• Monday, December 03, 2007

    Murtabak, Nasi Lemak, Roti Jala...

    SEJUK!!! Sejuk-sejuk camni memang buat kita rasa malas. Asyik nak berselimut je. Bila tengok luar je, mendung. Hujan pulak sekarang ni buleh katakan hari hari. Aku tengok ramai dah yg kuar pakai long coat, ada macam the matrix ada macam inspector gadget! Isk... tetiba teringat kat mesia, tak kira bila pun buleh melenggeng je kuar pakai kain pelekat, bess kan?
    Adik ngan Kakak share cot. Gelak apa ntah dua beradik ni...
    Kakak suka sangat sarung stokin kat tangan! Suh pakai glove tak mau...
    Minggu ni kami cuma menghadiri satu kenduri meraikan jemaah haji yg bakal berangkat ke tanah suci. Harap2 selamat pergi dan tenang menunaikan haji & kembali dengan haji mabrur, bukan haji marlboro ya... hahaha. Kami pi pun masa tu dah nak petang dah. Bila nak balik hujan pulak. Sebenarnya sebelah petangnya aku ada dapat jemputan untuk menghadiri dinner on cruise on River Thames. Tapi mintak maaplah banyak2 tak dapat hadir. Sebabnya pada time yang sama, aku kena pi airport sebab kakak aku yg kat Kelantan nu ada kirim barang melalui member dia yg mai bercuti di sini. Kami pun memang lah excited sebab nak tahu jugok lah hok gapo dio yang dikirimkan pada kami tu. hehehe... so pukul 6 petang aku pun pecut lah ke airport. Memula ingat nak bawak Nabila sekali, tapi ntah kenapa kakak masa tu mengamok kalau suh pakai seluar! huhuhu... berpampers sahaja dia petang tu, so tinggal!
    Lihatlah cop gigi kakak saya di lengan saya ini. Di perut dan di kepala pun ada, huhuhu...
    Aku pun bukan kenal member kakak aku tu, tapi aku tawakal je lah sebab dah janji jumpa depan MAS counter. Dalam hati aku, kalau ada tu adalah, kalau tak ada, takde rezeki lah maknanya tu. Masa aku sampai kat MAS counter tu aku nampak ada satu kumpulan melayu kat hujung satu ruang. Aku pun teruslah meluru ke situ, tapi dalam pada aku berjalan nak mendapatkan mereka aku dengar ada suara: haa... tanya la... tanya laaa... (ada slang Kelate). Sah! Dan beg plastik pun bertukar tangan.
    Gambar ni diambil kul 5 pagi hari Ahad, kenapa la awal betoi kakak & adik bangun. Suh tido balik, tak mau, beso je matanya...
    Dah aku pun tak buleh tido, terus angkat kamera dan klik klik klik...
    Terima kasih loh kak Sham ya... macam2 ni. Siap ada biskut raya sempena nak sambut raya Aidiladha. Karipap segera, kacang & ikan bilis goreng, murtabak dan yang paling bess sekali ikan bilis mentah, wah sukanyer! Bila dah tengok bebarang tu terus terasa lapo... apa lagi segeralah mummy menggoreng murtabak special 3 lapis saiz gedabak tu malam itu juga. Aku dengar murtabak ni memang femes kat Kelantan dan reganya RM10 seketui. Besss... memang bess. Kecor lio kata org Peghak. Tapi kan, beso beno lah... tak termakan kami berdua malam tu. Kakak dan Haziq pulak dah tido, kalau tak buleh jugak cubit2 bagi kakak rasa.
    Mmm.... goreng garing2 ya.... Ada bau tak?
    Slurrrp, sedapnya. Sudah sedia untuk di baham. Terliurkan??? jgn tipu! hahaha...
    Esoknya mummy pun dengan bersemangat masak nasik lemak untuk breakfast. Maklumlah, ikan bilis fresh sudah mari. Emmm... 3 kali tambah! Erkkk... Alhamdulillah. Murtabak semalam pun masih ada berbaki. Lepas tu teruslah mummy bersiap sebab hari Ahad tu dia dah ada plan nak pi belajar masak roti jala. Aku begitu malas2 sekali nak bergerak hari tu. Lepas breakfast aku rasa cam mengantok lah. Ni mesti penangan nasi lemak ni. Kakak layan baby tv. Adik tido. Aku pun rasa nak tido sama! hahaha...
    Meh breakfast meh... meh laaa...
    Dalam kul 10.30 pagi kami pi la hantar mummy ke rumah Fizan. Sebab cikgu memasaknya sapa lagi kalau bukan Wan yang memang kalau buat roti jala, perggh terangkat beb! Lepas hantar mummy kami bertiga balik lah. Kakak tido, so aku ngan Haziq bersiap dua orang. Kasi adik mandi dan siap letak minyak telon. Eh, minyak telon ni sampai budak berapa tahun kena letak ya? Aku bedal je lah. Pastu bagi adik makan cereal. Ingat nak vakum rumah tup tup mummy call. Aik, masa tu baru kul 12 lebih. Dah siap dan lunch di rumah Fizan, katanya. Ingatkan sampai kul 2-3 petang baru selesai. Nasib aku dan adik sempat bersiap tadik. Kakak awal2 pagi dah mandi. Terus kami 3 beranak pecut ke rumah Fizan. Kakak bila aja keluar rumah asyik lah tanya: Mummy? Mummy? dia ingat mummy kena tinggal daaa...
    Adik pose macho di rumah uncle Fizan...
    Kakak leka main lego dengan geng play groupnya, Fahmi.
    Wah.. sampai2 roti jala memang dah terhidang, apa lagi terus diorang suh kaum bapa mithali soroo dulu. Maklum lah, sebab hari Ahad tu merupakan daddy's day care! Semua berdukung anak kecik, kecuali fizan sebab anak kecik dia pun dah beso. huhuhu... Jadi kami pun makan dengan seleranya. Tapi baru nak suap sudah diberi amaran... jangan makan banyak2! Uik... bukan tak buleh makan banyak, buleh... Jangan makan banyak2 tu sebab nya lepas tu ada pulak nasik lagi. Adush, muat ke nak sumbat dlm perut kami yg slim ni? hahaa... Memang terror-lah, lunch pun sudah kalah buffet kat hotel (ni puji ikhlas tau), hahahaa. Pembelajaran mummy membuat roti jala tu sukses. Siap tapow lagi, tapi katanya kalau nak buat, kenalah beli kan hand blender dulu! huhuhu...
    Inilah 3 chef sedang merasa masakan sendiri (emmm sedap, sambil memuji2 dalam hati) hahaha....
    Sebagai hadiah menghargai kecekapan para isteri memasak tengahari tu, para bapa pun dengan senang hati membawa berjalan2/shopping ke Costco (Costco ni macam makro lah). Tapi malangnya, baru nak tengok2 barang, dah pekerja dia kata: proceed to the till, please... alamak, ingatkan kul 8 malam baru tutup, rope-ropenya pukul 5 petang! huhuhu... balik tu memang dah ngantuk dengan perut yg kembung. Adik & kakak terus mandi dan tido awal. Sempat jugak aku masuk website tv3 tengok Buletin Utama. And guess what? Malam tu aku balun murtabak lagi! Erkkk! Alhamdulillah...
    .
    Mohon permisi ya pak!
    .
    **** ** ****

    6 Comments:

    Blogger indera kencana said...

    Ya silakan..
    Sebetulnya mao permisi ke mana ya donk Pak..??
    Minyak telon tu setahu aku sampai umur berapa-berapa pun boleh pakai. Takde had umur. Lagi pun elok ntuk anak engko pakai untuk elak kembung perut.
    Kelas untuk kaum bapa takde ke? Macam kelas marhaban berzanji ke atau kelas bengkel kemahiran hidup misalnya..??

    12/06/2007 8:04 am  
    Blogger DBI said...

    makang murtabak sebelum tidur?..tak takut boroi ker???...hihihi..ker mmg dah pun???

    12/06/2007 1:03 pm  
    Blogger asr said...

    Indera: Ada. Khamis ~ bacaan Yaasin/tajwid & tazkirah. Sabtu ~ latihan kegercasan i.e Badminton disusuli dengan breakfast secara berjemaah...

    dbi: Takpa... klinik kat Ganu buleh sediakan perkhidmatan liposuction. Kan, kan, kan?

    :)

    12/07/2007 7:43 am  
    Anonymous Anonymous said...

    Salam,
    Kak nak tanya ni...kita penah jumpa ke masa kat Leeds?, kak kat sana 1994-1995, dok Beeston...mcm familiar jer
    Kak T

    12/10/2007 6:38 am  
    Blogger indera kencana said...

    Masa akak jumpa dia dulu, dia cuma pakai kain pelikat sehelai je kan? Haaa... betul la tu, Kak!! :P

    12/10/2007 6:50 am  
    Blogger asr said...

    Kak T: Kali pertama angin Leeds menerobos kuar masuk idung saya ialah pada 1996. Lewat setahun...

    Indera: Kain pulikat lalalalaaa...

    12/10/2007 9:31 am  

    Post a Comment

    << Home