• Wednesday, April 19, 2006

    Day out - Leeds Castle in Kent

    BILA tiba je hari ahad, mula la aku buat plan nak keluar dr London ni. Boring dok kat town centre ni. Kalau yg datang skali2 oke la boleh shopping. Macam dok kat KL la, mesti syok kalau dapat gi PD ke Pangkor ke kan... camtu la jugak aku kat sini.
    Salah satu tarikan kat England ni, castle dia. Ada bepuluh2, ntah2 beratus2 castle kat sini. Dulu aku penah ke Windsor & Edinburgh castle, tapi kali ni aku pegi ke Leeds Castle pulak. Castle ni terletak lebih kurang 1 1/2 jam kalau drive dari London ni. Kebetulan ada lagi 2 family (family Rosdi & Libra) yang setuju untuk pegi sama. So kami pun convoy la...
    Meh aku cerita sikit latar belakang tentang castle ni, Leeds castle ni merupakan castle lama yg tidak berpenghuni tetapi masih dijaga lagi. Sekitaran dan taman2 dia pun masih "suci". Ia juga dikenali sebagai "The Loveliest Castle in the World" dan telah dibina pada kurun ke-11. Selama 900 tahun castle ini mengalami kerja kerja pembaikan dan pengubahsuaian sampailah ke tarikh kami lawati. Namun keasliannya tetap di jaga. Yang uniknya, castle ni dikelilingi air. Cam castle terapung la pulak. Pernah juga digunakan sebagai penempatan bala tentera, pusat rawatan semasa peperangan dan sebagai penjara pd suatu ketika dulu. Pada tahun 1926, castle ini telah dibeli oleh seorang waris perempuan Anglo America bernama Lady Baillie yang akhirnya menjadikan castle ini sebagai "rumah penginapan" paling mewah dalam abad ke-20. Beliau sering mengundang "rich and famous" untuk hadir ke sini. Selepas kematian beliau (1974) castle itu telah diserahkan kepada Leeds Castle foundation yang akhirnya membuka kepada kunjungan orang ramai.

    Sampai je kat entrance dia, kami tengok burung merak jantan betina bersepah camtu je. Takde kandang. Jinak pulak tu, sampai atas bumbung kedai pun ada. Terasa ambient dia yg nyaman. Seperti biasa Nabila nyenyak dalam stroller dia. Dari entrance nak ke castle tu kami kena jalan kaki dan sepatutnya mengambil masa 10 minit je. Tapi dekat 1/2 jam baru kami sampai, sebab asyik sangat bergambar. Kami melalui kawasan Duckery dan Wood Garden yg menawan. Kawasan tasik ni buatan manusia, cantik dan air dia pun crystal clear. Kat sini lah lokasi Swan hitam yang pertama diternak di United Kingdom yang telah diimport dari Australia. Kini, Swan hitam ni boleh dilihat sepanjang tahun kat sini. Masa tengah jalan tetiba ada la pulak yang lapar, so terpaksalah wife Rosdi bukak sedikit bekal dia dan aku dengan muka tak malunya telah pow sama... hehehe.
    Sepanjang jalan kenangan....
    Stroller tak dibenarkan di dalam castle jadi aku terpaksa kejut Nabila dan dukung dia sepanjang berada dalam castle tu. Bergilir2 aku ngan wife aku dukung Nabila yang makin sihat... haha. Masuk masuk ke castle ni, terus ke tempat simpanan wine dia... Cuma tinggal tong dia je. Diorang jaga rapi.
    Kemudian tu barulah masuk ruang utama dalam castle tu. Rupa rupanya bilik2 dalam castle ni tak le besar sangat. Cuma barangan dia memang mewah. Interior design castle itu adalah dari ilham Lady Baillie yang masih dikekalkan. Selain dari melihat ruang tamu, ruang makan dan bilik menunggu yang cantik, aku tertarik melihat kuda kayu untuk mainan budak2 kat situ. Kuda mainan itu dicatatkan sebagai kuda mainan yang terbesar didunia!
    Posing dpn kuda mainan. Masa kecik2 dulu aku pun ada kuda cam tu... ingat anak raja england je ke main kuda ni??? hahaha.
    Lepas habis tour dalam castle, hujan turun renyai2. So kami pegi ke kedai souvenir. Wife aku menambah koleksi fridge magnet lagi. Lepas lunch kami sambung jalan kat kawasan taman sekitarnya. Yang bessnya kat sini ada "the Aviary zoo" yg mengumpulkan lebih 100 jenis burung yg jarang di temui dan hampir pupus. Zoo ni sebenarnya telah wujud di lokasi itu sejak 1950an lagi dan di asaskan oleh Lady Baillie juga. Macam macam burung termasuklah burung enggang bumi kenyalang pun ada. Sudah tentulah burung kakak tua yang colourful menjadi tarikan utama kerana ia tak abis2 sebut "hello" pada pengunjung. Nabila pun melilau matanya kiri kanan melihat burung2 tu, tapi separuh jalan dia buat lagi hobi dia... apa lagi kalau bukan tidor!
    Satu lagi tarikan yang menarik kat castle ni, ialah Yew Maze dia yg agak besar. Nasib baik diorang tak benarkan bawak stroller masuk situ, kalau tak mahu je aku main benda tu, tak kirala walaupun berjam jam aku tak jumpa cari jalan keluar. Maze ni diorang buat dengan menanam kira kira 2,400 pokok "yew". Seumur hidup aku ni la 1st time aku tengok Maze yg besar ni, selama ni aku cuma tengok kat tv atau dalam buku je. Kitorang naik atas bukit kat tepi Maze tu so dapatlah kitorang rakamkan gambar dia dengan jelas.
    Ni la Maze yg buat aku amaze... beso siot.... besss ooo....
    Sebenarnya sebelum sampai ke Maze tu ada Falconry, dimana korang boleh tengok banyak burung helang juga burung hantu yg lepas bebas. Banyak yang hinggap lepak kat kawasan tu. Tempat dia bersebelahan dengan vineyard (ladang anggur yg ditanam untuk dibuat arak) yang agak luas. Vineyard ini pulak sampai ke hari ni masih beroperasi dan masih mengeluarkan jenis2 wine yang terbaik di dunia.
    Lepas saja tempat ni, kitorang dah letih. Tambah pulak cuma family aku ngan Libra je yg sampai sini, Rosdi satu family dah surrender tunggu kitorang kat bawah. Haha. Akhirnya kitorang amik keputusan untuk menamatkan lawatan.
    Keseluruhan kawasan castle ni memang besar. Masih ada lagi tempat yang kami tak lawati. Namun, aku sendiri berpuas hati dengan outing ni sebab bukan sekadar keluar jalan2 satu family tetapi kind of educational juga. Bila balik, masing masing ikut haluan sendiri. Pepandailah mengikut sign board yg tulis London... Ada yg sesat ke? Ntah... kalau sesat pun dediam aje la... hehehe.
    Enmmm, minggu depan kemana pula kita yer???
    **** ** ****

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home