Happy Birthday Cayangku...
RASANYA macam baru semalam merangkul Nabila buat kali pertama. Dah dua tahun dah usia anak daddy ni rupanya. Pada asalnya nak sambut anak beranak sahaja tapi kebetulan pulak hari jadi Nabila pada 8.12.2007 tu jatuh pada hari Sabtu, so boleh lah kami plan buat makan2 sikit. Secara ringkas sahaja dan menjemput cuma 3-4 family. Mummy pulak seperti biasa mengambil tugasan di dapur. Hari Jumaat tu lagi mummy dah buatkan pudding roti mana kala hari Sabtu tu menu utama mee-hon sup ekor dan nasi goreng. Bertepatan dengan konsep hari jadi (siap ada konsep tu...? hahaha) yg selalunya lebih di raikan oleh kanak2, kami pun lebihkan bahagian dessert dengan meletakkan kacang, jelly, puding, cikedis, buah & coklat. Di tambah pulak lagi dengan Tiramisu & bubur kacang yg dibawa tetamu. Thanks.
Preparation...
Nabila, daddy dan kali ini dengan bantuan Haziq bertugas di bahagian ruang tamu dan juga in charge on decoration. Memandangkan tahun lepas sampai naik kebas bibir aku meniup belon, tahun ni aku beli je satu tong gas helium. Letak belon kat muncung dia terus dia kembung. Hahaha... Pastu lepaskan saja ke syiling, tak payah nak ikat dan tampal2 kat dinding. Senang & cepat! kakak sgt excited sampai dia sebut berulang2 kali: Wow, many... wow, banyakkk... wow... Adik pun beso je matanya dok memerhati dr bouncer dia tu.
Kakak dan adik dah siap tunggu tetamu...
Dalam pukul 5 petang tetamu kami pun sampai. Bila dan berkumpul, terus sahaja lah bawak kek ke depan untuk kakak merasmikannya. Ramai2 menyanyikan lagu happy birthday dan aku tengok kakak kaku saja. Beberapa hari sebelum tu bila ditanya: nak happy birthday? Nak... katanya. Bila tunjuk gambar kek saja terus dia akan cakap happy birthday dgn siap buat aksi tiup lilin. Tapi hari tu bila dah ramai2 nyanyi kakak terdiam pulak... Lepas tu bila suruh tiup lilin, tak mo. Last last aku cakap sapa yg dekat ngan kek tu tiup je lah. hahahaa...
Happy birthday to youuuuu....
Daddy pun nak enterprame jugak...
Laaa... awat birthday girl menangih ni???
Tapi sebaik ja lilin tu padam, terus kakak... uwaaaaaaaaa.... aik! menangis pulak. isk isk isk. Dia nak lilin tu terus menyala. Kelakar lah kakak ni, aku pun pasang lah balik lilin tu dan sedar2 je... semua orang dah nyanyikan lagu happy birthday lagi sekali. Wah... 2 kali nyanyi ni. Pastu suh tiup tak mahu juga. Mood dia dah takde. Alaaa kakak, tiup la cepat, kek dah nak terbakar dah tu, huhuhu... Yg lain pun tunggu2 tapi tak juga kakak nak tiup lilin tu. Last last diorang main belon balik. Tinggallah mummy ngan kakak berdua dan baru lah dia diam. Dan mummy yg meniup lilin tu kali ni, hahahaa... (habislah, apa la yg mummy wish agaknya!?) Adik pulak diam sahaja. Tahu2 je dia dah terlentok di tangan aku. Bila masa dia tido pun ntah...
Cepat lah kakak potong kek, dah laparrr ni...
Pastu tetamu semua pun menjamu selera, termasuklah tuan rumah sekali. Buat makan2 begini sebenarnya tak payah tunggu birthday pun. Dah memang selalu. Kadang2 takde apa2 occasion pun tetiba dapat jemputan untuk makan2 camni. Dah biasa benar suasana begini di sini. Sebenarnya bukan apa, berkumpul ramai2 tu yg bess tu. Tgh org ramai menjamu selera tu, tetiba ja kakak dah tinggal pampers sahaja. Mana baju ni??? Isk... kakak sekarang ni suka betullah nak seksi-seksi, hahaha... Nasib nak juga dia pakai t-shirt ngan spenda... buat malu je lah birthday girl ni tau!
Kakak dan kawan2...
Perkembangan terkini kakak sempena birthday dia ialah kakak dan kenal nombor 1-10. Kalau dulu buleh sebut je, sekarang dah boleh tunjuk walaupun dia kadang2 kompius antara nombor 6 & 8 dan nombor 1 & 10. Apa pun.. selamat hari lahir buat the only princess in our family, Anna Nabila. Mummy dan Daddy sentiasa mendoakan yg terbaik dan semoga menjadi anak yg solehah, berjaya dan mudahlah dalam segala urusan dunia akhirat. Satu lagi, jangan suka gigit2, cubit2 adik lagi ya... oke good girl?
Keesokannya kami plan nak pergi fun fair kat Hyde Park. Nak bawak kakak & adik naik boyan pusing. Memang tetiap tahun Hyde Park akan ada funfair dlm bulan December ni. Aku pun tak paham kenapa diorang buat funfair masa sejuk2 camni. Bukannya ramai org datang pun. Tapi kali ni konsep dia (konsep lagi???) lebih betul kot sebab dia ada sekalikan dengan ice skating. Malangnya hujan pulak... terus macam malas ja rasa nak keluar. Apa lagi... kensel semua plan dan tido lagi bess. hahaha... Kakak meragam tak mau pakai baju lain... nak pakai baju masa birthday dia jugak. Last sekali terima kasih pada tetamu yg sudi memeriahkan hari lahir Anna Nabila. Tengkiu.
I am now, 2 years old...
.
Happy Birthday cayangku....
Kiss!
.
**** ** ****
6 Comments:
Appy Besday Anna..:-)
wah sup ekor...ada jual ke sana?ekor apa la agaknyer..;-P
besday mak pak anna tak wat n msuk dlm blog ke?heeee
-Nani-
Happy Birthday Nabilah..
Besar cepat-cepat ye nak, ya!!
Nanti dah besar, Pakcik nak pinang Nabilah untuk anak jantan Pakcik yang lasak tu..
Happy Birthday nabila...
Dah besar nabilah yer...Semoga berjaya di dunia dan akhirat...dan jd anak yg baik...amin..
drpd,
Auntie mar Barcelona
Happy Burstday Nabila@apakhabar!!!.May Allah Bless You n family...love;MialibraMieza
Nani: Aku order ox tail kat kedai Arab, tatau lah pulak kot dia bagi ekor unta!
Indera: Nanti aku tanyakan, kalau dia diam atau mengamuk tu, paham2 sajalah ya... :)
mar: Terima kasih atas doa yg murni itu. Amin.
MLM: Alhamdulillah sihat. Thanks for your well wishes. Amin.
happy belated birthday utk anna nabila..muahhhhhh.
Post a Comment
<< Home