• Tuesday, October 09, 2007

    Minggu Yang Padat...

    INSYAALLAH Sabtu ni kita raya! Sekejab je Ramadhan nak pergi meninggalkan kita. Lailatul Qadar sudah menyinggah ke belum ya? Harap2 masa dia datang tu kita semua berada dalam keadaan ibadah yang terbaik hendaknya.
    Wokeh... minggu sudah memang begitu hectic sekali buat kami sekeluarga. Terkejar2 sebab banyak perkara yg nak di lakukan. Kes bershopping baju raya pun tak habis habis . Sebabnya bila pi ja asyik tak jumpa yang bekanan di hati. Bila ada yang dah berkenan tu reganya pulak melampau2. Teguk liur je lah di bulan posa ni, hahahaa.

    Kakak dpt stroller "baru"... yey!

    Bermula dengan hari sabtu, pagi pagi lagi kitorang dah plan nak ke Brent Cross shopping complex. Beria-ia mencari keperluan raya lagi, tapi masa on da way tu sempat pulak kitorang melencong ke carboot dulu, hehehe.... idea aku lah tu. Tapi la ni kalau pi carboot pun cam dah takde apa yg nak di beli. Last last paksa jugak mencari satu dua benda & akhirnya kami beli stroller mainan Nabila. Yg kat rumah tu dah koyak. Suka lah Nabila... Pastu terus pecut ke Brent Cross. Tak tahu lah kenapa org punya ramai. Kat sini dapatlah seluar Nabila yg nak di matchingkan dengan baju raya yang Cik Oji kirim... Letih lah sebab dekat 45 menet aku beratur just nak bayar seluar yg sehelai tu!


    Di luar Brent Cross shopping kompleks.

    Petangnya pulak aku pi tengok program pertandingan hafazan ayat lazim & pertandingan azan. Aku bawak Nabila je, mummy ngan Haziq dedua dah melepek dan tak larat. Nabila pulak asyik dengar azan thru internet je sebelum ni so kali ni aku bawak kasi dia dengar secara live pulak. Tapi yg kelakarnya, menangis2 dia nak bawak belon dia sekali. Pujuk2 suh tinggalkan belon tak mau jugak, dah nak lambat, so aku bawak sajalah dia ngan belon2 dia sekali, huhuhu...

    .
    Antara kanak2 yg mengambil bahagian pertandingan hafazan...
    Masa sampai tu ustaz tengah baca taklimat pertandingan. Ada 4 kanak2 yg masuk pertandingan hafazan ni. Baguslah diorang ni berani tampil ke hadapan. Setiap peserta kena baca 2 surah dan surah yg dibaca dicabut dengan undi. Rata2 yang bertanding bawah 12 tahun. Ada yang confident ada yg gugup, tapi apa pun syabass pada diorang ni. Bukan semua orang berani masuk bertanding. Jangan kan budak, bapak budak pun belum tentu lagi, hahahaa... Walaupun penyertaan tak ramai tapi ia adalah satu tanda yang amat baik bagi program yang baru diperkenalkan buat pertama kalinya di sini.


    Pengadil hafazan ayat lazim, Ustazah Anis & Kak Jah.

    Kemudian disusuli pulak dgn pertandingan azan. Yg ni terbuka dan takde had umur. So kita buleh lihat 3 generasi berentap. Ada 12 peserta semuanya. Dan pertandingan yg dibuat secara santai ini adakalanya mengundang tawa. Kelakar bila ada peserta yang nak baca doa lepas azan tetiba cakap "alamak, lupa lah pulak!!!" hahaha... semua orang pakat gelak. 2 peserta yang paling aku kenal sekali ialah Yusri yg berkerja dalam satu bangunan ngan aku dan juga Pak Abu yang memang ahli surau. Aku nak ucapkan tahniah kepada penganjur kerana berjaya to come out with this idea and have put much effort untuk mengindahkan lagi bulan Ramadhan kita. Kalau nak tahu pasal pertandingan ni lagi, klik sini.
    .
    Peserta sedang memperdengarkan laungan azan masing2.

    Gaya pelaung azan terbaik... En. Yusri.
    Hakim pertandingan azan, Tn. Hj. Zainal & Ustaz Erfino Johari.

    Lepas habis pertandingan tu, ustaz buat annoucement yg ada seorang berketurunan British warga London yg ingin convert memeluk agama suci Allah, agama Islam. Jadi slot yg kosong semasa menunggu keputusan pertandingan telah digunakan. Alhamdulillah & Subhannallah. Puji-pujian bagi Allah yang telah menganugerahkan hidayah-Nya kepada saudara baru kita ini. Semoga beliau akan terus taat dan kekal serta boleh memperkembangkan lagi Islam di muka bumi.

    Sdr. Sholto Thomas Byrnes sebelum melafazkan 2 kalimah syahadah...

    Aku tak sempat nak tunggu keputusan diumumkan. So aku dan Nabila pulang kerumah untuk berbuka. Masa tu kumpulan nasyid dari student2 imperial college buat persembahan. Sebenarnya ada juga di sediakan jamuan untuk berbuka sekali. Malam tu pulak ada qiamullail. Seawal jam 3.30 pagi telah dimulakan dgn zikir munajat. Kemudian disusuli dengan solat sunat tahjud, solat taubat, solat hajat dan solat tasbih. To be honest, ini lah kali pertama aku buat solat tasbih ni. Baru aku dapat rasakan, sebelum ni cuma pernah dengar ja. Dulu2 masa sekolah ada juga join qiamulllail ni tapi baru 2 rakaat dah pelan2 keluar saf dan cari tempat tido di hujung masjid, huhuhu. Kemudian kami bersahur beramai2 & thanks pada penyumbang juadah sahur. Lepas solat subuh ustaz bagi sedikit kuliah tentang puasa, kaffarah dan fidyah dan dalam kul 7 pagi hari Ahad selesailah semuanya.

    Kumpulan Nasyid Shoutul Salam dr Imperial College.

    Dan pagi tu jugak kami berkejar untuk menyudahkan shopping raya (tak abis abis lagi ke?). Kerana kelam kabut sangat nak kejar masa kami sampai ASDA sebelum ASDA bukak! Bayang kan... hahahaa. Bersemangat sungguh, tapi ramai gak yang dah menunggu depan pintu. Lepas habis ASDA kami pecut ke Bicester Village. Habis Bicester Village pecut ke Oriental City... hajat di hati nak cari lemang segera nona ke adabi ke kat oriental city tu, tapi nampaknya hampeh, harapan hancur berkecai berderai pecah terhempas semualah, hahaha... dulu dia ada jual, la dah tak de. Tak laku kot. Kalau tau tak yah drive jauh2 situ, baik ke wing yip saja. Petang tu kami tapow nasi lemak buat berbuka. Letihnya rasa...

    Bicester Village...

    Wokeh lah.
    Cha alif but dulu...
    .
    **** ** ****

    3 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    kt UK ada jual nasi lemak tapau ker?

    dah baper banyak kue raya wife kau buat?dok obersi kenelah rajin kan....ada kue tunjuk ke?

    -Nani-

    10/10/2007 5:50 am  
    Anonymous Anonymous said...

    Azam

    Salam Aidilfitri, ampun maaf ye gurau senda yg mengguris rasa.

    Yop, bila nya kamu blk sini..? raya sebulan kat sana ke..?

    10/10/2007 6:11 am  
    Blogger asr said...

    Nani: Sini ada jual nasi lemak, ikan bilis + sambal + timun = £2.50. So far adalah 2 jenis Lina buat.. ko byk ke?

    Hana: Sama2 lah kita. Ha ah, sebulah kami beraya kat sini, sob sob sob... (sambil amik tisu lap mata, huhuhu).

    10/10/2007 7:42 am  

    Post a Comment

    << Home