• Tuesday, October 23, 2007

    Rumah Terbuka, Rahmat Menjelma

    ALHAMDULILLAH, sepanjang Syawal ni kami tak kering dari jemputan untuk ke jamuan/rumah terbuka hari raya ni. Bermula dari Jumaat bawa ke Sabtu bawa ke Ahad adalah dalam 5 rumah terbuka semuanya. Bermacam2 juadah yang terhidang, sedap2 belaka. Terima kasih kepada semua yang menjemput. Tapi kan, sejak kes SD card hilang tu rasa kureng sikit lah nak bergambar. Mood dah lesap ntah ke mana. So masa ke rumah terbuka kali ni tak teringat pun nak bawa kamera. Ada satu rumah tu kami bawak tapi lupa lak nak bergambar. Masa nak pi rumah terbuka Adib, sampai sesat2 lah aku. Maklumlah 1st time nak pi area situ. Dalam invitation tulis 11-2pm. Masa kami sampai pulak dah pukul 2 pun. Masa tu Datuk Ambassador pun dah nak balik, "Berapa lama dah dok London ni?" katanya berseloroh... hahaha. Biasalah, orang takde navigator cam aku ni, inilah nasib nya. Sian tak?

    Haziq dah meniarap, kakak join sama... dedua br bgn tido.
    Lagi satu kes kelakar masa pi beraya kat satu rumah terbuka ni. Nak jadik cerita, dalam dok berborak2 tu, rupa2nya tuan rumah ngan aku ni sedara daaa. Pak Ngah aku kat penang tu dia panggil tok. Maknanya kalau ikut secara teknikal aku ni pangkat Pakcik lah kat dia kan... huhuhu. Oh tidak, terasa tua pulak, hahaha.
    Masa hari sabtu, lepas balik beraya dr. rumah terbuka tegahari tu, sekali lagi mummy berkunfu di dapur. Sebabnya kebetulan ex-bos aku ada bercuti di London ni. So aku tak lepas peluang menjemput beliau sefamily datang beraya di rumah kami. Tak sangka betoi lah, selama hampir 8 tahun aku bekerja ngan kompeni aku ni, dah 5 bos bertukar ganti. Dan ex-bos aku ini merupakan bos aku yang pertama masa aku masuk kerja dulu. Teringat masa dulu2 cukup inferior masa masuk daftar jumpa dia kat bilik Executive Director. hahaha, kelakar. Kali ni lebih santai dan terasa mesra sekali.

    Bercerita tentang hantu...
    Macam2 perkara kami borakkan. Yg paling menyeramkan aku, katanya kat opis aku tu dulu ada care taker mati kat situ. Right infront of my desk! huhuhu, dulu kalau ada kerja waktu malam aku gagah jugak pi opis, la ni, sorry lah. Tapi katanya care taker yg mati tu dah tua, terketar2 dah. So kalau lah hantu dia menjelma pun, dont worry, hantu tu lambat, sempat lari! keh keh keh, Sambungnya lagi buat kami semua ketawa. Dan begitu banyak nostalgia beliau di sini, apatah lagi rupa2nya dia pernah menghuni di rumah ni dulu. Terima kasih lah sebab sudi menerima undangan untuk beraya di rumah kami.


    Gambar kenangan sebelum pulang....
    Nampaknya pendek sahaja entry kali ni. Gambar pun tak banyak sebab memang takde gambar yg di tangkap kan. Mmm... doa-doalah sama kami jumpa balik SD card tu ya? Wokeh.


    Adios!
    \
    **** ** ****

    2 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    wah meriahnya beraya di sana tue...

    10/24/2007 2:15 pm  
    Blogger asr said...

    Kat sini ramai malaysian, so tetiap tahun buleh tahan meriah nya.

    :)

    10/24/2007 10:45 pm  

    Post a Comment

    << Home