• Monday, August 14, 2006

    Bicester Village (selamatkan wang anda)

    DIALOG
    Aiiii... tak habis2 shopping lg ka???
    Dah...
    Kalau dah, buat pa nak pi Bicester Village?
    Nak cari barang orang...
    Oh, oke.
    **********
    KALAU korang saja nak sight seeing tengok country side toksah datang sini! Bicester Village ni takleh nak offer benda2 tu. Jadi apa yg ada kat sini sampai ramai no org kita yg sanggup drive 1 jam dr London nak mai sini??? Jawapannya, SHOPPING - tu la dia. Tempat ni offers semua barang2 high class... Dia cam factory outlet la. Tapi yg menariknya dia buat style Village. Banyak rumah kedai kiri kanan semua berkumpul dengan bahagian tengahnya menjadi ruang legar. Jadi environment dia tak le cam membeli belah dalam shopping compleks. Best la jugak... tapi kalau banyak duit lagi bess. Hahahaa.
    Kami ada la 3-4 kali dah ke mari. Ada la beli 1-2 yg murah2. Suka jalan2 tengok2 barang2 je. Window shopping. Kali ni datang sebab nak menyampaikan hajat kawan2 yg nak itu ini. Kat sini kedai2 dia yang ada, cam kedai Salvatore Ferragamo, Clark, Levi's, Versace, Christian Dior, Bally dan seangkatan dengannya. Kami pulak kalau pi sini mesti asyik mengulang kedai Clark... sebab nya itu je yg menawarkan harga yg murah. hahaha...
    Salah satu kedai yg terdapat kat sini. Orang punyer la ramai, panas pulak tu! Nabila pun tak berkasut dah...

    Tapi seronok tengok barang. Cam masa kat Ralph Lauren tu aku masuk mencari sehelai seluar punya lama... last last takde yg berkenan. Keluar tangan kosong. Baik la balik beli kat Mesia. Lagi pulak aku kalau beli seluar mesti kena potong kasi singkat... sini dia tak offer potong terus cam tempat kita. Silap2 kos nak alter seluar lagi mahal dr rega seluar tu sendiri... tak bebaloi!
    Kami pi pun dah lambat, so sampai2 terus cari barang member dulu. Ye la sebab kami memang takde niat nak beli apa2 pun. So terus ke kedai Levi's... Sepasang £30 (= RM210) kalau 2 pasang £50 (= RM350). Murah la kot kan, kalau tak takkan member kitorang tu suh beli jugak?? Tak tau la aku nak bandingkan... sebabnya jeans Levi's aku pun beli kat Petaling Street je, tak pon Jalan Tunku Abd. Rahman... original tau, original Pirate! hahaha.
    Lina tengah sibuk mencari pattern/size yg sesuai. Apa? Takde yang sesuaiiii? oke.. jom bergerak... hahaha.

    Lepas tu kami masuk Versace pulak. Kali ni takde design seperti yg di pesan, so kami pun usha2 keliling je, masuk cam orang kaya duit berkepuk. Kata pepatah "...bior pape ase bergaye" ! kwang kwang kwang...
    By that time dah kul 2, Nabila pun dah lapo... so kami pun berenti la rehat jap. Nabila ni kalau perut dia kenyang dia memang tak banyak ragam. Kira senang la nak bawak dia bejalan. Tapi sekali sekala dia ngamuk juga.. biasa la tu kan... hehehe.
    Kali ni memang kami pusing habis semua kedai la... Selalunya kami skip2, kali ni masuk hampir semua kedai. Last sekali baru lah kami ke kedai Clark dan dapat lagi mencari barang yg di pesan orang. Penuh beli barang orang je kali ni... hahaha. No hal lah...
    Ni lagi satu kedai berjenama, Burberry. Kalau korang cari jenama Bonia, sini tadak ya. Tu Malaysia je ada, (aku pun baru tau daaa....)

    Seperti yg dijangkakan... kami bertembung dengan ramai Melayu kat situ. Ada yg senyum saja, ada yang menegur. Yg bess tu ada satu pakcik tu tegur aku... Masa tu aku ngan wife aku tengah makan aiskrim & pakcik tu datang nak borak. Serba salah la kan... ye la takkan nak offer aiskrim kat pakcik tu pulak. Yg paling bess tu pakcik tu beria2 ajak aku datang rumah dia kat Johor kalau aku balik mesia. Wah! Ramah nya pakcik ni... wife dia pun sama. Siap suh aku pi Johor pastu sampai kat petronas Tangkak tanya orang kat situ mana rumah Cikgu Yusoff. Katanya semua orang kenal dgn Cikgu Yusoff ni. Aku cam biasa cuma cakap InsyaAllah... InsyaAllah la kan. Tapi aku respect la pakcik ni... dia begitu mesra sekali. Bukan apa, ada gak melayu yg aku jumpa cam eksyen sikit. Maklum la... datang shopping di London you... hahaha.
    Wokeh la... tu je la kot, kang panjang2 kang makin mengarut pulak. Tapi kalau korang ni memang suka shopping, suka beli barang branded, atau nak compare harga dan get a good bargain memang lah aku rekomen korang datang sini. Sediakan je duit secukupnya. Nak lagi senang bawak kad kredit.. hehehe... tak nyesal punyer!
    .
    Oke la tok moyang, cucu tumpang lalu ~ mintak diri dulu lah ya... dan korang jaga diri hiasi peribadi.... luar dalam mesti mau cantik, oke!
    See you again next time......
    .
    PaPaiii....
    .
    **** ** ****

    2 Comments:

    Anonymous hana said...

    amboi seronok bershopping..! aku bab shopping2 nih mmg aku suka..! tak beli pon takpe.. asal cuci mata..

    balik mesia nnt sambung lah shopping kat sini pulak.. mines, sunway piramid, the summit, MV, KLCC, ampang park, yow chuan plaza, alpha angle, subang parade, ipoh parade, kinta city, JJ, metrojaya, carrefour, tesco, giant, alamanda putrajaya, jln TAR, masjid india.. hahahaha. saja aku tulih semua2 tu.. biar ko rindu nak jenjalan kat sini pulak..!!!

    8/15/2006 9:21 am  
    Blogger ASR said...

    Balik2 nak serbu Mc Donald, KFC, Pizza... sini punya tak halal laa... Lagi 1 pasar ramadhan, pasar malam, pasar borong, pasar tani. Putu bambu, pulut panggang, keropok lekor, ayam percik, apom balik, yong tau foo, tau foo fah, nancy foo, rojak, pasembor, roti jala, nasi kandar, tempoyak, tepung talam, lemang, rendang, ikan bakar cicah air asam. Kueh bahulu, kueh koci,dodol, wajik. Air tebu, air soya, air kelapa sluurrrpppp...

    Aik, terliur sama nampak????
    Hahaha...

    8/15/2006 6:02 pm  

    Post a Comment

    Links to this post:

    Create a Link

    << Home