• Tuesday, October 30, 2007

    Pusing-pusing City Hall London

    TIME difference Malaysia-England sekarang ni 8 jam. Baru je tukar sabtu-malam-ahad lepas. Patut la ahad tu kami pelik sebab kami keluar kul 9 am org tak ramai lagi. Cuma masa aku lalu kat depan Big Ben aku tengok jam tu pukul 9.30 am, wal hal jam aku dah pukul 10.30 am. Masa tu la baru perasan. Hehehe... kami ada extra 1 hour la maknanya. Yabeda bedu...

    La musim luruh... daun pokok pun dah kuning/merah.

    The Scoop: Amphitheatre yg kosong, daddy dan Nabila pun conquer lah, hahahaa...
    Dah lama rasanya tak jalan2 kat London ni. Teringin pulak nak pegi tengok Tower Bridge tu. Lagi pulak setiap kali pi situ mesti kami akan lepak sebelah Tower Hill, seberang sungai sana tak pernah pegi pon. So this time kami decide nak ke situ pulak. Buleh jugak tengok City Hall, headquarters kepada Greater London Authority dan juga home to Mayor of London. Di buka pada tahun 2002, kira baru lagi lah ni. Shape bangunan ni pelik sikit, like a distorted glass sphere. Katanya untuk meminimakan penggunaan ruang thus result in energy efficiency. Kawasan ni pulak banyak bangunan2 moden. Contrast la sedikit dari pemandangan bangunan2 lama yg biasa kita tengok di London ni.

    Bangunan macam shape kepala/muka orang tu lah City Hall.

    Pemandangan di tepi River Thames...
    Mmm... pagi tu angin agak kencang. Sejuk jugak jadinya. Nasib kakak dah mahu pakai winter jacket dia. Lama betoi memujuknya utk pakai baju tu, adalah dekat 2 minggu! hahaha. Pemandangan Tower Bridge dari depan padang kat City Hall ni lebih cantik rasanya kalau nak bergambar. Mungkin sebab kedudukan padang ni yg agak tinggi, so tower bridge tu nampak macam satu level sahaja. Banyak pulak burung merpati, apa lagi suka sangatlah Nabila mengejarnya. Adik diam je dalam stroller. Sesekali dia menjerit nak susu. Pastu terus tido. Ingat nak juga dukung dia bergambar, tapi tengok dia nyenyak sangat, kesian pulak.

    Suka betui kakak mengejar merpati...

    Kakak nak jalan sendiri...

    Pastu kat bahagian tepi City Hall ini ada water fountain yg kecik2 tapi banyak. Kalau summer ramai akan bukak kasut main air. Tapi la ni dah masuk autumn dan masa kami pi tu pagi lagi, jadinya tak ramai orang. Nabila terus menjerit "water, water...!" Seronok sangat. Habis basah baju dan kasut bila dia pijak air tu! huhuhu... Pastu bila ajak pi tempat lain dia agak reluctant. Tak mo berganjak, so aku layan je lah dia kat situ sampai lah akhirnya dia cakap "bye bye water"... Adik terjaga nak susu lagi!

    Kakak main air...

    Habis basah...

    Kat sini juga ada satu tempat tu di panggil Hay Galeria. Semacam arked ada banyak kedai2 dlm tu. Tapi masih belum bukak, hari Ahad diorang operasi lambat. Kalau dah bukak buleh juga window shopping. Malas nak tunggu so kami terus kan perjalanan. Selamat poket!

    Hay Galeria... pekedai baru nak gosok gigi. Lengang.
    Kat tengah sungai Thames ni ada pulak the biggest floating museum in the World. HMS Belfast Imperial War Museum namanya. Sebijik kapal besar yang di bawa dan di biarkan tersadai, manakala barang2 dalam tu dijaga rapi. Di bersihkan sikit2, susun elok2, buat description dan pampangkan. Pastu dia buat entrance, dia jual tiket. Haaa... terus buat untung. Bijak tak? hahaha. Sebenarnya kapal HMS Belfast ni telah di gunakan semasa perang dunia ke-2. Dia terus beroperasi untuk Royal Navy sampai tahun 1965 dan kemudiannya dalam tahun 1971 diangkat menjadi heritage untuk rakyat Britain ni. Sapa yg minat pasal kapal2 ni patut masuk. Selain dari menjadi kapal perang ia juga penah digunakan sebagai kapal penyelamat. Masa bom kat Hiroshima & Nagasaki (August 1945) tu kan, kapal ni la digunakan untuk membantu menyelamatkan tawanan perang Jepun dan orang awam. Kami tak masuk lah sebab susah nak bawa stroller dalam tu. Kalau dah museum di dalam kapal, paham2 lah tentu banyak tangga nak naik ke deck dia kan. Bergambar dari luar sahaja pun dah cukup.

    Kat tepi entrance HMS Belfast Museum...

    Bergambar ngan kapal HMS Belfast.
    Pastu ada satu kawasan lapang depan City Hall ni ada semacam kotak2. Dia panggil Open Shutters Iraq. Kat kotak tu ada macam2 cerita tentang pengalaman sebenar orang yg pernah mengalami hidup di masa perang Iraq. Kalau korang besarkan gambar kat bawah ni boleh lah baca serba sedikit tentangnya. Tapi cerita dia bersambung2, tak lah kami baca semuanya. Just glance thru satu dua kisah untuk dapatkan gambarannya saja.

    Banyak kisah perang dan kemusnahan Iraq di sini...

    Kalau nak baca, klik gambar to enlarge.
    Lepas habis je kat situ, hujan pun turun. Tadik pun hujan jugak tapi sekejap2. La ni terus turun tak berenti lah. Kami lari dok bawah Tower Bridge tu. Lama jugak tunggu hujan tak reda juga. Lama-lama tu, ahhhh redah sajalah. Ingatkan petang tu nak ke Lady Diana punya memorial pulak, tapi hujan tak juga berenti. Kami kansel plan tu. Cuaca pun makin lama makin sejuk. Nasib bawah rumah kami tu is a groceries shop. So haba dr kedai dia tu naik ke atas. Tak pasang heater pun kekadang oke je dlm rumah. Malam tu aku rasa langit dah lama gelap tapi tengok jam... awat la baru nak pukul 9 malam ni? Ishh... malam dah start panjang la! Huh!

    Bye....


    **** ** ****

    3 Comments:

    Blogger Ayu Emelda said...

    This comment has been removed by the author.

    10/31/2007 11:44 pm  
    Anonymous Anonymous said...

    Kat US still maintain lagi DST, minggu depan hari Ahad baru start. Kebetulan ada open house at 1.00pm hari Ahad tu. So, kena check betul2 takut 'terlambat' pergi lak :)

    10/31/2007 11:45 pm  
    Blogger asr said...

    Bukan tercepat ke??? Hari tu org mesia call aku kul 5 lebih sbb diorang ingat dah nak kul 7 pagi! hahahaa...

    11/02/2007 6:53 am  

    Post a Comment

    << Home