SELUAR la ni dah rasa ketat balik. Apa sal tatau? Nasib tak tetas, hahahaa...Ye lah, asyik makan makan makan je sepanjang syawal ni. Open house sana sini, bila org tak panggil kita, kita pulak panggil orang datang. Bagus lah tu, time ni lah kita makin rapatkan silaturrahim. Minggu ni kami terima tetamu dari Edinburgh, member aku masa zaman belajar2 dulu iaitu Faizi dan emaknya. Tak dapat lah nak bawak jalan2 sebab datang time bekerja dan kebetulan Faizi pun ada attend conference Takafur kat London ni. Tapi sempatlah juga Mak Faizi dan Lina naik bas hop off hop in sight seeing sepanjang hari Jumaat. Bergambar dgn Faizi dan emaknya sebelum mereka pulang. Nabila tido!
Nabila tido lagi... kat open house Tourism.
Hari sabtu tu pula kami cuma memenuhi undangan rumah terbuka saja. Ada 3 semuanya. Memula ke rumah terbuka Tourism Malaysia kat sini. Siap ada bunga manggar tu... hehehe... rasa cam ada event cuti2 Malaysia pulak dan teringat zaman kawin kawin dulu, hahaha. Juadah yang disediakan pelbagai, bewarna warni dan jemputan pun ramai. Nabila time ni tido. Dia penat meragam sebab masa bersiap tu dia suka sangat lari2. Tak de angin ribut pun tarak, tetiba je dia tersembam dan mukanya melekap kat tepi katil! Berdarah hidungnya kat bahagian dalam dan kat luar bercalar. Menjeritlah, apalagi... tu yg sepanjang rumah Razif tu dia tidor sahaja. Dah penat menangis lah tu. Bergambar ngan host sebelum pulang... Razif & Dayang.Kami kan dok flat, so bila dpt pemandangan rumah sebuah2 ni bess pulak, bergambar lagi kita! Selepas tu kami terus pecut memenuhi undangan MATRADE pulak. Bess lah kalau dapat cam rumah Bakar ni sebabnya sungguh luas. Taman dia kat bahagian belakang rumah pun besar dan suka lah Nabila main kat situ. Cumanya kalau aku blah je, dia pun tak mo main dah. huhuhu. Haziq sentiasa dalam car seat tak bangun2. Juadah nya pelbagai tapi yang bessnya meratah kacang pistachio. Sedap sungguh dengan menu utamanya nasi biryani. Sekarang ni kan malam dah makin cepat. Magrib pun pukul 4 lebih dah masuk dah. So sebelum gelap kami pun amik keputusan mintak diri untuk memenuhi jemputan rumah yg ke 3.
Kat Rumah terbuka En. Bakar, bos Matrade...
Sampai sampai je rumah Fizan, bukannya kami terus masuk tapi siap bergambar dulu! hahaha... Kat luar rumah Fizan tu banyak pokok2, so cantiklah jugak pemandangannya. Tengah2 snap gambar tu nampak Nazim dengan macho nya datang melenggang dari jauh, apa lagi terus minta dia jadi cameraman... sori lah bro! Lepas tu Mozak dan family pun sampai, dia pulak join sama. Aku tengok tuan rumah dah dok tercegat pegang pintu, tengok tetamu dia yg belum2 juga nak masuk, excited bergambar.
Thanks Nazim, nice shot cuma ada jari sikit je cover lense tapi takpe, leh hantar kat paper utk raya tahun depan. hahahaa...
Bersama Mozak & family yg baru balik dr beraya di Mesia. Jelessss.... Juadah istimewa roti jala sungguh menyelerakan. Siap ngan kuah kari dan rendang ayam. Pergghhh terangkat beb. Nanti kalau2 kami nak buat makan2 boleh lah kami order roti jala ni ya? Ni dah jadi trademark Wan dah ni, hahaha... Nabila sungguh sporting, nak dia main2 dengan Husna dan Farah. Dapatlah daddy ngan mummy makan dengan lebih selesa. Cuma Haziq je sekejap tu dia meragam nak tido.
Adik di dukung tuan tanah, ops... tuan rumah! hahahaa... Kami minta diri awal sikit dari tetamu yg lain. Sebab nya hari Ahad tu kami nak buat sedikit jamuan. Jadinya malam tu Lina nak berkungfu di dapur nak sediakan satu dua menu. Hari Ahad tu pun sebenarnya kami ada jemputan kat rumah Rose. Maaf sangat tak dapat hadir. Ingatkan sempat dan memang ada hajat nak pergi, tapi rupa2nya jamuan kami tu berlarutan dan bila selesai dah lewat pulak. Malam tu sempat lah mummy sediakan 2 jenis dessert. Bahan bahan yang nak masak esok pun dah siap di potong. So esok mummy campak2 je dalam periuk, hahahaa... Antara tetamu kami yg hadir...
dan lagi... Kali ni Lina cuba bereksperimentasi buat nasi hujan panas. Warna warni like rainbow kaler u know, hahahaa... lauknya ayam masak merah dan jelatah. Pastu menu keduanya pula meehun tomyam. Dessert dia kek batik dan agar2 marble (marble arch ke?)! Alhamdulillah ramai yg dapat hadir walaupun ada 3-4 family yg aku cuma messagekan jemputan pada pagi Ahad tu sendiri. Terima kasih datang. Tu lah dia, kisah minggu ni. Penat memang penat tapi seronok. Pi rumah orang pun penat, jadi host pun rasa penat. Camna tu??? Kalau ada lagi yg tak singgah rumah kami tu, mai la... dan kalau ada sapa nak buat open house raya tu, buat lah, sempat lagi ni! Eh, latest update... berat aku dah naik balik lah! Korang camna? Mantain? Mustahil!!! .
Hahahaa...
.
**** ** ****
11 Comments:
Aisehhhh, seronok juga beraya kat oversea ni....
Azam, Faizi kerja kat mana sekarang? Kalau ada e-mail dia, msg kat aku. Makasih :) .
Nasi hujan panas chef lina memang power...kami siap makan breakfast lagi..hehehe
Azhar: Syok tu syok tapi bila teringat AyahBonda sanak saudara rakan taulan di tanah air, aduuuhhh syahdu nyer...
Ayien: Dia dah quit Shell. La dia tanam dan petik anggur belakang rumah dia la kot, hahaa... fmay195@yahoo.co.uk
suhailah: tengoklah sapa tok guru dia... pengerasnyer dia dah bayar blom? Cipta la nasi hujan rintik-rintik pulak, hahahaa...
Sure ada projek juta2 punya tu ;) . Thanx, nanti aku mail dia.
wah meriahnya raya kat sana...tak sini biasa2 ajer...oh ya, kami suami isteri blom dtg lg beraya ke rmh asr...boleh ker dtg nie??:)
Ayien: Baru nak cari kerja balik katanya, anggur dah abis tuai la tu...
mar bcn: Mai la. Habis hari raya, kita sambut deepavali pulak, hahahaa...
wan said,
nak order tu boleh sangat le tapi kenalah notice awal sikt nak menjala ni kena ambik vitamin R banyak sikit baru cantik jalanya.. btw tks for the delivery that night dapatlah kami buat breakfast
Nanti kami bekal kan vitamin R sekali... mana nak cari vitamin ni ntah??? hahahaa...
aiyo..open hose merata rata..tak habis lagi???..sakan kalah org kat malaysia
ps:duvet tu diimport dr eastmidland lagi...syiookkk
Mmmm, masa nak tido syiokk la, masa bangun tak berpeluh2 ka?hahaha... Duvet cover pun import dr sana?
Post a Comment
<< Home