• Wednesday, November 21, 2007

    British Muzeum: Free Entry Beb!

    KALAU datang London ni dan nak jimat, pergi muzeum. Rata rata semua muzeum kat sini entrance free! Kali ni kami ke British Muzeum, nak tengok pameran "The First Emperor: China's Terracota Army". Patung2 tu dia bawakan khas dari negara China. Yang ni kena bayo ya... isk semua nak pree mana aci! hahahaa... Tiket di jual sebanyak 500 keping setiap hari. Kami yang sampai hampir pukul 12 tengahari ni, akhirnya terpaksa akur dengan kehampaan sebab tiket dah sold out! huhuhu... So far tiket sampai Dec 2007 dah habis. Laku sungguh la! Ada rezeki nanti dapat lah pegi. InsyaAllah. Kalau tak, terpaksalah tempah tiket Airasia pegi China, hahaaa... Logik tak?

    Dapat bergambar ngan poster pun jadi lah....
    Anyhow, walau pun tak dapat masuk ke ruang pameran Terracota tu, tapi pameran2 percuma dalam British Muzeum ni sangat menarik. In fact dalam pamplet dia pun dia dah tandakan ruang2 tumpuan dan di mark-kan dengan perkataan "DONT MISS!". Kalau nak tahu British muzeum ni di bina pada 1753 dan pamerannya tertumpu pada sejarah manusia yg ada diantaranya menjangkau 2 juta tahun yg lampau! Tu dia... so sapa mai London ni, please include this museum in your itinerary ya, trust me, tak rugi punya.

    Uik, batu apa kakak tengok ni? haaa, nanti cerita...
    Oke jom kita buat tour, memula sekali kami masuk ke satu ruang yang di panggil Rosetta Stones & Egyptian sculpture. Masuk masuk je, terus macam.. uiiihhh... biar betoi ni. Banyak batu2 berukiran pelik. Ada scupture seperti manusia seakan great spinx. Ada juga singa yg dipercayai menjadi dewa & disembah oleh manusia zaman tersebut. Singa tu dikenali sebagai Assyrian goddess of War. Ia juga penjaga pintu masuk ke sebuah kuil. Berat benda ni 15 metrik tan. Mmmm... ingat lagi tak 1 tan bersamaan ngan berapa kg? hahahaa...

    Dok berehat jap dlm museum...
    Kebanyakan barang terkumpul disini adalah batu batu yang authentic, dipamerkan terus tanpa diletakkan dalam almari kaca. Teknikali kalau kita hulurkan tangan memang boleh peganglah benda tu, tapi of course lah ada sign board yang mengatakan please dont touch. Pun begitu pada orang yang buta diberikan kelonggaran untuk memegang sebahagian dari artifak tersebut, paham2 aja lah sebabnya ya.

    Statue singa dari Red Granite ni berusia 1400BC dari Sudan.

    Ni pulak dari Nimrud, The Temple of Ishtar Sharrat-Niphi. Jangan tanya aku kat mana tu... usia dalam 865-860BC. Inilah dia Assyrian goddess of war.
    Banyak jugak sejarah tamadun orang asia yang ada di sini. Tapi macam tak berapa mendapat tumpuan pelancong saja. Kosong. Kami pun macam nak tak nak jenguk je ruang tu. Pastu Mummy ajak ke satu ruang yg di panggil Islamic World. Kat sini pelawatnya boleh tahan jugak. Banyak barang pameran bercirikan Islam dari batu yang tertulis ayat Al-Quran, alatan perang, sampailah ke barang2 tembikar yang berukir dan bercirikan Islam. Aku sempat jugak curik dengar explanation dari tourist guide yang bawak satu group ni. Katanya "There is one thing that keeps them (muslims) unite, and the answer is the Koran!" pastu dia pun terus tunjuk kat satu naskah Al-Quran yang diberi nama Magribi sebab naskah tu asalnya ditulis di sebuah tempat bernama Magreb. Muka surat yang terbuka menayangkan surah An-Nisa.
    Uik, batu bersurat kah ini? Khat dan kesenian Islam yg terukir.
    Alatan perang. Kat pedang tu tak pasti samada sekadar tulisan arab atau potongan ayat al-Quran.
    Dah bergambar lebih kurang, kami pun pegi lah ke ruang "Dont Miss" yang lain. Ha... ke mana? Jom naik tingkat 5. Bila kami masuk2 je kat situ, semua orang tengok Mummy! Terkejut jugak. Memang betoi, bukan sorang tapi semua, i mean SEMUA. Memang diorang tengok mummy. Bukan mummy, Mummy tapi mummy Mummia lah! Mayat yg bungkus2 tuuu, hahahaa... Kat sini memang ramai orang. Kebanyakkannya bila dah dapat tengok satu satu mummia tu tak mahu diorang berganjak. Semua nak perati lama2. So memang susah nak mencelah. Pun begitu diorang ni sporting, bila kita nak bergambar dia akan bagi ruang dan tunggu sampai kita selesai. Mummia ni semuanya original oke, maksudnya memang betoi2 ada mayat dalam tu. Sebab tu dia letak dalam almari kaca, kang kalau tetiba ja dia bangun takleh la dia lari! hahahaaa...

    Mummy tengok mummy... eee serammmm! Seramm dak?
    Satu yang menarik perhatian aku ialah mummia bernama Takhebkenham. Ia dari Thebes & hidup semasa zaman dinasti ke 25, kira kira 700-680BC. Takhebkenhem ni ialah mayat seorang wanita muda yg telah diawetkan. Bahagian luar kain kapan dia asalnya berwarna pink. Macam kaler isi ikan salmon. Kemudiannya dia telah dililitkan pulak dengan kain kapan yang dah dipotong berjalur secara menegak dan melintang. Paham tak apa aku cuba sampai kan ni? hahaa... tak paham pun buat2 paham lah ya. Apa yang menarik ialah mummia ini telah menjalani CAT Scanning. Dan didapati Takhebkenhem telah dibungkus dengan tangan diletak di sisi. Skeletonnya didapati masih elok, semua giginya masih ada tapi cuma sebahagian kecil sahaja kulit yg masih terlekat pada tulang. Dari scan tu jugak diorang dapati ada lumpur dari tanah telah memenuhi sebahagian ruang kosong antara tulang2 dia tu.

    Tu dia mummia Takhebkenham...

    dan ini lah yang diorang discover dari CAT Scan...
    Sebelah je ngan ruang mummia tu ada ruang yang menayangkan artifak di zaman awal mesopotamia. Kiranya dalam 6000-1500 tahun sebelum masehi. Salah satu yg di pamerkan disini ialah Statue of Gudea. Banyak lagi batu2 atau statue2 yang seusia dan dari kawasan yg sama dengannya telah di jumpai dan kini dipamerkan di Musee Du Lurve di Paris. Aku pun tak tau camnalah diorang boleh jumpa benda2 ni kan? Betoi ke perkiraan diorang ni tentang usia benda2 ni. Dalam otak aku kan still ada slight sceptical about the facts of all the artifacts here. Bijak pandai dulu pun made mistakes kan, so there is a slight probability that some of the things that they display and the descriptions they wrote based on what they tought or even their so called research, might be wrong. Hah, memandai je aku ni, tapi the greatest mind on earth zaman dulu2 pun ingat bumi ni flat 4 segi kan??? See, do you get what i mean?

    Statue of Gudea, King of Lagas berusia 2141-2122BC.
    Dah habis semua tu, kami pun dah penat. Kakak dan Adik dedua melentok dalam stroller memasing. Kat luar sana dah gelap walaupun baru pukul 4 petang. So apa lagi, kami pun decide baik balik sahaja lah. Keluar keluar je dari British Museum tu, hujan pulak dah. Rintik2 ja. Tak lebat so kitorang decide redah sahaja sebab nak tengok krismas decoration kat oxford street. Tentu cantik lampu2 nya, tapi... huk ala... recycle beb! Semua lampu dan decoration sama sebijik seperti tahun2 yang lepas. Boleh depa simpan setahun benda alah ni ya? Kita kalau kat mesia bukan main lagi meriahnya lampu lip lap beraneka cara. Tetiap tahun, tetiap perayaan ada je idea baru ya. Mmm... membazir ke kita?
    Oxford Street sudah bermandikan cahaya...
    Tahun2 sebelum ni pun begini juga hiasannya.
    Wokeh lah... dah melalut dan dah letih menaip. Aku stop sini je dulu. Kita jumpa lagi pada hari dan waktu yaaaaang..... berlainan!
    .
    Salam...
    **** ** ****

    10 Comments:

    Blogger indera kencana said...

    Assalamualaikum Saudara Azam,
    Sebenarnya Blog Azam sudah menjadi bahan bacaan saya selama ini cuma belum tergerak hati untuk meninggalkan jejak di laman ini. Saya amat menyenangi kesemua coretan dan rakaman peristiwa sepanjang Azam di UK dan di Europe. Salam saya buat Nabila, Haziq dan Ina.

    Tetapi selain daripada itu saya ingin menanyakan dan juga ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang program Masters terutamanya MBA di London South Bank University daripada Azam sendiri. Maafkan sekiranya pertanyaan saya ini hanya menyusahkan Azam.

    Saya berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Masters di UK. Tetapi masih belum menetapkan universiti pilihan cuma University of Stirling yang agak berkenan di hati. Ada beberapa perkara yang ingin maklumkan kepada Azam bahawa saya akan melanjutkan pelajaran dengan biaya sendiri. Jadi saya terpaksa berhati-hati dalam memilih universiti, maklum sahajalah saya tak punya banyak duit.

    Tentang University of Stirling tu, memang berkenan di hati kerana ianya ada menawarkan kursus MSc in Investment Analysis. Memang sudah lama saya mengidamkan kursus itu. Hmmm... yuran pengajian BP9200.00 dan English Requirement Band 6.0. Tiptop. OK. Cuma saya ragu jika saya pergi ke Stirling, saya mungkin akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan (part-time job) memandangkan Bridge of Allan hanya sebuah bandar kecil yang hanya ada sebuah pasaraya dan hospital yang kecik. Sedangkan saya perlu mendapatkan wang untuk membayar hutang bank di malaysia dan kos hidup di UK.

    Memandangkan... (memandangkan lagi.., asyik pandang jee...) London mungkin mudah untuk mendapatkan part-time job ni, saya secara tidak sengaja telah masuk ke laman London South Bank Uni dan saya dapati program MBA nya hanya sejumlah BP9630.00 termasuk penginapan. Jadi.. saya agak ini satu peluang yang baik kerana setelah sebaik sahaja saya melangsaikan yuran pengajian, saya sudah tidak perlu lagi memikirkan soal penginapan. Cuma yang perlu saya usahakan adalah untuk mendapatkan belanja soroo <--- u punya word ni, kan?? dan BP170.00 sebulan untuk bayar hutang bank, plus wang untuk lain lain keperluan asas.

    Saya sebenarnya agak ragu dengan maklumat yang terdapat di Internet kerana pihak universiti kemungkinan tidak meletakkan kos sebenar untuk mengelakkan daripada pelajar merasa takut untuk memohon ke universiti mereka.

    Jadi, saya memohon kepada Encik Seri Bunga Raya (ganti kepada Cik Seri Siantan) Mohammad Azam jika boleh memberikan maklumat jelas dan pendapat Azam tentang hal ini.

    Jika tiada aralnya, Insya-Allah saya akan ke sana pada September tahun hadapan. Itu pun kalau IELTS saya lulus dengan cemerlangnya. Kalau tak, terpaksalah datang awal untuk masuk Pre-Sessional English Course. Hahahahahahaha...

    P/s Membaca coretan orang Perak (Perak Man ke..???) ni terasa begitu dekat di hati kerana saya pun orang Perak (Perak Man) jugak. Cuma kita tidak duduk dalam gua di Lenggong. Hahahahahahaha...

    Ikhlas,
    Indera Kencana Bin Muhammad Suria

    11/22/2007 8:11 am  
    Blogger indera kencana said...

    Alamak aii Bro, lupa nak tinggalkan email address pulak.. indera5kencana@yahoo.com

    11/22/2007 8:16 am  
    Blogger asr said...

    Uik... panjang nya! hahahaa...
    Nanti aku serang balas kat email ya. Betoi la tu, orang Peghak.
    :)

    11/22/2007 9:11 pm  
    Blogger Azhar Ahmad said...

    Hummmm... Teruja sungguh lahhh..

    11/24/2007 1:31 pm  
    Anonymous Anonymous said...

    Salam...En Indera kencana...sya Mieza kawan En Azam gak...kitaorg sesama kat London tapi saya dah back for good april this year...;org peghak gak...klu nak tau info psl uni kat sterling,sya ada kawan yg dah lama menetap kat sana-glassgow...dia still study lagi...mmg well known ngan comunity melayu kat sana..klu interested,leh email saya so that saya leh fwrd email address dia...mana tau boleh bantu u..my email add;yangmieza@yahoo.com.sayapun selalu ga masuk blogger En azam ni tuk lepas rindu kat london...betapa saya merindui saat2 manis kat sana...

    11/26/2007 6:06 am  
    Anonymous Anonymous said...

    Lupa nak tambah...kwn saya ni klu tak salah study kat sterling dan menetap kat sana..saya mmg ada melawat dia few times...ikut hubby outstation. husband kwn saya tu kerja kat sana..

    11/26/2007 6:10 am  
    Blogger indera kencana said...

    Thanks Mieza... I email u lepas ni..

    Kalau rindu kat London, masuk blog Azam tak pe, asai jangan rindu kat Azam dah la... Nanti menangih la Ina... Haaa saper nak jawab nanti!!!

    11/26/2007 8:00 am  
    Anonymous Anonymous said...

    En Indera kencana, Mieza ni dah berkahwin, ada anak berumur 3 thn dan skrg sedang menunggu kelahiran cahayamata yg ketiga...so taknak ucap tahniah kat dia ke???

    11/26/2007 1:30 pm  
    Anonymous Anonymous said...

    Ooopss...salah onfo, anak yg kedua sebenarnya...heheh...

    11/26/2007 1:31 pm  
    Blogger asr said...

    Azhar: memang....! :)

    Mieza: Kim salam kat Libra dan Mia, termasuk yg "coming soon" tu... Sihat ke semua?

    Indera: Rindu rinduan jadi kenang kenangan.... hahaa..

    anonymous: mmm... :)

    11/26/2007 3:28 pm  

    Post a Comment

    << Home