• Wednesday, November 05, 2008

    Mewarna & Wycombe

    ASSALAMUALAIKUUUUM.... tak jawab dosa! ahak... Wokeh, family diary kami kali ni di meriahkan lagi dengan entry 2 dalam 1. Suka tak? Tak suka tak pa, apa boleh buat...


    I. MARI MEWARNA
    DAH berkali kali kakak cakap nak painting, nak drawing. Banyak kali juga dah belikan buku mewarna dgn pensil kaler dan dah banyak kali jugalah hilang entah ke mana. Belakang tv, bawah sofa, kat dapur, merata rata. Sampai satu masa tu sebatang pun dah takde. Hmmm... kakak ni kena disiplin la macam ni. Dah tu bila dia jumpa pen habis di contengnya kusyen buat grafiti yang sungguh abstract sifatnya, ahak. So kali ni mummy bagi cadangan, apa kata beli pulak water kaler. Tengok camna? Mmm... exciting idea juga tu. Kot kot tak terkawal ada can tukar cat rumah terus! hahahaa....


    Kusyuk 2 beradik mewarna. Tema: Lukisan Abstrak.
    Kakak ni dia pembersih sikit. So masa guna tu sungguh lah hati hati. Bila terkena kat baju mula la komplen kata bajunya dirty. Habis tu nak buat camna? Adik pulak sungguhlah relaks dan taram aja. Habis di tonyohnya brush tu dalam tube kaler. Habis satu papan botol untuk sekali mewarna ja... isk isk isk. Muka dia pun berconteng. Memang dah agak dah akan jadi begini, sebab tu lah aktiviti ni di buat betoi2 sebelum kakak dan adik mandi. Bila di tanya apa yang di kalernya... kakak kata: I dont know... bila tanya pulak kat adik, adik jawab: Bei-Bow. Wah, adik kaler rainbow!? Tak macam rainbow pun, hahahaa... Bila dah dengar tu, mulalah kakak pun nak buat rainbow juga. Tapi dah terlambat, kertas tu dah penuh dengan macam2 kaler dah.


    Tu dia... adik tak kasi can!
    Kakak yang berhati hati dan adik dengan hasil kerja yg telah siap untuk di pasar kan!
    Seronok tengok dua beradik ni. Tapi tak larat nak mem-supervise-kan. Kalau di biar, habis lah semua karpet, lemari, sinki, iron board pun akan di catnya pula. hahahaa....
    .
    II. ADA APA DI WYCOMBE?
    AHAD lepas aku bagi cadangan kat mummy untuk pergi main ski. Ski tiruan bukannya yang atas snow tu. Kat sini memang ada tempat begini dan dekat Wycombe Summit tu katanya tempat dry ski yang terbesar kat England ni. Tak lah jauh mana setengah jam saja. Pagi tu seawal kul 6 pagi kakak dan adik dah bangun. Awat awal no bangunnya, kita nak pi pukul 11 lah! Bila dlm keta mula la kakak ngantok, aku pujuk2 supaya jgn tido. Tapi kakak terus meragam sebab tak bagi dia tido. Adik dah lelap dah. Last last kesian pulak, aku biar kan saja kakak lena.

    Syyyy, kakak tgh zzzzz........
    Dry ski ni dia letak macam carpet tapi alat-alatan yg di gunakan sejibik lah macam yg main ski betoi2 tu. Tempat ni dibuka sepanjang tahun. Summer pun di buka juga. Time dah sejuk camni boleh lah kalau nak bergaya siap dengan snow cap yg ada bebola kat hujung kepala tu, ahak. Bila kami sampai ja... ceng ceng ceng...


    Oke, kita dah sampai... tapi....

    Bila masa la pulak terbakarnya??? Hampeh!!!
    Maka terpaksalah deviate ke tempat lain. Nasib ada navigator, so kami pilih untuk ke Gua Api Neraka! haaaa... ada berani??? Hehehee... memang camtu lah nama dia, Hell Fire Cave! Kisahnya camni, pada tahun 1740-an, tanam-tanaman di Wycombe ni tak menjadi. Dalam masa yg sama adalah sorang ni bernama Sir Francis Dashwood, pengasas sebuah kelab yg famous bernama Hellfire (famous ke? tak kenal pun) ingin meng-extend-kan cave ini. Tulah cave ni secara rasminya diberi nama Hellfire Cave sempena kelab dia tu. Kerja kerja memanjangkan cave ini telah di buat dengan tangan so banyak conteng2an yang masih boleh dilihat di dinding cave ni yg dibuat menggunakan kapak.

    Di depan Hellfire Cave. Banyak pumpkin sempena Halloween...
    Batu dari cave ini juga, kalau nak tau, telah digunakan untuk membuat jalanraya utama dari West Wycombe ke High Wycombe. So ini telah memberi pekerjaan pada para petani tadi yang duka nestapa kerana ibunya batoook, ops silap, kerana tanaman yg tak menjadi, hahaa... Mamat ni pulak banyak tour around Europe, so masa dia ubah suai dalam cave ini dia telah mengadaptasikan banyak pengaruh dari Ottoman Empire. Pun begitu dalam tu takde masjid ya, temple adalah. Tapi dah jadi tempat exhibition ja. Itu lah sikit ceritanya, kami tak masuk pun sebab dari luar lagi dah dengar bunyi2 cam hantu dan org jerit2. Suasana pun suram. Kakak pulak upon hearing those soaring voices and creepy noices asyik lah cakap: Lets go home! huhuhuuu... Jadi kami just beli ginger biscuit kat Cafe Api Neraka (Hellfire cafe) di situ, bergambar dan kemudian meluncur pula ke top of Chiltern Hill.


    Dipuncak Chiltern Hill...

    Sambil menikmati ginger biscuit...

    Sebahagian ruang yang telah begitu usang... tak bleh masuk dlm ni...
    Dari jauh kami dah nampak satu bangunan lama kat atas bukit Chiltern ni. So kebetulan boleh bawak keta naik ke atas, kami pun pi lah. Rupa2nya church daaa... So pada sapa yang ada taboo tak bleh nak melawat church atau kawasan sekitarnya kami syorkan jgn pegi. Kat atas tu view dia cantik juga. Tapi malangnya time ni mendung dan gerimis pula. So memang tak bleh nak nampak pemandangan dia dengan jelas.

    Lagi di atas Chiltern Hill...
    Samar samar ja pemandang yg kat belakang tu kan?
    Turun dari bukit ni nampak pulak signboard Mosque. Yesss, kat Wycombe ni ada juga komuniti Islam yang majoritinya orang Pakistan. So kami pun menyinggah lah memandangkan zohor baru masuk time tu. Ramai yang memenuhi safnya dan kalau dikira dah cukup korum untuk buat semayang jumaat pon. Pada sesapa yang tersesat kat sini, boleh lah singgah kot perlu menunaikan solat.

    Besar jugak ruang dalam masjid ni, dr luar macam kecik ja...
    Dari sini, kami pun terus parking keta kat Wycombe town centre pulak. Jalan jalan cari makan sahaja. Perut pun dah lapo kan. Town dia kecik. Dan tak ada apa specialnya pun town dia ni. So tak yah lah nak jot down bebanyak pasal town dia ni. Tengok gambar je lah ya...

    Bandar Wycombe... kedai dia sama ja yg ada di London nu...
    Dari kawasan yg lain pula...

    Kakak & Adik dengan bebola batu kat situ... yaaahhh... adik cuba nak roll kan batu tu.

    Bandar ni cuma 29 miles ja dari London...
    Lepas dah jalan jalan kami pun gerak pulang. Tu ja lah kisahnya... Eh, korang suka nasyid tak? Aku ni minat jugak dengan nasyid2 ni... satu hari tu tengah dok browse youtube tetiba terjumpa pulak nasyid yang ada tarian, ewah-ewah, gelek kak, gelek!!! hahahaaa... nak tengok kalu... klik sini. Best pulak, hahahaa... lawak! Jumpa lagi.
    Ta-taa...
    .
    **** ** ****

    7 Comments:

    Blogger afid said...

    bandar waycombe tu cam sunyi je..takde orang ke? ke korang je yang berjalan masa tu?ekekeke

    11/05/2008 4:30 am  
    Blogger Sue.Aleen said...

    anak² aku pun serupa... suka menconteng. mula² kat buku, pastu melarat ke lantai, dinding, kusyen, bantal, even kat kaki, tangan, perut depa sendiri... huh!

    aku paling menci kalo conteng dengan krayon! menci tawww!

    11/06/2008 7:45 am  
    Blogger indera kencana said...

    "ASSALAMUALAIKUUUUM.... tak jawab dosa! ahak... Wokeh, family diary kami kali ni di meriahkan lagi dengan entry 2 dalam 1. Suka tak? Tak suka tak pa, apa boleh buat..."

    Amboiii.. melampau Azam ni tau!! macam la aku tak penah jawab salam dia. Sapa kata aku tak suka? Aku suka la.. alahhh jangan la majuk (Tak nak pujuk lebih2 la.. nanti Puan Lina marah hehehehehe)

    Terkedu aku. Harap-harap dapat tengok snow. Alih-alih dapat dengor citer snow je. Huhuhuhuhu... Dah besor anak jantan kor ek? Dah kuat berambat dah..

    11/06/2008 8:46 am  
    Blogger DBI said...

    background bungaaaa...so womenzzzz.. :-))

    11/06/2008 7:36 pm  
    Blogger asr said...

    Afid: Time tu gerimis mengundang, tu pasal tak ramai org...

    Suealeen: Menci? Jangan lah menci-menci... tak baik tau, ahak.

    Indera Kencana: Ya, dah beso dan dah banyak kerenah, tapi tetap lah enjoy every moment dgn anak2. Anugerah tak ternilai... betui dak?

    Dbi: Wife aku suka lah, cantik dan wangi katanya. Aku pun suka juga, hahahahaaa... sooo swit, auw!

    :)

    11/06/2008 9:51 pm  
    Blogger zulsa @ Ahmad Faizul Bakti said...

    Assalamualaikum...

    Lagu nasyid Idung Idung tu nasyid lama org Minangkabau di Indonesia.

    Lagu ini arwah nenek saya selalu nyanyikan utk anak anak dan cucu cucu takala menidurkan mereka di buaian

    Thank alot kerana mengembalikan nostagia. Ehtah mengapa taka memdengar nasyid ini saya berasa amat syahdu takala menenangkan arwah nenek :(

    11/07/2008 7:40 am  
    Blogger asr said...

    Zulsa: Alfatihah untuk nenek kau. Baju penyanyi yg ketat beserta tarian tu yg buat aku nak tergelak. Tak kena gaya rasanya, hahahaa...

    11/11/2008 10:16 am  

    Post a Comment

    << Home