Dan Daun Pun Berguguran....
MINGGU yang ini kami menerima jemputan ke majlis hari lahir adik Waldan anak bongsu kepada Halim. Kebetulan kereta pun takde, so kami plan untuk jalan kaki sahaja. Jauh jugak sebenarnya kalau nak menapak ke rumah diorang ni, tapi kami dah plan nak break the journey dengan melawat Lady Diana Memorial Fountain, so rasanya tak terasa sangat kalau nak ke sana. Tambahan pulak kena cross Hyde Park dah tentu banyak pemandangan keliling yg bess yg kami boleh enjoy & digest.
Dinding kawasan construction dibuat macam rak pensel kaler. Mmm good idea!
Cuaca sekarang ni dah sejuk, dah masuk Autumn dah. Tapi bagi aku takde istilah autumn, sebab sejuk nya macam winter. Malas betullah nak pakai 2-3 lapis bila nak keluar rumah. Rimas. Adik pakai stroller kakak yg dulu siap ada beg tido & rain/wind cover, oke la... tapi kakak kena sacrifice pakai stroller merah so kenalah pakai sweater sebelum menyarung winter coat dia. Tapi kebanyakkan masanya bila dah sampai dlm Hyde Park, kakak nak jalan sendiri tak mahu duk dlm stroller dia. Seronok sangat dia mengejar tupai yg banyak walaupun tak satu pun mahu dekat dengan dia. Aku tergelak bila tetiba je kakak cakap: "eiyo, aa aa yuuu? kam... ate ater!" (Squirrel where are you? Come... faster, faster!) sambil tepuk2 tangan, hahahaaa...
Adik senyum je walau sejuk, pekena susu sebotol & trus tidooooo!
Hyde Park ni memang luas. Dalam kawasan ni takde kereta atau kenderaan lain, cuma basikal je yg boleh masuk. So kalau nak biarkan anak2 berlari2 pun tak risau. Kami jalan slow slow menikmati udara sejuk yg nyaman walau pun daun2 yg sepatutnya "menghembuskan" oksigen sudah lama gugur ke bumi. Suasananya berbeza dan cantik pada pandangan mata. Itu lah besarnya ciptaan Allah, dia hidupkan daun2 yang segar menghiasi dahan2 dan ranting. Kemudian dia matikan. Nanti akan Dia hidupkan semula pada dahan dan ranting yang sama. Kagum kan?
Kakak & mummy lepak sekejap kat bench yg disediakan...
Sejuk sejuk camni pun masih ada orang yang datang berkumpulan main bola di padang Hyde Park ini. Ada juga yang berdating duduk di bench yang banyak di sediakan. Ada juga yang sekadar bawak anjing diorang bersiar2. Masih ramai yang keluar memanfaatkan suasana siang yang makin pendek sekarang ni. Bila sampai kat satu spot yang agak cantik dengan daun2 yang banyak di tanah, kami pun cubalah abadikan family photo kat situ. Kelakar sebab terlupa bawak tripod, so letak saja atas stroller Haziq yg tak rata, bila dah pose pose, tetiba kamera tu toppled dan tangkap gambar langit! hahahaa... so 3-4 kali juga lah cubaannya.
Berapa kali punya pose daaa....
Jom kita teruskan perjalanan...
Kat dalam Hyde Park ni ada banyak statue sebenarnya. Salah satu dari nya ialah Statue orang lelaki yang naik kuda pose seakan akan merenung jauh ke depan. Statue ni di beri nama "physical energy" dan telah di letakkan kat sini pada tahun 1907. Description yang tertulis di situ mengatakan ada 3 sahaja statue dalam dunia ni yang dibina serupa dengannya. Satu di South Africa dan satu lagi kat Zimbabwe.
Apo ko bondo-nyo statue Physical Energy ni???
Dan akhirnya kami pun sampailah ke Lady Diana Memorial Fountain. Laaa... tutup pulak, under construction katanya. Tak pe lah dari luar pun boleh nampak juga sebab fence dia cuma paras pinggang saja. Hemmm, camni je ke bentuk fountain nya? Alang2 dan sampai kami amik jugaklah gambarnya. Nanti hujung bulan ni baru dia bukak semula. Takde apa pun kat situ, cumanya dia dekat sebelah river Thames yg mempunyai pemandangan lebih menarik dengan swan & itik2 yg jinak2, tunggu orang ramai tabur roti!
Lady D memorial Water Fountain... nothing special about it!
Ni depan memorial tu...
Dari sini dah 2 per 3 perjalanan ke rumah Halim dah. Masa ni jugak kakak dah penat dan dia sendiri yang nak dok dlm stroller dia balik. Sejuk katanya. Nasib ada bawak selimut siap siap. Tahu-tahu je dia dah tido! Ngantuk sangat lah tu... adik je yg berjaga. Kakak terus lah tido, sampaikan kat rumah birthday boy pun dia tido saja.
Sempat bergambar ngan Royal Albert Hall, kejap je dah gelap, mendung & hujan rintik2.
Mummy tak tau nak amik mana satu, banyak juadahnya...
Nampaknya walaupun sambutan hari jadi tapi tuan rumah kata sekalikan dengan jamuan raya. Menu yg di sediakan meriah sekali. Siap ada lemang lagi tuuu... walaupun dah masuk Zulkaedah dah ni! hahaha... Ops, rupanya hari jadi Eisya pun disambut sekali lah. Laa awat tak habaq, dah kami bawak hadiah untuk Waldan ja, sorri ya Eisya. Lepas dah borak2 menjamu selera kami pun mintak diri lah. Kali ni kakak sangat teruja sebab kami balik naik bas. Kakak sangat excited sebab selama ni dia asyik nyanyi lagu Wheel on The Bus... so kali ni betoi2 dia dapat naik bas. Hahaha...
Whiteleys, shopping kompleks yg dekat ngan rumah kami ni dah ada pokok krismas. Pokok Krismas recycle!
Kami sampai rumah dekat pukul 6.30pm tapi dah macam pukul 11 malam gelapnya. Kakak dan adik flat terus & semua pun tido awal malam tu...
zzzzzZZZZ....
**** ** ****
3 Comments:
Seronoknya jalan berangin-angin camtu..... Hummm...
tak tau nak kata le klo daun2 gugur tu kat m'sia...sape nak sapu..hehehe..daun kok mplam..rambutan...ketapang..eh eh eh
wah cantik slide gambo kat sbelah...
azhar: ha ah seronok. Tapi kalau lama2 telinga naik beku...
anonymous: Tu la kan. Daun nangka, daun betik, daun limau purut, daun pisang... hahahaa, parah! Slide tu cantik ke? Tks.
Post a Comment
<< Home