• Thursday, November 13, 2008

    Takde Idea Nak Tulis Juga

    SUATU malam tu terdengar bunyi dentam dentum. Jenguk2 ikut tingkap ada org main mercun. Adik memula terkejut terus menangis... hahahaaa... pastu dia pulak yg suka tengok. Kakak pun sama, tak penah tengok bunga api ya? Kesiann... lama juga lah diorang melangut tepi tingkap. Kat sini bila tiba penghujung oktober mula la mat salleh sambut halloween. La ni sebab dok flat tak lah rasa sangat kehadiran festival ni. Time ni la bebudak akan pakai pakaian beragam berkonsepkan hantu dan menjengah rumah orang sambil berkata: trick or treat? Selalunya kita hulur ja sweet dan "hantu" ni pun akan berambus.


    Di laman rumah Uncle Fizan...

    Kakak dengan "birthday cake-nya"...
    Teringat masa kat leeds dulu, rumah bujang aku selalu juga dikunjungi bebudak ni. Kitorang dah memang siap sedia beli sweets, tapi ada satu waktu tu sweets dah habis. Aku pun cakap kat housemate aku, Otot nama timangan nya, Camna ni? sweets habis... Ah, bagi biskut ja... kata dia acuh tak acuh. So aku pun dengan senang hati bagi la biskut kat bebudak tu. Biskut murah. Esok paginya bila nak pi kelas, bukak bukak pintu, biskut bertabur depan rumah. Ada ke patut bebudak tu campak balik kat rumah kitorang? Siot punya anak mat salleh. Demanding tu, hampeh!


    Adik mengamok...

    Umpan aiskrim terus diam...!
    Lepas habis halloween diorang akan ada bon fire. Bakar api besar2 dan marak2 macam upacara pengkebumian masyarakat India. Api menyala nyala menjulang2. Pastu bakar pulak bunga api. Bunga api diorang bukan calang2, yg macam kita selalu tengok kat stadium tu la. Meriah dan cantik. Dam dam dum bunyi mercun time raya kita tu memang tak bleh lawan lah. Yg ni yg kakak dan adik asyik no melangut tadi. Sejak malam tu kakak asyik lah tanya pasal fire crackers ni. Mana nak ada dah? Kebetulan kami pi Homebase hari tu ada pulak juai lelong lebihan bunga api. Beli lah bunga api besi, saja nak kasi kakak main. Kakak takut la pulak... Adik main kejap ja sebab hujan daaa....

    Jom main bunga api besi ini... Bunga api yang mughah ler...

    Mughah mughah pun tetap ceria... ahak!
    Oke lah pendek ja entry kali ni... Lain kali, ada idea, aku conteng2 lagi.

    Baabaaiii...

    **** ** ****

    7 Comments:

    Anonymous teh O ais aku?? said...

    (Hensemnya Abang Azam main bunga apiii.. cutenya. Tergoda I!!! Auwww.. auwww.)

    Aku tengok engko yang lagi seronok main bunga tu dari anak ko. Anak tak mana sangat, daddy suka lelebih hehehehe Senyum lebor je. Haaaa... ni mesti lama dah tak dapat main bunga api ni. Sob.. sob.. sob.. kalau rindu nak main bunga api tu, balik la Mesia, Zam. Huhuhuhuhuhu

    11/14/2008 2:57 am  
    Blogger Akmal Hizam said...

    Teringat aku masa dok kat Manchester dulu:
    Budak² datang depan rumah tekan doorbell.
    Zaiman housemate aku dengan bertuala sehelai kat pinggang, bukak pintu.
    Budak² tu jerit "trick or treat!".
    Dia jawab: "Huh? I don't understand..."
    Pastu aku tak ingat samada kitorang bagi apa² pun kat budak² tu. Tapi memang bantai gelakkan Zaiman.
    Waakakakakakaaa...
    :)

    11/14/2008 4:19 am  
    Blogger afid said...

    kuatnye adik mengamuk..:)
    bunga api besi kat sana cam panjang je..selalu kat sini yg cap harimau ke kucing tah.

    11/14/2008 8:48 am  
    Anonymous suealeen said...

    dah tak de dah la bunga api besi tu kat sini. cari tak jumpak pun... bunga api tu cantekkk ooo... aku pernah bako pokok kelapa nenek aku dengan bunga api tu.. ooopppsss! hehehe... biasalah.. budak nakal!

    11/17/2008 1:09 pm  
    Blogger ASR said...

    Teh O ais: Ya,ya... aku nak balik la ni... ahak, tapi bukan mesia dah haram kan bunga api ke?

    Akmal Hizam: Ooo Zaiman ya? kah kah kah, dia tu memang kelako. Sah la dia tak bagi apa kat bebudak tu...

    Afid: Ha ah panjang sikit. Bunga api cap kucing kaler biru kan? Nostalgia tu....

    Suealeen: Ayo! Patut la satu masa tu enyor kat mesia tak cukup, ko le yg bako pokok2 nyior tu ya?hahahaa...

    11/17/2008 11:24 pm  
    Blogger miesha said...

    salam perkenalan utk anda sekeluarga. saya suka sangat baca laman blog nie, hari2 bukak blog nie, suka tengok keletah anak2 saudara.anak saya baru berusia 4 bulan. dari blog saudara juga saya belajar buat blog saya sendiri.tahniah la yer kepada blog yang cantik dan penuh dengan cerita keluarga yang cukup indah.

    11/18/2008 8:32 am  
    Blogger ASR said...

    Salam perkenalan. Thanks sudi singgah. Blog ni simple ja, aku stakat tau tukar background ja, ahak. :)

    11/20/2008 12:46 am  

    Post a Comment

    Links to this post:

    Create a Link

    << Home