Malaysia Week at Potters Fields, London
MACAM yg aku habaq, ada minggu Malaysia minggu lepas. Aku mendapat jemputan untuk acara pembukaan & sebagai memberi sokongan aku pun pi la sorang memandangkan ianya di buat di waktu bekerja. Bangga juga melihat pelbagai budaya negara di pentaskan di kota London ini. YB Dato' Seri Shafie Apdal telah merasmikan acara pembukaan yg penuh warna warni dengan kehadiran Mayor Southwalk dan juga Deputy Mayor London. Bagi membantu mempromosikan program Tanah Air kita ini, aku dgn suka hati telah pun mendistributekan pamplet kepada semua penghuni The Colonnades. Flat rumah aku la tu, aku harap adalah antara mereka yg pergi dan membeli belah barangan buatan Malaysia.
Para penari bergambar bersama YB Dato Seri Shafie Apdal...
Semasa majlis perasmian...
Makanan Malaysia yang mengecur liurkan... sedapnya!
Pada hari sabtu, lepas main badminton, aku bawalah mummy, Nabila dan Haziq untuk mendapatkan taste of Malaysia. Jam 10.30 pagi kami dah ada kat situ. Meja pun kosong lagi dan cuaca pun nampak mendung. Mungkin baru lepas hujan sebab meja pun basah. Dalam keadaan begitu, gerai2 pun tak ramai lagi yg mengunjungi. Senanglah nak order, apa lagi, makan sate lah kami di pagi hari. Memang dah plan nak breakfast kat situ. Lepas sate 12 cucuk, order mee goreng, pastu chicken wings lagi. Yummy yummy... harganya tak usah kira lah, mahal sikit pun tak pe, kita tolong peniaga kita maaa... kakak tak mau sate, tapi dia enjoy sangat makan nasik impit. Masa ni ahlil muzik pimpinan Dato Pak Ngah Suhaimi tengah membuat persembahan. Eh, sejak bila pulak Pak Ngah ni dapat gelaran Dato' ha? La ni banyak no artis2 gelaran dato ya... ahak.
Macam2 irama lagu rakyat di dendangkan Pak Ngah n the gang... paling aku suka muzik lagu patandu patande.
Kami dah bentang tikar depan stage... awal lagi ni pengunjung pun tak ramai...
Masa tengah makan ni ada 2 minah salleh join kami. Diorang ni dari Guildford. Katanya diorang memang suka tengok benda2 kebudayaan ni sebab bebaru ni diorang baru je pi Thai festival. Sebelum tu ada satu family dari Leicester join kami makan, yg buat aku tergezutt tu dia kata: My best friend from Malaysia is Anwar bin Ibrahim! Ayo... biar betul ni??? Aku tanya la: So, I bet you must have visited Malaysia then? Yess... I've been there as Anwar's guest in 1992. It was an invitation by ABIM. Uik... dia cakap betoi la kot.
Siapa kata mamak punya teh tarik je yg kaowww???
Pastu bila acara persembahan kebudayaan nak start, kami pun berganjaklah ke depan stage. Awal awal lagi kami dah bawak tikar, so bentang & dok lah kat situ. Asyik pulak kakak tengok persembahan yg tak pernah dia tengok ni. Zapin, joget, tarian sabah dan sarawak tak dilupa. Malaysia memang kaya budayanya. Tak lama lepas tu Sue pulak datang join kami. Dia pun bawak tikar jugak. Pastu kenalan fotopages mummy pulak dtg join. Kemudian Haris dtg dgn family. Diikuti shahrul & family. Makin besar dan meriah lah port kami, hahahaa... kita conquer dpn stage, yeaaahhh!
Tu tarian apa aku tatao... tapi oke la jugak.
Yg ni aku suka, sampin diorang colourful... cantik pulak.
Nona manis Malaysia, amboi pakcik rambut putih tu, bukan main lagi fokus ya???... yg kanan ni tengah mendendangkan lagu Cindai.
Memang meriah warna warni persembahan mereka. Siap ada fesyen show pulak yang memperagakan kain batik dan songket. Lepas dah selesai semua persembahan para penari pun turun ke bawah dan mengajak org ramai berjoget lambak. Mat salleh memang ligat la bab bab camni kan? But surprisingly ada jugak yg malu malu kucing miow miow! Dah habis tu sibuk la Mahadzir Lokman pi tanya soklan kat para pengunjung yang bukan berbangsa Malaysia sambil mempromosikan negara kita. Dan mereka pun diberikan cenderahati. Dia ni memang baguslah bab mengacara ni, selain boleh berkomukasi dlm banyak bahasa dia pun ada sense of humour. Ramai juga yg sudi participate. Bagus!
Evening gown ke baju pengantin ni dr Malaysian songket... Wow!
Malaysian batik crafted for the World!
Bila dah nak petang sangat kami pun berganjak pulang. Tapi sebelum tu sempat lagi tapow nasi ayam dan kue teow pulak untuk dinner. Tak payah lah mummy nak berasapkan dapur malam kang. Alhamdulillah... kenyang dan puas hati.
Inconjuction to this event, ada juga di buat Malaysia Film Week di Odeon Covent Garden. Sekali lagi aku di jemput untuk perasmiannya dan aku pergi seorang sebab ia juga dibuat pada hari bekerja. Seperti sebelum ini Dato' Seri Shafie Apdal juga yang merasmikannya. Kami telah di pertontonkan dengan sebuah filem SEPI. Ramai yang menyukai filem ini. Aku sendiri berasa ada anjakan pada filem2 melayu. Sudah tidak lagi di sajikan dengan filem cintan cintun yang meleret2 dan meleweh ala ala sembilu... zaman tu dah berlalu. So syabas!!!! Tapi ada gak aku dapat DVD Nana Tanjung 2, baru tengok 5 menet rasa nak hantuk2 kepala kat dinding! Cerita ni la ibarat nila setitik rosak susu sebelanga. Hampeh!!!
Sebelum aku tulis entry ni aku ada terbaca satu artikel pasal event ni kat utusan malaysia. Sedikit pembetulan untuk paper tersebut, Potters Fields garden ni bersebelahan dengan Tower Bridge ya, bukannya London Bridge. Yang keduanya, sasaran mereka untuk mendapat 100,000 pengunjung tu... uik??? Tinggi sangat tu. Maybe they forgot to discount the fact that for the previous events they have organized Malaysia Week at Covent Garden. Unlike Potters Fields, Covent Garden itself IS a tourist spot. So whether we put our big event there or not, the place will still attract thousands of people. Kami berada di Potters Fields ini dari pagi sampai lah ke petang pada hari sabtu tu... dari tak ramai orang sampai lah peak hours dia org memang ramai tapi takde lah bersesak2. Nak dapatkan 1,000 pengunjung berkumpul kat potters fields tu pada satu satu masa waktu persembahan pun aku rasa payah. Itu hari Sabtu, hari cuti... kalau weekdays, lagi lah. Kalau ikut aku punya congak, sepanjang 5 hari event tu berlangsung 15,000 pengunjung pun belum tentu lagi. Memang kita hargai event yg sebegini tapi kita kena juga letakkan sasaran yg realistik.
Bersama kenalan mummy... Niza, Harris dan anak mereka Sofia.
Berposing bersama Jamaliah...
Bersama selebriti yang tak perlu diperkenalkan lagi...
Berposing bersama Jamaliah...
Bersama selebriti yang tak perlu diperkenalkan lagi...
Satu lagi yang menghampakan, bila tak semua barang yang dijual adalah keluaran negara kita. Awal awal lagi mummy nak mencari sekaya. Alah, sekaya yg sapu ngan roti tu, sebab kat sini payah nak dapat katanya. So bila pi sana gembira sungguhlah mummy bila tengok ada gerai yg menjual. Tanpa banyak cerita teruslah beli tapi bila balik rumah dan belek2 rupa2nya, aisey mannnn... product of Singapore daaa... di jual di Malaysia Week! Secara tak langsung kita dah memberikan publisiti percuma kepada negara lain, huhuhuu... Itu lah dia, dalam keseronokan kita mempromosi dan menghargai seni warisan kita, harapnya benda2 kecik begini tidak kita terlepas pandang.
Abang & makcik ni taun lepas masa kat Covent Garden pun dia ada. Mutiara dr. Sabah yg cung...
Batik Malaysia yg sudah di frame... sungguh cantik sekali...
Pada hari Ahad petangnya kami pegi lagi. Tapi masa tu hujan daaaa, baru parking keta tengok makin lebat pulak. Jenguk2 kat padang tu memang agak lengang, so kami pun cha alif but lah. Tak pasal pasal demam pulak nanti. Kami berharap objektif penganjuran Malaysia Week ini tercapai dan para peniaga telah mendapat laba dari perniagaan mereka. Semoga lebih sukses lagi di tahun2 akan datang...
Salam & bye...
.
**** ** ****
8 Comments:
cik azam,
sejak bila pak ngah dapat dato'?wakakka..nampak sgt la sy x ikut perkebangan artis negara..ekekekeju..tu sbb ramaiyg nak jadi artis, senang dpt gelaran..
macam menarik je kan festival tu. penuh warna warni..mesti duk sana semangat patriotik tu lebih membara..*waahh..ayat aku x agak2..hehe*
Nana Tanjung? Aisehhh... nasib baik Abang memang tak minat langsung Nana Tanjung ka, Mami Tanjung ka apa saknika Tanjung lagi nii..
Besh gak na... dapat tengok stage performance depan mata ni. Aku heran la, orang kat London nu puas tengok persembahan kebudayaan dari Malaysia. Kitaorang yang dok kat KL ni..., habuk pun tarak. Mungkin depa lebih suka promote kat orang dari negara lain berbanding dengan rakyat tempatan kot...
lagi satu nak tambah, cam gebu2+putih melepak je paha penari2 seksi tuh.mmmmmm...Ops!*rolling eyes*
Ehem! Nak letak gambo selebriti kena mintak izin dulu...ahak!
Salam Abg Azam & Lina,
wahhh...suka lah saya baca blog abang ni...macam2 cerita. Insya-Allah nnti kita jumpa lagi ye.
Afid: Uik, habislah ketumbit mata ko lepas nih, kekekekeju cap ayam!
Teh o ais: Tujuan pun nak promote Mesia kan, so kena la jelajah luar negara... ahak.
Su Rahim: Tu dia selebriti dah bersuara. Bila nak release album baru, asyik album sate tak sudah2, hahahaaa...
niza sofia et haris: Cerita2 mengarut je ni, hahahaa... insyaAllah kita jumpa lagi.
susah nak berkarya sekarang ni, fahmi n farah dah pandai monopoly pc! hehehehe
So I did what I usually did when I wanted to think clearly. Myforehead was soaked in sweat, and my cunt shook from a cruelly inducedorgasm.
cheating wife interracial stories
true mom sex stories
erotic sex stories and pictures
bdsm doggy stories
free erotic stories with pictures
So I did what I usually did when I wanted to think clearly. Myforehead was soaked in sweat, and my cunt shook from a cruelly inducedorgasm.
Post a Comment
<< Home