Nantikan Kami di TV3
PADA suatu hari... (cam cerita sang kancil ngan kura2 pulak!), aku mendapat jemputan berbuka puasa di Holiday Villa. Tup tup terserempak dengan Said suami Fina. Fina ni dah lama kami kenal dan selalu kena buli (gurau2, jgn amik hati...) bila aja kami pi breakfast setiap kali abis main badminton, huhuhu. Said ni orang kuat TV3, Head of Documentary programme. Cam Majalah3 tu dia lah yg punya baby. So dalam berborak tu tetiba dia offer untuk buat rakaman ucapan Aidilfitri untuk rancangan Sampaikan TV3... mmm, nak ke tak nak?
Masa memula berbelah bagi jugak, tapi hasil perbincangan dengan Mozak yang menjadi moderator untuk sessi ni, kami pakat setuju. Alang2 nak buat rakaman tu, kami sekali lagi buat pot luck kat rumah Mozak. Kami jemput Said & Fina serta kawannya berbuka bersama. Fizan dan Rizal pun bersetuju untuk bersama2 datang dengan family diorang. Alhamdulillah, makanan macam biasa, meriah dan lazat2 semuanya. Dah macam hari raya pulak suasananya, hahaha...
Mengikut perancangan awal sepatutnya sessi shooting ni bermula jam 5.45pm tapi sebab Said ni tak familiar dengan jalan di sini, so tertangguh lah sedikit. Last last kitorang berbuka dulu.
Lepas je menjamah kurma, Fizan dan family telah mencemar duli dengan memulakan dulu sessi ucapan ni. Isk rasa cam artis ke? Kelakar. Yang lelain berdebar2. Maklum lah, mana kami pernah buat kerja2 camni kan. Lepas fizan, turn aku sefamily pulak. "Penggambaran" di buat di tepi jalan raya. Siap tunggu bas double decker lalu tu... hahaha... tapi tak tau lah dapat di capture dlm kamera Said tu ke tak. Aku memang gabra jugak. Tak prepare pun script walaupun memang dah tahu nak buat rakaman ni. So apa lagi... bertaburlah ucapan. Ada jugak tergagap2. Dalam otak cuma nak make sure tak lupa ucap kat family di Ipoh dan Melawati. Asyik benda2 tu je ulang2 dalam otak. Lepas dah abis tu rasa macam ada yang tak kena, ada yg tak disebutkan. Pikir2 balik... laaaa tak sebut pun kat sahabat handai, isk isk isk. Gabra punya pasal la ni. So awal2 lagi aku nak mintak maap pada kawan2 kot kot lah ada yg tengok rancangan tu nanti... kesilapan teknikal yg tak disengajakan!
Terima kasihlah kepada Said & Fina yang sanggup dtg merakamkan ucapan kami. Pandai2 lah edit mana yg patut ya. Jgn ter-delete sudah. Rakaman ni esklusif tau, sampai habislah bateri lampu kamera Said, pastu siap guna lampu kereta pulak. Patutlah aku tengok rakaman Rizal ngan Mozak lebih jelas, hahaha... Apa2 pun bak kata En. Mozak kita, it was a wonderful experience. Oke lah... pada sapa sapa yang berjaga di malam raya tu, saksikan kami dlm rancangan Sampaikan TV3 ya. Dengarnya bermula jam 12 tengah malam. Kalau kami tak muncul2, kita calling calling sahaja lah... Kena delete lah tu... hahaha.
Jgn lupa temujanji kita!
Jgn lupa temujanji kita!
.
**** ** ****
8 Comments:
tak balik beraya kat malaysia lani...
selamat beraya di london lah yer...
pergi lah beraya rumah datin munah tu...ahaks
tahun ni beraya ke paris...hehehehe..
apa pn kemunculan kamu di tv3 tu aku tungguuuuu.....cam atris plk yea
tahun ni beraya ke paris...hehehehe..
apa pn kemunculan kami di tv3 tu aku tungguuuuu....cam artis plk yes
dbi: Tu wajib! 1st day raya open house dia. Jom pi makan free, yabeda beduuuu....
kak og: Wah.. raya di Paris tahun ni ya, tapi Paris pun ada siaran TV3 kan? Hahaa...
:)
Azam, Salam Aidilfitri buat kau sekeluarga. Jemput datang Troy, boleh pekena bahulu import dari Aloq Setaq, Kedah :)
Tengkiu, tapi mak aku dah kasi surprise anto bahulu yg dia buat despite of oven dia yg dah meletop tu... :)
Selamat hari raya, bila mau mai sini?
Tunggu nanti aku sampai sana, Insya Allah. Baru nak hantar proposal n cari supervisor, mana tau ada rezeki sambung kat London lak.
Ayen, awat website hang tak bleh nak komen?
Post a Comment
<< Home