dia berdiri by itself kat sini. So kalau kemari memang kita boleh concentrate just for shopping sahaja. Lepas ni our biggest task & challange nak bagi Nabila pakai baju tu. Dia la ni dah pandai memilih. Nak baju ada flower la, apple la, pooh la... isk isk isk. Adik je yg oke, pakai je apa yg di sarung, hehehe...
Dah sampai rumah. Haziq yang keletihan...
Lagi satu kan, masa nak ke sini kita buleh nampak satu jambatan, sebijik macam jambatan pulau pinang. Tapi kami tak sempat nak snap gambarnya. Kami ingat lepas raya nanti kalau ada kelapangan kami nak ke mari lagi. Nak naik sampan kayuh dan basikal keliling trek yg dia sediakan. Nak ikut? Mariii leeerrr... (style mak mah dlm cerita Jangan Pandang Belakang! Serammm dak?) hahaha...
.Oke lah, babai bebeh...
**** ** ****
2 Comments:
wah nabila & haziq dah beli baju raya dah yeaa..brapa pasang daddy beli...
sejak byk kes kat malaysia ni dah rasa tak berani nak bawa ank2 gi shopping tambah2 orang ramai....
tahu2 aje la anak aku dah macm badman spiderman mcm cicakman pn ada...pening2
Hahaha... ada la sepasang setengah sorang. Camna tu???
Memang gerun dengar kes budak2 di Mesia. Pesan elok2 kalau pi kutip duit raya nanti...
Post a Comment
<< Home