• Thursday, June 12, 2008

    Lake District: Mesti Singgah!

    BANYAK orang cakap Lake District ni menarik. Aku pun tak penah sampai, jadinya bila dah bermalam di Travelodge Blackburn kami pun buat plan ke situ. Memang betul, banyak lokasi menarik di Lake District ini. Kalau nak pi semua dalam satu hari adalah mustahil. So kami pilih tasik Windermere sebab dia yang paling selatan sekali berbanding tasik tasik yg lain i.e paling dekat lah dengan tempat kami menginap. Tasik ni panjangnya 10.5 miles dan dalam nya pulak 219 kaki dan dia merupakan tasik terbesar di England ni.
    Tapi kami tidak terus ke situ, kami cari alternative lain. Haaa... apa alternative nya? Ya, kami pi ke Haverthwaite dan park keta di situ. Dari situ ada steam railway yang boleh bawa kita ke Lakeside. Dari Lakeside ini pula ada cruise yang membawa merentasi Lake Windermere ini ke Bowness-on-Windermere. Sebenarnya dari Bowness ni boleh pulak amik cruise lain ke hujung utara tasik Winderemere ni iaitu Ambleside. Tapi atas nasihat penjual tiket steam train railway tu kami cuma amik cruise sampai ke Bowness saja. Nasib dia advise kalau tak, masa kami tentu habis dalam cruise saja sebab sudah tentu kami perlu berpatah balik untuk mengambil semula steam train yang tamat jam 4.50pm itu.
    Di luar stesen keretapi Haverthwaite.. beli tiket kat sini ya.
    Kakak sungguh excited bila nampak train dah menunggu. Tapi bila bawa dia ke bahagian hadapan kepala keretapi tu dia cuak pulak. Sebab apa tau? sebab asap keretapi tu membuak buak keluarnya, hahahaa... tambahan pulak keretapi ni sikit sikit bunyi chooooo choooo... kuat pulak tu. Bingit telinga aku! Bila dah jalan, sekali sekali ja bunyinya. Memang bess & berbaloi sebab serasa macam cerita dolu dolu lah... dalam keretapi pun sama. Dia buat dari kayu dan antara dua kerusi dia ada meja, boleh soroo kalau ada bawa bekal. Masa pi kami dok coach depan kerusi dia empok, masa balik kami amik coach yg belakang kerusi dia bila dok bleh rasa spring daaa... hehehe, but still it was quite an experience. Bess.


    Ini lah train dia... chooo chooooo... dia pakai arang batu. Tahun ni Haverthwaite steam railway ni menyambut anniversary nya yg ke 35.
    Kat stesen train ini ada juga kedai minum2 dan kedai souvenir. So sementara nak tunggu train tu gerak boleh lah dok lepak basah2 kan tekak. Banyak pelancong jepun dan pelancong India masa kami pi ni. Pendek kata, macam kat asia je rasanya, hahahaaa... Sepanjang jalan nak ke Lakeside ni dia ada lalu kawasan hutan dan sungai2. Ada juga melalui kawasan biri biri. Tapi gambar dalam ni bila aku amik jadik gelap lah. Silap mode aku pakai kot. Perjalanannya dalam 20-30 menet lebih kurang. Pastu ada jugak terowong yg gelap nak mampos. Kot zaman dulu terowong memang takde lampu ya? huhuhuu...


    Pemandangan luar yg dapat disaksikan semasa dlm train menuju Lakeside. Kawasan ni di panggil Lavern Valley.

    Gambar yg ni terang pulak...
    Sampai ja di Lakeside dalam 10 minit cruise/boat pun sampai. Besar jugak lah boatnya. Aku memula risau kot la pening/mabuk naik cruise ni. Tapi Alhamdulillah oke. Bila merentasi tasik Winderemere ni memang cantik lah. So betullah orang cakap tempat ni menarik. Sepanjang jalan mesmerizing sungguh pemandangan gunung2, rumah2, kapal2 serta sampan. Ada yang berkayak. Kebetulan time kami pi tu cuaca cantik, ramai tuan punya kapal layar turun ke tasik. So dengan kehadiran diorang ni mencantikkan lagi suasana keliling.


    Sempat bergambar di Lakeside sementara Q menunggu cruise sampai...

    Dibahagian depan deck atas cruise...
    Cruise ni pun bess dilengkapi dengan cafe siap ada lounge dan juga kedai souvenir. Masa untuk merentasi tasik Windermere ke Bowness ni hampir 40 menet. Pun begitu sebab asyik tengok luar tak sedar pun masa berlalu. Dah puas dok bahagian atas kami turun ke cafe dia dan pekena aiskrim. Pemandangan luar masih tak lepas dari renungan. Time ni lah kak Ijah call, katanya org Ipoh tgh sibuk ngutip cendawan... mmm, sedap tu kalau buat sup!


    Lagi di bahagian atas cruise time merentasi Windermere Lake.

    Kat cafe pula. Di luar banyak kapal layar lalu lalang...

    Ni kat bahagian belakang cruise, dah dekat nak sampai Bowness dah...
    Bila dah sampai di Bowness tu kami pun tak tahu nak buat apa sebab bandar Bowness ni tak lah besar mana tapi dia ada juga kedai souvenir. Kedai souvenir pun jual barang yg sama sahaja so takkan nak dok mengadap tasik sahaja? Pelancong ramai yg dok lepak2 sun bathing sebab matahari dah naik segalah dah masa ni...
    Dah sampai di Bowness... mana kita nak pi ni?
    Kakak baling baling batu. Itu la cruise yg kami naik tadi...
    Jalan2 menuju ke bandar dia... kecik ja.
    Aku tengok ramai orang yg sewa boat atau kayak. Jadi kami pun bersepakat untuk tak lepas peluang sewa sebijik dan boat yg di sewa itu kita kena drive sendiri. Lagi bess, lagi lah adventure kan? Setelah amik life jacket aku lah yang dulu drive boat tu setelah diajar oleh tuan punya boat tu. Eh, semua boat memang ada gear reverse ya? ahak, kelakar baru aku tawuuu.... Confident je bawak sebab kelajuan dia cuma ada satu je. Dia dah set kan so cuma perlu drive macam bawak keta je lah. Selain gear reverse tadi ada juga neutral kot2 kita nak berenti tengah2 tasik.


    Posing atas jetty sementara menunggu boat yg nak di sewa available...
    Inilah dia boatnya... elok elok naik tu...
    Kelakarnya masa memula tu, kitorang baru nak menjelajah tasik Windermere & nampak cruise yg macam kitorang naik tadik nak lalu. So aku matikan enjin konon nak bagi dia lalu dulu la, bila dia melintas je apa lagi, berombak dan teroleng oleng terhuyung hayang lah boat kami. Cuak jugak... hehehe, tapi nasib cepat cepat start enjin dan terus blah ke tempat lain. Tapi bila dah hilang rasa cuak, terus tergelak gelak... kelakar pulak rasanya, hahahaaa... Alhamdulillah tak jadi apa. Sebenarnya mamat yg sewakan boat tu tadik ada bagi tahu, do not go near the beaches, rocks or the big boats... tapi bila dah blah je dr jetty tu excited punya pasal terus lupa segala. Aparaaaaa???

    Pemandu utama boat itu dah tentulah daddy & adik...

    Cheewah... mummy pun tak lepas peluang utk try memandu...
    Adik pun enjoy tak mau di pegang... mummy nak bawa kita ke mana ni adik???
    Bila dah meluncur elok dan makin confident aku pun offer lah yang lain kot nak merasa bawa boat. Apa lagi, cepat je kak cho took over! hahahaa.. pastu kak chik pulak, pastu mummy pun tak mau kalah. Adik pun sungguh excited especially bila angin bertiup kuat tapi kakak lena tido manjang. Aku kejut, dia bukak mata kejap pastu melentok balik... so kakak kiranya terlepaslah experience ini.

    Kak Cho concentrate memandu ooo... Elok2 kak cho, jgn kamu langgar pulak cruise depan tu!
    Kami dok lepak kat belakang... kakak lentok habissss.
    Seronok naik boat ni, kami bawa jauh jugak lah dan dapat melihat dengan lebih dekat lagi pemandangan yg cantik2 walaupun ada kalanya tak ter-capture oleh kamera. Yang bessnya masa kak Chik bawa tu ada satu boat di depan tengah berenti. Kitorang dah cakap, ke kanan tapi kak chik tetap lah makin dekat ngan boat tu, tup tup mamat tu macam marah2 sebab rope ropenya dia tengah mancing, habislah ikan ikan semua lari... hahahaaa... kesian mamat tu... kitorang pun beralih ke tempat lain tanpa sekelumit pun rasa bersalah, ahak.


    Kak Chik memula takut takut, pastu dia yg bawak paling lama, hahahaa..

    Antara pemandangan yg dapat di rakam dr jarak dekat...

    Lagi pemandangan yg berbeza...
    Memang sapa yang datang sini aku syor amik boat ni. Bawa sendiri dan experience dia lain dari kita naik cruise besar tadi. Kalau tak, tentu boring sebab dok kat kawasan pantai sahaja. Dah abis tu kitorang pun soroo lah fish and chip kat situ. Jumpa pulak satu family melayu yg datang dari Sheffield, berborak2 lah kami sekejap pastu kami pun balik lah amik cruise dalam pukul 4.00 pm. Masa ni ramai betul orang sebab ini last cruise untuk le Lakeside. Alhamdulillah sempatlah kami ambil steam train terakhir jam 4.50pm untuk ke Haverthwaite semula.
    Adik di bahagian belakang boat... happy jaaa...

    Ini dah naik semula cruise untuk kembali ke Lakeside...
    Lake District memang menarik, tertarik, da bomb. Kalau berpeluang, datang lah ke mari. Sebelum pegi aku ingatkan macam round pond Hyde Park ja... rupanya jauh berbeza. Recommended. Selain pantai dia ni, kalau kat Lakeside ada juga Aquarium. Kat Bowness pula ada train yg bawa keliling town dia. Kat sini juga ada camping site dan juga boleh ke kawasan gunung. Puas hati dtg sini, tapi itu lah, kalau datang setakat sehari kena lah pilih certain tempat ikut citarasa sendiri. Tak sempat punya nak cover semua. Sebaik kami gerak keluar dr Haverthwaite dalam 15 menet hujan pun turun. Alhamdulillah, kami pun terus pulang ke Travelogde semula. Esoknya masih ada satu hari lagi... ke mana kita??? Sambungannya... selepas ini!
    .
    Hahahaa...
    .
    **** ** ****
    .

    3 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    Keretapi tu bukan ke keretapi yang Harry Potter naik masa nak balik kampung dari Hogwarts?
    Kalu betul, cuba ko cari kot-kot ada Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry. Mana tau kot ko boleh dapatkan brochure untuk aku sambung belajar kat situ... Hehehehehe

    WINGADIUM LEVIOSA!!!

    6/13/2008 3:17 am  
    Anonymous Anonymous said...

    nasib baik speed bot sehala je klo tak harus k. chik dok speed mcm bawa moto mosquito diaa...hehehe
    rupe teror jeee

    6/13/2008 8:50 am  
    Blogger asr said...

    teh o ais: Nak belajar situ kena tau magik? Kau tahu ke magic? ahak...

    c. og: Mana ada sehala, merempit la ikut suka dlm tasik tu... ahak. Mmg teror bebeno dema, hahahaa...

    6/14/2008 10:25 pm  

    Post a Comment

    << Home