Sireh Pulang ke Gagang & BirdWorld
YEAAAA.... entry 2 in 1 datang lagi.... Tetiba ja aku macam terdengar2 sora mat sentul dgn coklat Ding Dang & coklat Tora-nya. hahahaa...
II. BIRDWORLD
I. SIREH PULANG KE GAGANG
Baru baru ni kami telah join kawan2 yg lain menghantar Sdr Rosdi dan keluarganya ke airport untuk pulang bertugas semula ke tanah air. Meriah sungguh, suasana yang patutnya sedih bertukar riuh rendah dengan gurau dan gelak tawa. Anak2 pun berkeliaran sana sini, cuma Nabila je asyik berkepit ngan aku. Macam2 yg diborakkan, maklumlah setelah "14 tahun setengah" tinggal di sini tentu banyak memorinya kan? huhuhuu... Jawatan siak surau MSD menjadi kosong dengan kepulangan beliau ini.
Minum bersama kali terakhir sebelum diorang masuk ke balai berlepas. Eh, apsal mat salleh kat belakang tu pulak yg berpeluk kesedihan??? huhuhu....
samalah ini pun...
samalah ini pun...
Rosdi ni is a jovial person. Dulu masa gi Granada pun kitorang gi sama. Asyik gelak manjang. Ke swindon, ke stoke, ke fruit picking, car boot jangan cakap lah. Lagi pulak, masa Lina nak bersalinkan Haziq, Nabila pun aku hantar ke rumah dia. Dah hampir2 nak meragam dah Nabila kata Ani, nasib sekejap je. Hantar kul 5 ptg, kul 7.15 malam Haziq pun lahir. Thanks lah pada Rosdi & family especially Ani yang merasalah dalam masa 2 jam setengah tu basuh erk erk Nabila. Hahahaaa... thanks sesangat.
Kakak tak mau join... Haziq lah wakil bergambar ngan Eisya & Emir...
Akhir sekali, kepada Rosdi & family korang maapkan je lah kalau2 ada kesalahan kami ni ya. Nak simpan dlm hati pun takde gunanya... hahaha. Eh, rasanya raya hari tu dah bermaap maapan kan? kira 0-0 lah tu. Mmm... nampaknya makin senang kami mendapat barang kat carboot lepas ni, rival dah makin kurang lah, heh! Jangan marah... Apa pun kami nak ucapkan all da best to Rosdi & family dan semoga lebih berjaya di tanah air. InsyaAllah.
Ralat: 14 tahun setengah kat London tu katanya, yg sebenarnya 3 tahun sahaja, hahahaaa...
II. BIRDWORLD
Minggu lepas tak tahu nak pegi mana. So kami just plan nak dok rumah & ke carboot Farnboro' sahaja. Tapi dalam masa on da way tu aku dah cakap kat mummy, perhatikan sign board kiri kanan kot ada mana2 tourist attraction yang boleh di lawati. So nak jadik cerita, kami nampak sign board Birdworld. Dah tu simpang dia sama pulak dengan simpang ke Farnboro' tu... cantekkk sangat lah! Orait, keputusan kebinet dibuat & dipersetujui jam itu juga.
Lepas sahaja selesai di carboot Farnboro' tu, teruslah kami menuju ke DESTINASI yea, yeaaa... ops, termasuk lagu Siti Nurhaliza pulak, hahahaaa... Rupanya Birdworld ni tak lah dekat sangat dr simpang Farnboro' tu, tapi sebab keputusan dah dibuat kami teruskan jugak lah. Sampai2 situ, alamak... kakak tido le pulak. Orang nak bawak situ nak tunjuk kat dia, dia pulak lena sakan. Aku cucuk2 pipi dia, dia tetap pejam mata. Letih sangat kot masa kat carboot tadi. Adik pun sama. Tak pe lah kami masuk juga. Macam biasa tiket cuma untuk kami berdua sahaja sebab kanak2 bawah 3 tahun masuk free.
Kakak dan adik tido, matahari memancar tapi sejukkk lah...
Aku dah siap siap beli satu bekas makanan burung merupakan ulat yg dah dikeringkan. Sebenarnya dia ada jenis2 makanan, certain burung lain makanannya, tapi aku belasah je lah. Masuk masuk situ terus jumpa rumah burung kakak tua atau kat signboard dia dia tulis macaw. Kaler merah dan macam jinak je. Dalam area yang sama banyak juga burung flamingo yg pink kalernya.
Bergambar ngan pelican... kakak & adik masih lena...
Ostrich pulak...
Banyak jugaklah burung2 yang di kumpulkan kat sini. Ada yang dalam kandang ada yang di biar lepas bebas. Kawasan ni saja luasnya 26 ekar. Bukan setakat burung je, ada juga taman dan picnic area. Kalau summer ni mesti bess. Selain tu ada jugak play ground yg disediakan. Kira nya memang boleh buat a whole day outing kat sini lah. This time kan sejuk, so pelancong pun tak ramai mana. Bagus jugak, tak payah kami rebut2 sesak2 nak tengok burung2 yang ada kat situ.
Jinak2 burung di sini...
aku bagi dia makan ulat kering...
Bila sampai kat hujung, ada pulak ladang biri2. Masa beli tiket tu dia dah include sekali entrance ke Jenny Wren Farm dan jugak Under Water World rupanya. Maknanya bukanlah setakat birdworld sahaja di sini. Macam2 dah ada. So bila nampak kambing biri2 tu aku terus kejutkan kakak. Sebelum ni dia selalu jugak dengar lagu baa baa black sheep... cumanya bila kakak nyanyi dia jadik: baa baa biii... huhuhuu. Apalah kakak ni, mughallazah tu! hahaaa... Memang betoi pun, bila dia bgn tido ja... terus dia teruja. Tapi yang kelakarnya kakak terus shout cow!!! hahaha... Ada ke cow katanya? Padahal dah selalu tengok sheep kat dlm tv dan internet. Lepas dari sini memang seronok melayan kakak yg kelam kabut tengok binatang2 tu semua. Terus dia berjaga sampai balik. Adik pun jaga sama time ni.
Kakak takut2 nak dekat ngan kambing biri2 tu...
Ai, mummy pun teringin nak bergambar juga???
Dah masuk Birdworld tentulah ada bird show. 3 ekor burung yg digunakan untuk persembahan ni. Nabila tak mau berganjak tengok persembahan burung tu, especially persembahan burung kakak tua bernama Noddy. Umur burung tu baru 9 tahun, dan ikut cakap mamat yg conduct show tu, jangka hayat burung kakak tua puratanya selama 80 tahun! Mmm kalah manusia. Lagi 2 burung ialah rebab (aku dengar camtu lah bunyi nya, tak pasti burung apa) dan burung hantu. Entertaining jugak lah show dia ni.
Tu dia noddy...
Dulu2 kat kampung aku panggey binatang tu ayam kluk kluk...
Lepas ja show tu, kami masuk ke Jenny Wren Farm. Kat sini macam2 binatang ternakan ada. Burung merak, arnab, lembu. Oink oink? Mestilah adaaaa! Besar2 dan macam2 kaler pulak tu, isk. Tapi yang kakak paling suka sekali bila dia nampak papan gelongsor. Terus je dia nak ke situ... tak payah nak pimpin, lajuuu ja dia! Jenuh jugak memujuk Nabila untuk meneruskan lawatan, nak pergi tempat lain, dia asyik nak main papan gelongsor tu juga. Nak lagi dan lagi dan lagi... layan jugak lah dia sekejap. Mujurlah tak lama dia pun oke untuk gerak.
Eh, peliknya, binatang apa ni??? heh!
Nabila semenjak mummy bawak pi play group ni, dah berani naik slide sendiri...
Lepas dah pujuk2 dia tu kami pun terus bergegas nak tengok penguin show. Tapi masa kami sampai tu show dia pun dah hampir nak habis. Dapat jugak lah tengok tapi tak dengar apa dia punya cerita. Sibuk melayan nabila tengok pengguin tapi dah dia jerit "duck, duck" lah pulak. hahahaa...
Pengguin pun macam lawyer, hitam putih!
Dah habis tu kami pun keluar lah. Underwater world yg entrance dia dah inclusive dlm tiket kami tu, tak sempat kami nak pegi. Kami decide balik sahaja lah. So, berbaloi jugaklah trip kali ni walau pun buat decision begitu impromptu sekali. Recommended, tapi kalau nak lagi bess datang musim panas. Bawak bekal, banyak picnic area dan garden dia punya lanscape pun lawa2 juga. Oke aku nak menyelinap dulu...
.
Zassssssss!
.
**** ** ****
2 Comments:
Hiiieee... aku suka kat biri-biri tu. Nampak sedap je. Kalau masak 3 rasa tu, fuhhh... Maya Karin lalu pun boleh buat dek je..
Kalau BBQ lagi bess... daging dia manis.
Post a Comment
<< Home