• Thursday, October 18, 2007

    Suka Duka Aidilfitri 2007

    SEBENARNYA aku takde mood nak tulis pasal raya! Semuanya gara gara SD card kamera aku yg dah hilang. I never thought i could be that careless. Worst part is i dont even have a slightest clue where to search for it. I just cant remember! Tak tau lah. All i know on that 2nd raya when i was about to take our guests picture the SD card was full. So i changed to a new one and put in its case and slipped it into my pocket. It was all happened in my house! Never ever have i removed nor placed it somewhere else. On the 3rd day raya when i wanted to load it to my pc i realised it wasnt there anymore. Been searching every inch and square feet of the house but unfortunately no luck. I bet it must have "tercicior" from my pocket and only God knows where! huhuhu... naik migrain otak ni pikir kat mana nak cari lagi. So there goes our malam raya, 1st day raya dan half of the 2nd day raya pictures.
    Tetamu kami di raya ke-2, lepas gambar ni lah SD card hilang!
    Adik berbaring while mummy pekena satay...
    Yg paling terkilan banyak gambar Nabila dan Haziq di hari raya pertama. Gambar beraya at Datuk Aziz & Datin Munah house, at Tengku Zarina, and also Fizan house. Sayang betoi lah! Aduuuh, migrain! So to all friends yang mintak aku forward kan your raya pictures with your baju sedondon the whole family, i am so sorry. Instead i ask your kindness/generousity to send me via email should you have any of my family pictures in your camera. Thanks in advance. Sodih and i really blame myself for this. Sian kat Lina, dia lagi-lagi lah frust nyer! huhuhu...

    Lontong yg Lina sediakan untuk tetamu di hari raya ke-4...

    Oke lah. Aku coretkan lah jugak kisah beraya di sini secara ringkas nya. Kami beraya hari Jumaat. Tapi ada jugak yang berdegil nak raya hari Sabtu. Ikut masjid masing2 katanya walaupun dok dlm satu kawasan yg sama. Apa daaa... Dalam kelam kabut (sebab ingat raya sabtu) mummy sempat jugak lah buat nasi impit, kuah kacang, rendang ayam dan kek lapis. Lepas je semayang raya kami menerima tetamu 2-3 family la jugak.
    Tetamu kami... Haziq akhirnya lena di tangan Ani.
    Dato' Raja Nong Chik & Datin Nafesah juga beraya di rumah kami. Tengkiu sudi datang.
    Lepas semayang Jumaat tu pulak kami beraya rumah Datuk Ambassador kemudian ke rumah Fizan. Malamnya ke rumah Ghani. Raya kat sini walaupun jauh dari keluarga tapi meriahnya buleh tahan. Rata-rata semua buat open house. So dalam bulan syawal ni memang banyak lah open house dan keutamaan dah tentu lah hari sabtu & ahad.
    Anak2 yg keletihan tidor bergelimpangan...
    Kat rumah En. Zahari...
    Macam macam juadah disediakan Lemang yang bersalut daun pisang pun ada. Esok, lusa, tulat pun dah ada yg menjemput. Alhamdulillah & tengkiu. Gamaknya minggu2 seterusnya sampai habis syawal ni cerita raya je lah di blog ni tak sudah2, hahahaa. Cuma macam aku cakapkan dulu lah... bila dah ada open house ni, nak pegi rumah orang segan kalau tak di jemput. Contohnya cam perbualan bawah ni:
    Aku: Tadi kat open hse Q tak nampak pun ko. Ko tak pi ke?
    Dia: Mm... dia tak jemput aku lah.
    Aku: Oooo...
    atau...
    Aku: Wei lepas ni ko nak pi mana?
    Aku: Kita konvoi rumah D jom. Open house dia petang ni...
    Dia: Aku nak ke rumah E... D tak jemput aku.
    Dia: Jom la pi rumah E dulu, pastu ko pi lah rumah D.

    Aku: E pulak tak jemput aku, hahaha... takpa kita pecah kat sini je lah.


    Kakak posing di Rumah Major Muzammir...
    Major dukung adik, diam je dia. Bila letak terus jerit menangis, hahaha...

    Itu lah ceritanya. Baik aku mahupun individu lain, memang segan nak beraya kat rumah org yang ada konsep open house ni kalau tak di jemput. Padahal semua nya kenal antara satu sama lain. Ntahlah, aku rasa tak sesuailah di panggil open house kalau yg dtg tu semua by invitation saja.
    Terkekek2 adik gelak di agah ustaz...
    Raya kedua kami beraya di rumah Tengku Zarina, pastu menerima tetamu dalam 4 family kemudian beraya ke rumah Yusri pulak. Raya ketiga kami penuh sendat kerana memenuhi 3 rumah terbuka dan aku kena balik rumah jam 7 pm sebab ada kerja untuk menguruskan penginapan 18 tetamu yg baru sampai dari Malaysia. Raya keempatnya pula memenuhi satu open house di tengah hari dan mummy telah berkungfu di dapur kerana sebelah malamnya pula kami mengundang dalam 6-7 family untuk berhari raya. Pada yang belum dtg beraya di rumah kami tu datang sahaja bila lalu di porchester square ni ya... cam kami cakap kami takde official rumah terbuka, tapi sudi sudikan lah. Our door is always open for you...
    Fizan gelak apa tu?
    Aik, aku ngan yusri je yg sedia nak bergambo?
    Emm.. tak tahu nak tulis apa lagi. Otak masih tension memikirkan pasal SD card yg hilang. Tell you what, till today I can still vividly hear like squib echoing in my head telling me that it is STILL there, somewhere in the house. Tapi kat mana??? Aaarrgggh, migrain! Baru teringat, petang tu masa gi rumah Yusri aku pakai baju yg sama. Jangan2 tercicior tengah jalan tak?? huhuhu... habis la! To end this entry aku nak bagi tahu aku dah turun 3 kg (jer???)! hehehe...

    Korang apa cerita???

    *Tahniah Kepada Dr. Sheikh Muszaphar, angkasawan pertama negara...

    **** ** ****

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home