• Monday, December 15, 2008

    Pulang Merantau Part 1: Ipoh

    *Bila lama tak tulis, malassssnya nak tulis!

    SERONOT nyier dapat balik bercuti. Gambar yg di ambik pun nak dekat 1000 keping, sampai tatau nak choose mana satu. 17 hari cuti tu rasa cam 17 saat je. Pejam celik dah kembali ke kota London yang sejuk ni. Huh! Oh ya, hari tu dalam blog budak Afid tu dia ada lah kata cerita Ayat2 Cinta tu bess giler. So dalam kape trobang aku pun tonton lah. Apa lah glamernya mamat tu sampai semua pompuan nak kat dia ha? Isk, tak logik sungguh. Tak balas surat cinta pun nak tuduh org rog*l ke? uhuk... Tapi cerita dia bagus, ada nilai2 keagamaan dan pandai dia selitkan kalam Allah dan kisah nabi Allah Yusof tu. Filem kita agak jauh ketinggalan dlm cerita yg sebegini. 4 star aku kasi.

    Adik layan lagu apa tu??? Nasi tomato MAS sedap la pulak...
    Kami spend minggu yang pertama di Ipoh. Adik sampai sampai je terus berlari ke sana sini. Cepat sungguh dia adapt. Kakak seperti di jangka memanglah tak mahu berenggang dan lebih memening kan banyak pulak komplen nya, hahahaa... kadang2 tu rasa malu la pulak. Bila komplen tu dia main cakap je tak pandang kiri kanan. Memandangkan dia budak so tak kisah lah kan... antara komplen kakak adalah seperti berikut:
    Satu: I feel hot daddy, bukan hot saja, dia komplen pulak its too bright. Suh dia tido petang tak mo dia, i cannot sleep its too bright, ulangnya lagi, isk isk isk... Dua: Its dirty. Ada ka lantai simen rumah opah di katanya dirty!? Opah dah siap sapu pun dirty katanya. Masa memula masuk tak mo di pijaknya, dia nak bahagian yg berkapet saja, ooo eksyen ya? Bila berjalan mula la berjengket jengket, hahahaa... Tapi bila dah last last tu, daddy tengok bukan main suka lagi kakak main pasir! Tak dirty pun???
    Seronotnya bebudak ni mandi kolam di belakang rumah opah...
    Maya, Haziq, Atiqah & Nabila...
    Tiga:Too many people, i dont like it! Alahai... kakak ni tatau ka daddy ni banyak adik beradik. Sepupu kakak pun dah 30 orang dah. Kat London asyik berdua dengan adik, bila dah ramai2 camtu, mulalah tak tentu arah. Sampai makan pun nak kena masuk bilik, tamau makan depan orang ramai. Payah... Empat: I got headache. Ntah kenapa asyik la i got headache! Banyak beno yg di fikirkan masa di Mesia kot? hahaa... Lima: I am tired. Ni pun tatau kenapa, bila dah habis headachenya mula lah tired pulak tak sudah2.

    Sebahagian dari anak sodara ku...
    Suka la adik ramai yg sudi melayan...
    Enam: I dont like fly! Ayo, siap menjerit bila lalat hinggap kat kaki dia. Macam kena histeria, hahahaa... lawak lah kakak ni. Rumah kawasan kampung memang biasalah ada lalat ni, hatta kat bandar pun banyak lalat juga. Biasa la tu... Tujuh: Nak ni. Sejak balik mesia asyik cakap nak ni... Nak ni tu apa pun aku tak tahu. Siap mengamuk cakap nak ni, nak ni... apa benda ntah nak ni, sampai hari ini masih misteri...
    Tapi dalam banyak banyak komplen dia tu ada jugak satu benda yang dia compliment. Dia kata i like malaysia water... so kalau suh mandi memang suka la... hahahaa.

    Kakak & Afifah... bila dah nak balik baru lah nak mesra, kalau tak tu berkepit la dengan daddy.
    Kebetulan masa kami pulang tu hari jadi mak. So dapat lah celebrate serba ringkas. Kami doakan semoga Allah akan mudahkan segala urusan mak, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Amin. We love you forever and ever and ever... muaaahhh.


    Adik pun nak juga memotong birthday cake Opah...

    So seperti entry sblm ni, kami sempat buat kenduri aqiqah untuk adik. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Abang Zainal lah yang mengerjakan kambing 2 ekor dari sembelih sampai lah selesai memasaknya. Thanks pada semua yg sudi datang membantu mengerjakan lauk2 yg di masak secara bergotong royong. Selain kambing, ada daging masak hitam dan ayam goreng berempah serta gulai lemak nangka ikan masin. Ulam2an beserta sambal tempoyak goreng, sambal kelapa dan sambal belacan menambah selera. Maka terubatlah kerinduan nak makan masakan kampung. Yummy. Sodapppp wa cakap lu.

    Bersama Mak Yang memasang skirting meja buffet & aksi tolong potong daging kambing. Eksyen je tu, hahahaa...

    Yaaa kacau, kacau lagi... kasi empuk itu kambing!
    Lepak lepak tunggu tetamu... sambil tgk tv cerita apa tatau sampai adik pun buleh kusyuk sama!

    Ustaz Talib mengetuai bacaan doa dan tahlil ringkas.
    Selain itu, pada hari yang sama dapat juga keluarga kami meraikan lebih kurang 30 orang anak yatim dari sebuah rumah anak yatim di Manjoi ini. Moga moga sumbangan kami yang sedikit ini dapat menceriakan mereka. Doa kami, anak anak ini akan menjadi insan berguna di masa hadapan kelak. InsyaAllah. Terima kasih juga kepada semua tetamu yg sudi datang dan moga majlis ini mendapat limpah barakah dari Allah. Amin.

    Ooo... mummy ka yg goreng ayam??? Nasib baik, tadak yg repot hangit, hehehee...

    Antara tetamu awal menjamu selera...
    Tetamu datang dan pergi beruncit runcit... tima kasih sudi hadir...
    Sebahagian anak-anak yatim bersalaman dengan Opah & Mak Yang sebelum pulang...

    Semasa di Ipoh ni hampir semua yang kami teringin nak makan dah merasa. Durian, putu bamboo antara yang di idam kan. KFC tak di lupa. Kue teaw kat area bangunan dewan bandaraya ipoh tu pun bess tapi abang John kata ada yg lagi koww, tak pe laen kali kita pi pekena lagi. Selain itu spek aku pun patah di kerjakan adik. huhuhu... tak pasal pasal dapat spek baru, tu tadak dalam bajet tu, hahahaa... tapi tak pe lah, apa nak buat! Makan malam di rumah kak Oji dan makan malam kat rumah kak Ijah pun meriah. Cumanya kakak dah buat hal nak tido masa kat rumah kak Ijah so kami tak dapat lah lama. Baru nak dok melepak, kakak asyik lah tanya berulang2, daddy where's my bed??? ayo.... so terpaksa lah ikut Abang Din balik awal.
    Petang petang lepak luar rumah, tunggu kak Oji balik opis bawak goreng pisang, ahak.
    Sambil sambil tu tengok & join anak sedara main badminton di laman rumah... 10 point ja, sapa kalah keluar!
    Satu hari Ahad tu sehari lepas kenduri, kami spend masa kat Lost World of Tambun. Memang dah jadi ala ala rombongan cik kiah. Tapi kali ni rombongan Opah Salbiah bersama anak menantu dan cucu cucunya... lebih 40 orang lah kami pegi hari tu... hahahaa... tapi bila sampai sana yang besar2 tu lesap ntah ke mana. Cantik jugalah lanscape lost world tambun ini. Hari tu pulak hari terakhir boleh guna diskaun coupon so memang orang ramai. Pack gilosss... meriah dah muhibbah orang mesia kan... macam macam budaya bangsa dan kaler ada di situ... ahak.


    Wah... bessnya bermandi manda... daddy hampir2 nak tunjuk skill renang back stroke, ahak!

    Rendam kaki dalam kolam air panas pulak...

    Di pantai & laut buatan, caantik lanscape Lost World of Tambun...

    Kami lebih banyak menghabiskan masa kat kolam dan berulang kali naik corousel kat situ dan berulang kali juga naik choo choo train keliling lost world ni. Boleh tengok gua batu kapur dan juga centre of tambun merupakan batu gunung yang terbentuk semula jadi seakan menara. Pastu boleh tengok 3 ekor rimau tengah mengauuummmm dan bercakaran, ahak. Bess!

    Mummy di suruh mandi tamau... so terpaksalah jadi mak guard, hahahaa...
    Senyum apa tu??? Cheeewah!
    Tu lah dia nya. Hari yang lain banyak dihabiskan melayan anak saudara dengan aktiviti indoor dan outdoor. Pastu kelakar tengok kelincahan Atiqah dan Afifah menunjukkan kebolehan menarikan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi, ayo tajuk! hahahahaaa... nak tergelak aku. kejap sungguh seminggu, tiba pula giliran untuk spend seminggu lagi di Melawati... kami pun naik lah train KTM Antarabandar yang baru ja di lancarkan di Ipoh. Masa aku beli tiket tu siap ada kompang bagai. Meriah. Tiket Ipoh-KL mughah ja, RM10. Ada mau? Pegilah cepat sementara promosi masih ada,. So tu lah, selepas dah salam dan lambai2, keretapi pun berangkat meninggalkan bandar Ipoh...


    Lawan catur ngan abang chik & menyaksikan persembahan sehati berdansa Atiqah & Afifah... Otak mu seksi, itu terbukti... katanya! hahahaa....

    Terima kasih orang Ipoh ya... panjang umur ada rezeki, kita jumpa lagi...
    Insya-Allah...
    **** ** ****

    9 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    Takmo komen!!! haaahaaaahaaa.. Tak dulik!!! (majuk)

    12/17/2008 2:13 am  
    Anonymous Anonymous said...

    wah eksen eh kakak...hhehehe
    mentang2 la dok LONDON...:-)

    bestnyer dok obersi, anak2 leh cakap BI kan?anak kau Lina jaga ker?ada hantar tadika@kindergarten?

    dengan sepupu sepapat dia cemana dia borak?bahasa peghak le yer...hehehhe

    12/17/2008 7:49 am  
    Anonymous Anonymous said...

    Dalam 17 hari tu ada satu tarikh yg sepatutnya diingati tapi TAK diingati, Frust menonggeng tau..!!Harapnya tahun dpn & tahun2 berikutnya diingati la ye...huhuhu.

    12/17/2008 9:16 am  
    Anonymous Anonymous said...

    ramainye sedaraaaaa!!! mesti best!

    i got headache? hehehe... memikirkan masalah negara ye?

    12/17/2008 11:26 am  
    Blogger asr said...

    teh o ais: Tak nak pujuk! hahahahaaa...

    Nani: Ya la, Darling aku la yg jaga, sapa lagi. Sepupu sepapat semua try test cakap omputih aja... ahak.

    Anynomous: Dah tuo. Len kali kasi la sms reminder... :)

    Sualeen: Memang ramai, banyak telatah, kerenah & meriah.

    12/18/2008 6:06 pm  
    Blogger afid said...

    cik azam,
    novel lain ngan filem..novel yg bestnye. Tak poyo cam filem tuh.

    oH kakak..kemain lagik. angin lain. hehe

    12/19/2008 1:04 am  
    Blogger miesha said...

    betul kata afid, novel "ayat-ayat cinta" memang best dari filem, kat filem kurang menarik... nampak nyer kena la beli novel :)

    12/19/2008 6:03 am  
    Blogger asr said...

    Afid: Ooo ya ka? aku baru tawuuu... ahak.

    miesha: Dah lama x baca novel. La baca blog ja, hahahaaa...

    12/19/2008 8:55 pm  
    Blogger Dwen said...

    nanti datang la melaka lagi. kita pergi a-famosa waterworld plak hehehe...

    12/22/2008 4:17 am  

    Post a Comment

    << Home