Blackpool Pleasure Beach
HAHAHAAA.... biar aku sambung gelak dr entry yg lepas dulu! :) Oke, sesudah tengok country side dan pemandangan yg cung cung, hari ni kami bawa pulak kak cho & kak chik ke Blackpool Pleasure Beach sebuah theme park di tepi pantai. Kat sini ada banyak crazy rides untuk adults dan juga children. So sangat suitable for family outing. Tak jauh pun dari Travelodge tempat kami menginap just about 30 minutes driving ja. Dari awal lagi memang mummy, kak chik & kak cho dah plan nak naik bersama & untuk menjimatkan wang aku belikan lah mereka wristband for unlimited rides. Kalau dak setiap kali nak naik kena beli tiket. Wristband ni bagus jugak selain jimat, kalau kita naik banyak rides lah, dia jugak boleh menjimatkan masa beratur.
On da way terjumpa Windmill yg tempang ni, jadi lah buat kak cho & kak Chik berposing...
Memandangkan many rides kat Blackpool start at 11 am, sempat kami singgah carboot sale blackpool dulu... caya lah.
Bila sampai ja terus pegi kat dia punya main ride Pepsi Max BIG ONE. Dah nak Q dah masa tu bila tetiba mummy jadik gerun & tak mao naik, hehehee... tinggallah kak chik & kak cho je naik berdua. Big One ni merupakan the tallest and the fastest roller coaster in Europe and probably the longest as well. Tak payah tengok roller coster tu bergerak, tengok dia punya rel pun dah menyeramkan, tapi aku tergelak2 bila tengok kak chik & kak cho naik benda tu. Kuat je dema menggenggam pengikat tempat duduk, hahahaaa.. mat salleh lain aku tengok selamba je lepas tangan. UUuuuuiiii gilerrrr... gilerrrr.... kata kak cho sebaik turun. Hahahaaa, lawak!
Yg belakang tu lah Big One, tinggi nak mamposss, ada berani??? Org yg naik tukul ada mata tu jerit macam kena histeria, aku jugak yg terkekek2 kat bawah, ahak.
Tu baru nak mendaki. Nampak tak ada 2 melayu? sah tengah kecut perut tu... hahahaa... lawak!
Kakak pun nak posing juga...
Ternyata diorang tak serik lagi. Sejurus turun terus nak naik yang loop 360 degree pulak. Sementara nak menunggu diorang naik benda tu kami bawa kakak & adik naik merry go round. Minah tu berbaik hati bagi aku naik free walaupun aku sepatutnya beli tiket. Mummy bawak adik masuk guna wristband yg dah beli tadi. Laju benda ni pusing dan lama pulak tu, ayo naik pening aku! Bila kitorang turun kak cho dan kak chik pun dah selesai. Besss kata dema... mummy jugak yang belum lagi naik apa2 roller coaster. Bila ni mummy??? Ada berani??? hahahaa...
Naik kuda yeay, tengkiu lah minah tu kasi aku naik pree...
Banyak benor roller coaster, berserabut nampak nya...
Bagi menyahut cabaran dan agar tak rugi wristband yg dibeli, mummy setuju naik THE SNAKE. Roller coaster ni warna putih dia takde lah segila BIG ONE atau 360 loop tu tapi dia meluncur laju melingkar macam ular dengan kita di bawa senget ke kiri kanan. Hehehee... aku gelak lagi bila tengok diorang naik ride tu, sambil tunggu di bawah bersama kakak & adik. Bila turun mummy pegang kepala, pening katanya, hahahaaa.... Kakak apa kena ntah asyik nak mengamuk lah pulak. Nak pujuk kakak kitorang ramai ramai naik keretapi keliling sebahagian kawasan blackpool pleasure beach ni. Kakak macam takut2 tapi adik oke ja macho. Kali ni kena la aku beli tiket, melampau la nak naik free je kan? Walau pun benda ni untuk bebudak, tapi bess jugak sebab dia buat macam safari la kononnya dengan banyak patung2 binatang termasuklah dinasour yg dah mati bergelimpangan!
Inilah dia snake, mummy kak cho & kak chik ada dalam tu bersedia untuk melingkar laju.
Adik dlm train... adik tengok tu ada mammoth lah...
Rumah hantu ni tak sapa berani masuk... so bergambar dr luar sajalah...
Adik dlm train... adik tengok tu ada mammoth lah...
Rumah hantu ni tak sapa berani masuk... so bergambar dr luar sajalah...
Habis tu kami pi pulak naik Beaver Creek Ride... memula kak cho & kak chik naik berdua dulu. Pastu barulah turn kitorang pulak. Ingat nak naik sekeluarga, tapi org tu tak benarkan Haziq naik sebab kecik sangat katanya. Kakak boleh sebab dah 2 tahun. Masuklah kami dalam log kayu tu dan hanyut ikut lorong dia. Pastu dia tarik ke atas, aku dah cakap kat kakak siap siap, later kakak shout: haaaaaaaaa!!!!!, oke? Oke... kata kakak. Tapi bila log tu jatuh je... kakak terus jerit & nangis. Memang aku pun rasa hati tertinggal kat atas. Siot je... bila dah jatuh ke bawah, air pulak memercik masuk dalam log kayu, habis basah. Lagi lah kakak mengamuk.. basaaahhh basahhhh!!! katanya sambil menangis2 sakan! hehehee.
Waaaaa..... kecut hati siottt!!!
Hahahaa... aku gelak giler, tapi kakak menangis tak putus2 lagi tu...
Kesian kakak, siap menggeletar pulak lagi. Untuk mereda kan keadaan aku ajak semua lunch dulu. Pujuk kakak bagi dia aiskrim. Nasib kat sini ada jual vege burger dapat lah kami soroo. Kak Cho time ni dah mula pening2 sikit pulak dah. So lepas makan kak chik masih bersemangat nak naik Roller coaster lagi tapi kak cho & mummy tak mo. So kak chik naik sorang2, berani dia. Kak cho & mummy bawak adik naik Magic Mountain. Cantik kata mummy dalam tu. Kakak cuma nak dok dlm push chair sahaja selepas trauma tadik dan tunggu di luar ngan daddy.
Sembab muka kakak menangis... ni dah oke dah...
Babai, enjoy urself dlm magic mountain...
Kereta labu yg di tarik tikuss...
Kat sini ada lebih dari 50 rides. So kalau beli wristband tu memang berbaloi la. Sebab ada sesetengah ride kalau nak naik sampai £8 sorang. Lepas dah keluar dari Magic Mountain tu nampaknya mummy dan kak cho dah charge energy semula. So apa lagi, diorang pi lah bertiga naik Space Invader 2. Benda ni roller coaster dalam gelap. Ada di jual gambar tapi tak mo pulak dema membelinya.
Nampak gerun dak impression aku? Yg aku naik ni replika je, tak bergerak pon, hahahahaaa...
Sejibik pun tak masuk, hampeh! Apah pun tak dapat, huhuhuu...
Tapi ini belum kemuncaknya dan masa ni dah dekat nak pukul 3 ptg dah. Plan asal memang nak gerak pukul 3 tapi sebab masih ada major rides yg belum diorang naik, so takpe lah. Lagi pun lepas ni cuma nak balik ja dan takde plan nak ke mana2. So naik lagi roller coaster DIPPER pulak. Oke ja kata kak chik sebab tak berapa thrill. Akhirnya sampai juga kami kat entrance INFUSION, roller coaster yg juga kalau tengok dr bawah je dah menggerunkan selain Big One tadik. Wah, melingkar lingkar aku tengok rel nya. Sekali lagi mummy awal2 tarik diri. So kak cho dan kak chik naik berdua lagi. Yang naik benda ni kaki semua tergantung. Bila dia lalu je dan dengar ramai yg jerit2 macam nak terkeluar anak tekak aku pun nak tergelak, waaaahahahahaa. Kelakar! Benda ni bergerak laju gilos, tapi dapat juga aku capture gambo kak chik & kak cho...
Tu dia, giler melingkar roller coaster Infusion yg kaler biru... camna tu??
Aaaarrrggghhh.... hehehehe. Kalau besarkan gambar ni bleh nampak kak cho & kak chik kat row no. 5... tgh cuak tuuu, hehehee... rasakan!
Dah turun dari Infusion... bersimpang siur rel roller coaster. Amacam? Bess?
Turun turun dari benda ni kak cho dah pening balik. Nak muntah katanya. Loya! Haaaa... dah, tok sah naik lagi, cukup... kata aku. Tapi kak chik masih bersemangat. Pujuk punya pujuk, mummy pun pegilah temankan kak chik naik WILD MOUSE pulak. Yg ini memang lawak. Dia punya seat tu untuk dua orang kiut je mouse nya. Bawak ke hulu hilir turun naik rel dia. Yg ni bessss kata kak chik. Seram kata mummy, hahahaaa... Habis tu aku pun bagi isyarat tamat. Kak chik pun oke, sudah2 lah, kalau nak naik semua mau sampai malam pun tak habis. Jom kita jalan2 kat kawasan luar pulak.
Inilah dia Wild Mouse, kelakar siot... kemetot je tempat dok dia...
Lagi gambar Wild Mouse, comey dak???
Pleasure beach dia dah jadi PRESSURE beach, hahahaa... ada yg memula beria ia nak naik, tapi bila dah tengok ride dia terus cancel sbb gerun, ada yg berani naik bila dah turun pening lerin nak muntah pulak, ada yg dah naik sanggup nak naik lagi tak serik2, macam macam! ahak...
Kat sini dia juga ada Blackpool Pier, Blackpool Aquarium, bayak lah bendanya. Sama macam Lake District kalau nak spend one day memang tak terexplore semua. Ingat nak naik kereta kuda ke Blackpool Tower, tapi memandangkan kakak dah lentok, kami kansel ja. Tangkap je lah gambar Blackpool Tower dari jauh. Pastu masuk keluar kedai souvenir.
Berlatar belakangkan Blackpool Tower...
Kanda kena tidur di kandang kuda. Sampai bila? Sa-lama lamanya kanda... -3Abdul-
Dah habis tu kami pun gerak lah balik ke London. Tamat dah cuti 3 hari 2 malam. Alhamdulillah semua berjalan lancar & puas hati. Jalan2 kami yg ni memang bess, pemandangan cantik, cuaca menarik dan banyak aktiviti. Tak termasuk gelak2 dan mendengar cerita cerita tentang orang Ipoh dari kak cho & kak chik lagi tu. Minggu ni last weekend untuk kak cho & kak chik di sini. Manalah agaknya nak bawa lagi ni??? Nanti lah pikir...
Bye...
**** ** ****
4 Comments:
jelesnyer aku..huhuhuhu
Hehehehe... punyala lama ko bukak blog, baru kali ni aku nampak ko ketawa besar... biasanyer senyum pun nak tidak je. Maklum la, kontrol macho..
Aku memang tak boleh dengan benda berpusing ni. Tengok Flying Horses tu pun tekak aku dah loya dah!! Tu belum naik lagi. Kalu naik, mau 3 hari 3 malam aku terpengsan. Sakit kepala + loya..
Hari Sabtu ari tu aku pegi kenduri kawen kat Sungai Tapah. Nampak macam Mak ko la antara tetamu tu. Nak tegur, segan la pulak!!
Ko jangan kata aku tak tau magic, Zam!!. Kalu setakat nak masukkan arnab dalam topi tu, kacang je la...
dbi: Ko brani ke naik benda2 tu? muntah kang, ahak!
Indera: Eh ya ka? Ada banyak lah gambar aku gelak2. Wah ko tahu magic ka? Dah standard mawi la ni... hahahaaa...
:)
Post a Comment
<< Home