HUJUNG minggu ni awal awal lagi kami dah plan nak ke Notts. Dulu pernah nak ke mari tapi tergendala. Pernah jugak dapat tawaran masuk Nottingham U ni tapi terpaksa tolak sebabnya JPA suh jugak aku masuk PPPitm 9 bulan (bleh dapat sorang baby ni! hahahaa...). So bila Mozak ngajak, kami pun setuju sahaja. Hari sabtu, lepas je balik main badminton terus bersiap dan bertolak dalam kul 11 pagi. Memang tak berenti langsung, straight drive ke Sherwood Forest tempat Robin Hood tu. Betul wujud ke Robin Hood ni? Jom kita pi cari, ada tak?... haaaaaaaaaa itu pun dia.... Uik, ini bukan Robin Hood ya, ini mummy lah! Hahahaa...Kat entrance...
Bila sampai situ kami cari port untuk soroo. Ada lah bench kat sini dan memandangkan skrg dah sejuk, memang lah takde sapa nak lepak. Kami 2 family anak beranak conquer tempat tu. Kat Sherwood Forest ni ada dia buat mini exhibition. Dalam tu adalah beberapa patung 2D yg di buat dari papan. Walau pun buatannya tak lah impressive mana tapi tetaplah menarik perhatian. Dah admissionnya pun free, so what do you expect la kan? Nabila tetaplah takut2 masa memula. Malap. Apa lagi, mummy je lah yg posing sakan. End of this exhibition is a souvenir shop. Seperti biasa Lina mencari fridge magnet tapi takde yg berkenan katanya.
Kakak muka fobia je...
End of the exhibition...
Kat Sherwood Forest ni jugak terdapat Major Oak tree. Agaknya masa Robin Hood kecik2 dulu kat sini lah dia bergayut dan main aci nyorok kot. Pokok ni dah 800 tahun usianya dan beratnya hampir 23 metrik tan. Korang tahu tak 23 metrik tan tu camna beratnya? Tak tau? Meh aku bagi tau ya, 1 metrik tan bersamaan dengan 1000 kg. So kalau 23 metrik tan bersamaan dengan 23,000 kg lah. Issh spoon feeding betullah! hahahaa... Ukur lilit trunk dia pulak 10 meter dan branches dia spread to over 92 feet! Besar & bagak jugak lah pokok ni... branches tua dia tu dah jadik semacam sebuah sculpture yg menarik.
On da way mencari Major Oak tree, cam dlm ladang getah je kan? Sempat pose berdua, macam baru kawin ja, hahahaa...
Sebab pokok ni dah berat sangat, diorang buatlah tiang2 daripada besi untuk menampung all the branches dari patah. Diorang memang jaga sungguh pokok ni sebab inilah pun main attraction kat dalam Sherwood Forest ni. Kat dahan pokok ni ada cam hollow so diorang percaya kat situ lah Robin Hood & orang2 nya bersembunyi. Tapikan, kalau ikut lagenda, Robin Hood ni cuma wujud antara kurun ke-12 dan 13. So pokok yg baru berusia 800 tahun ni sah sah kecik lagik. Tak logik lah dengan apa yg di percayai oleh penduduk tempatan ni kan? Oooo... nak tipu ya??? keh keh keh!
Major Oak Tree, jom vote dia sebagai favourite tree in the UK...
Memang kena beli kamera baru ni, bila malam mulalah gambar jadi kelam.
Pokok ni pulak banyak kali tukar nama. Memula sekali masa kurun ke 18 di kenali sebagai Cockpen Tree, pastu dikenali dgn nama Queen Oak, pastu pada tahun 1970 tukar lagi jadi The Major Oak Tree. Time ni dah hampir senja dah. Suasana pun suram dan kami lah merupakan pelawat terakhir hari tu. Lagi pulak masa kami pi tu bukannya ramai orang, walaupun katanya hutan ni menerima pengunjung seramai lebih kurang 500 ribu orang setahun. Dah letih kitorang pun terus bertolak ke Travelodge di Notts ni. Lepak 1 malam ja. Malam apa buat tak payah cerita lah ya? hahahaha...
Kakak, seawal 4.30 pagi dah bangun! Pastu dia kejutkan semua orang pulak tu, huh...
Adik first time overnight kat luar... Esoknya, kitorang pun terus menuju ke Nottingham punya town. Kami plan to visit two places sahaja. Memula sekali pegi ke The Tales of Robin Hood. Bayaran masuknya lebih kurang £9 sorang. Dalam kawasan ni kita boleh lepak berapa lama kita suka. Cuma yg meletihkan sedikit bila ada anak kecil, stroller tak boleh bawak sekali lah! Nabila bila masuk je terus menangis sebab memang gelap tak nampak apa. Pastu adalah cahaya suram dia buat konon2 cam kita dalam hutan. Tiba2 ada pulak suara narrator. Teruslah Nabila peluk aku. Kesian dia. Adik ok, macho je, hahahaa. Jgn lupa masuk sini kalau nak tahu tentang Robin Hood...
Lepas dah abis introduction, dia bukak pulak satu pintu. Kita pun masuk ke bilik yg lain pulak. Kali ni terang sedikit tetapi masih suram. Patung patung dia pulak memang rupa macam hantu! hahaha... tak cung langsung. Lagi la Nabila tak mau nak tengok. Lepas habis suara yg bercerita kemudian kita naik semacam kereta dan dia bawak keliling sambil dia menceritakan tentang kehidupan Robin Hood. Patung2 dia semua masih huduh2 belaka! Suasana dalam tu sebijik cam dalam hutan dengan batang2 pokok yg berselerak dan daun2 yg bertaburan. . Antara patung2 yang "menakutkan"...
Eh, yg ni bukan patung, ni orang betul. Tapi equally menakutkan jugak, hahaha...
Lepas dah habis tour tu kita masuklah pulak tempat exhibition dia. Banyak description yang perlu di baca kalau nak tahu. Just tengok2 glance thru sahaja. Kemudian dia ada buat satu kawasan rehat. Kat situ ada aktiviti mewarna untuk kanak2, mini playground, movie show, memanah dan cafe. Kami just lepak melepaskan lelah sambil layan anak2 main2 kat situ.
Kakak (ke daddy?) sedang mewarnakan shield... Farah concentrate betui.Nottingham Castle... Pemandangan dari atas Nottingham Castle...
Kemudian kami menuju pulak ke Nottingham Castle. Castle dia ni atas bukit di bina dalam kurun ke 17 tapi tidak lah se-gah castle castle lain yg penah kami lawati. Pemandangan dari atas bukit tu pun biasa-biasa sahaja. Di sini ada muzeum & art galery tapi tak di benarkan bergambar di dalam nya. Ada dipamerkan alatan perang, ceramik, costume dan sebagainya. Sempat juga aku mewarnakan salah satu Islamic Art yg dia sediakan kat tingkat atas. Lama jugak kami lepak kat castle ni. Depan entrance muzeum & art gallery.
Kat belakang tu ada cave. Nabila suka sangat bebas berlari sana sini.
Sebenarnya bawah castle ni ada gua yg wujud sejak medieval time lagi. Kami tak perasan lah. Kalau ikut info dr internet bawah tu ada tempat yg dipanggil Mortimer's Hole, King David's dungeon dan old wine cellar. Tapi bagus jugak tak pegi sebab dalam tu banyak tangga2 yang steep. So camna nak tolak stroller... 2 pulak tu! Dah habis tu kira completelah Nottingham tour kami ni. Apa lagi terus pecut balik ke London. singgah kat Service untuk soroo dan pecut semula. Malam tu semua lena berkerikut bawah duvet macam ada org kat ganu tu. hahaha... Adik je meragam sikit. Itu je lah cerita minggu ni. Isk, larat korang baca sampai habis ya??? hahahaa... Chiow!
**** ** ***
2 Comments:
Ahahahhaha, larat baca sampai abis! Hahha
Hummm, nak tanya, PPPITM yang 9 bulan, untuk bachelor, master or phd student ya?
hahahaa... dah khatam! :)
PPPITM tu utk bachelor, 1st year punya subjek buat kat situ, pi obersea terus masuk 2nd year. Tu sbb tak semua U terima, silibus dia kdg2 tak sama daaa...
Post a Comment
<< Home