Play Group
KAT UK ni memang banyak aktiviti untuk kanak2. Semuanya terpulang pada kita samada nak ngan tak nak je. Banyak yg free dan kalau ada bayaran pun cuma pada kadar yg sangat minima. Satu yg aku perasankan, mat salleh kat sini cukup risau kalau anak diorang tu reserve atau introvert. Sampaikan ada yg mintak nasihat kaunselor macammana supaya anak dapat jadi extrovert, berani dan confident.
Pastu kakak turun slide... one two goooo....
So kami pun amik peluang ini. Jadinya setiap hari Khamis mummy akan bawak Nabila dan Haziq pi ke Play Group. Daddy tak ikut lah sebab daddy kena pi kerja, kena cari nafkah dzahir! hahahaa... So entry kali ni aku tulis dari apa yg diceritakan oleh mummy. Play Group ni dia buat di sebuah dewan yg ala-ala gelanggang bola keranjang. Pastu semua alat mainan di sediakan, pensel kaler, kertas, semualah. Cumanya parents/penjaga kena ada untuk supervise anak memasing. Bayar £1 aja, tapi ada refreshment disediakan ~ buah & air. Dari aktiviti mewarna, plaster-sin, papan gelongsor, macam2 lagi. Kali ni dah masuk kali ke-3 mummy bawak kakak dan adik. Tujuan utama supaya dari awal lagi kakak boleh belajar bergaul ngan orang lain. Paling tidak pun dapatlah dia pick up satu dua English words dari native speakers kat sini kan?
Setiap kali pegi dengarnya mummy akan join dengan seorang ummi di bumi penjajah yang membawa Fahmi dan Fasha, hahaha... Masa memula dulu kata mummy kakak takut2 nak join. Pastu siap rebut toys lagi. Yang jadik mangsanya ialah Fahmi, terpaksa bekorban dan beralah. Kakak siap menjerit berguling2 atas lantai. Yang peliknya, apa yg Fahmi pegang itu lah yang dia nak! huhuhu... Sian Fahmi. Nasib Fahmi oke dan macho sahaja. Masa kakak menjerit guling2 tu siap ada mat salleh tanya kat mummy apa yg mummy dah buat? Dia ingat sebab mummy marah ke, tak bagi perhatian kat anak ke, itu yg buat Nabila menjerit sakan tu. Sampai mummy pun dah naik tensyen. Tapi sebab untuk kebaikan anak, minggu depannya mummy bawak jugak lagi Nabila ngan Haziq. Sekarang ni kakak dah oke... dia pun dah suka nak pergi ke situ. Adik biasalah, kalau tak tido dlm stroller dia, mummy kata dia akan meniarap kat atas tikar tebal. Pastu bila dah letih mulalah dia hantukkan kepala dia kat lantai sampai nangis! huhuhu... Fesyen apa la pulak adik ni???
Ni mainan apa ntah...
Selain anak mat salleh, banyak orang arab yg bawak anak2 diorang ke situ. Minah indon pun ada. Kira multi racial lah. Cuma bila dah winter ni banyak yg tak datang. Sejuk mungkin. Kita kat mesia ada tak play group macam ni yang rata2 khas untuk bebudak bawah 4 tahun yg belum masuk nursery? Setahu aku tak de, tapi tak tahu lah pulak la ni... Aku masa kecik2 dulu playgroup kat laman rumah je. Memang kelakar. Petang2 bila habis je tengok cerita thundercats, mula lah semua meluru keluar rumah. Pastu berebut nak jadi Lion-O lah, Tygra la, Panthro hatta Mumm-Ra sekali pun! Bukan cerita tu je, Toriton pun bess jugak, Voltron, Mospeada... Voltron tu siap kumpul sticker lagi! Bebudak sekarang mana tahu cerita tu semua... Zaman diorang sekarang ni Power Rangers ngan pokeamon dan seangkatan dengannya lah agaknya...
Yg depan sekali tu Lion-O, captain dia...
Tu lah dia, satu lagi kalau anak anak yg dah masuk sekolah rendah, diorang ni attach sangat ngan cikgu. Kami takde lah pengalaman sendiri, tapi kalau tengok anak2 member yg dah masuk darjah 1 atau 2 tu, memang diorang suka sangat pergi sekolah. Terbalik kot pulak ngan kita. Bagi diorang cuti sekolah tu tak bess. Bila cuti mulalah rindukan cikgu. Asyik tanya bila nak pi sekolah semula. Mana tak nya, cikgu kat sini siap peluk2 cium2 anak murid. Bermain bertepuk tampar ngan cikgu tu perkara biasa. Ada yg cakap mesranya kalah ngan mak bapak sendiri! huhuhu... Itu lah perbezaannya. Tapi nampaknya Nabila berkemungkinan besar tak sempat nak merasa itu semua. Takpelah, mana mana pun ada kelebihannya. Yang penting biar kita menguasai sekeliling jangan sekeliling menguasai kita.
Challo...
...
**** ** ****
3 Comments:
Citer bab kartun "terkenang semasa dulu" ni Zam, aku teringat kat satu kartun yang menjadi favourite aku dulu, kini dan selamanya. Tajuknya Mobby Dick. Anime Jepun. Citer pasal peperangan antara Atlantis dengan Lemuria (Mu) kira-kira 30,000 yang lepas. Wow!!. Pahlawan Lemuria ada 5 semuanya yang kemudian reincarnated dalam badan 5 orang pahlawan masa kini. Kalau agak-agak nak kalah perang, dorang akan masuk dalam perut ikan paus putih and combined their power and channeled them to a ball glittered at whale's brain and ignates its' power.
Bila aku google tajuk Mobby Dick tu aku tak jumpa lak kartun tu. Mungkin kat Jepun tajuk dia lain kot. Serupa anime Transformer di Jepun. Lepas bertahun-tahun baru aku tahu di Jepun, Transformer lebih dikenali sebagai Ginrai.
kat cni playground sendiri la...
1 - 4 tahun dah tau main galah panjang kandang kondo (ingat ke )..ting ting..nanti nabila n baby balik c.og ajar kan...hehehe
Indera: Mobby Dick bukan cerita kapten kapal yg tempang yg nak lawan paus putih, akhirnya dia mati & kapal nya tenggelam? Kartun ko tu tajuknya Mobedek kut, kih kih kih... (sinopsis ko tu sounds interesting though...)
Kak Og: Mesti la ingat. Konda kondi, roundess, popia. Zero point apa kurangnya? Mau lawan? hahahaa...
Post a Comment
<< Home