Sukan Merdeka: Bowling
BERSEMPENA dgn bulan merdeka ni, pihak Kedutaan Malaysia ke London telah menganjurkan beberapa sukan Merdeka dan antaranya Bowling ni lah. Aku join sama. Wife aku memula nak masuk, tapi last minute tarik diri pulak. So Lina dan Nabila jadilah penyokong kuat 100% dari belakang... hehehe.
Nampaknya kebanyakan peserta kali ni memang bersungguh2. Aku dengar siap turun praktis dan ada sesetengah buat secret training lagi! Aku? hehehe... biasalah kan. Star mana de praktis2, terus lawan je. Masa sampai kat Airport Bowl tu, aku pun register la, dan masa tu aku pun tak tahu aku group mana. Last2 bila start practice throw, mula la aku terhegeh2 mencari team aku. Bila dah jumpa & baru sekali baling, practice time pun abisss!!! Hampeh!
Setiap team ada 2 lelaki dan 2 pompuan. Camna diorang bahagi2kan team ni aku pun tatau... Tak kisah la kan. Team aku terdiri dari Yohan, aku, Salmizah dan Norlela. So the tournament begins... Aku bowler yg ke 3. Baling kali pertama, longkang. Kali kedua, longkang. Ayo!!! 0 markah untuk 1st frame! huhuhu... 2nd frame kena 5 je... Alamak!!! Rasa serba salah lah pulak pd team mate... 1st game cuma 95 kejatuhan pin. Terukkk nyerrr!
Kedudukan team kami masa 1st round tu jatuh no. 4. Takpe ada 2 game lagi. hehehe, nasib baik la improve sikit dpt score 135 & 137! Tapi tetap la aku corot dlm team... pun begitu team kitorang berjaya memintas 2 lagi team dan muncul naib johan! Dapat la jugak aku hadiah!!! keh keh keh.. Aku bernasib baik sebab best male & female bowler jatuh pd team mate aku. Score diorang ni la yg banyak cover score aku tu. Tahniah la Yohan & Miza!!! hehehe.
Tu dia, star player menerima hadiah dari Deputy high Commissioner, En. Zainal. Nabila pun join skali...
Tapi overall nyer, menang kalah semua nampaknya gembira. Kiranya berjaya la aktiviti ni yg dpt mengumpul ramai para bapa, ibu dan anak2 ni. Kalau takde aktiviti camni jarang le berjumpa... semua sibuk hal memasing.
Bergambar bersama peminat & penyokong no. 1. Nabila sampai terlentuk la penat bersorak...
Oh ya... tentunya En. Rosdi paling gembira, selain teamnya menang Johan, dia turut menerima anugerah worst male bowler. Dapat la jam tuuut tuuuut... senang nak bangun subuh, ya dak? Btw, ni bukan kali pertama dia genggam title tu tau, hahaha... jgn marah arrr, nanti kena jual!
Lastly tahniah kepada penganjur. Lain kali arrange lagi...
.
Chiow...
..
*penyokong no.1 amat leka bersorak demi memastikan kemenangan aku & pasukan, sehingga terlupa nak amik gambar waktu perlawanan... huhuhu.
.
6 Comments:
Zam,
aku ingat ko yg tercorot.. hahahaha
lain kali kalau ade tournament tu tak payah susah2..import je org kat cni...hehehe...
orang manjoi ramai yg teror2 main bowling....
Hana: Memula corot, pastu cepat2 bangkit! Tu la ciri2 star player, keh keh keh...
Kak Oji: Wah, sdah terror org Manjoi skrg ya? Kena lawan ni. Sapa kalah belanja ais kacang kedai Rapik, mau? Hahaha...
:)
apa sudah jadi cik azam..??? kemana hilangnya skills The 'Star' ?? hehehe...nnt blk eypoh kite p main bowling ek...!!huhuhu...
Anonymous,
Explanation dia: Dah setaun tak pegang bola bowling! (alasan, alasan...)
Hahaha...
Post a Comment
<< Home