• Thursday, May 22, 2008

    Kak Cho & Kak Chik, Perihal Tugu & Bunga

    YAAAAAA entry 2 dalam 1 datang lagi... sila baca guna intonasi mat sentol! ahahaaa... Mat sentol masih buat iklan lagi ke? Dindang, Tora, kum kum itu antara yang popular. La ni tatau la ada lagi ke iklan baru guna suara dia... Ahak! Cerita minggu ini:
    .
    I. KAK CHO & KAK CHIK

    Buat orang Ipoh especially Kak Ijah dan Opah, dont worry ya. Kak Cho dan Kak Chik dah selamat sampai sini dengan wajah yg ceria. Siap ada mamat Pakistan lagi escort diorang keluar airport dan sebelum sempat aku nak bagi tip, mamat tu dah beralih arah. Selamat poket aku! hahahaa... Sampai sampai rumah terus selongkar beg. Mak ai.. satu beg penuh ration...
    Uik... kalau byk camni bukan untuk kakak & adik, ini utk mummy ngan daddy ni... ahahahaa...

    Cik Oji, terima kasih kasi kakak kasut ni ya...
    Macam macam cekedis & gula2 untuk kakak dan adik, ikan bilis, cili kering, kuah pecal, cok peneram, agar2 kering. Bunga kantan, kiub tomyam, macam macam lah. Yang bessnya kuih faberet aku lepat pisang pun ada. Terima kasih mak ya sebab sempat juga buat kan. Kuih bahulu tak dilupa. Dragon fruit dr ladang yg diusahakan amin dan gengnya, semuanya sampai elok kat kami. Sebahagian darinya dah selamat pun di telan. Terima kasih sangat2, we will always luv you... all of you.


    BigBen ~ Landmark London yg mesti di lawati...
    Kak Cho tangkapkan gambo kami satu family... adik masam je...
    Minggu pertama ni sempat lah bawak Kak Cho dan Kak Chik jalan2 satu dua area yg dekat dekat sini. Biar diorang rehat dan hilangkan jet lag dulu. Nanti boleh bawak jalan2 tempat yg jejauh sikit. So inilah dia satu dua prebiu gambo2 Kak Cho & Kak Chik yang sakan berposing macam macam gaya. Ahak. Gambo2 yg lelain nanti diorang balik baru tengok kang tak surprise pulak, hahaaa. Tapi time ni cuaca tak berapa cantik. Hujan dan sejuk, so kami cari indoor attraction. Hari Ahadnya langit cerah, so boleh lah kuar jalan2 tengok castle dan some other London attractions.
    Depan Natural History museum...

    Dgn patung Shrek...
    InsyaAllah, oke diorang dua beradik di rumah kami. Nabila dan Haziq pun nampaknya dah rasi bermain ngan dema. So dont worry lah. Baik baik saja semuanya.
    .
    .
    II. PERIHAL TUGU & BUNGA

    Selalu aku ingat: kalau buat jasa jangan harap pada balasan. Biar orang buat jahat kat kita jangan kita khianat kat orang. Kalau benih yang baik tu campak lah di mana pun elok tumbuhnya nanti, insyaAllah. Kalau benar kita berbuat baik, fitnah lah buruk macamana pun, akhirnya kebenaran akan terbukti juga. Orang akan kenang. Orang akan ingat. Kalau lebih sikit jasanya, orang akan bina tugu/monumen, bukak dana, tubuhkan yayasan apa saja lah sebagai simbol apresiasi. Tak gitu? Betulkan? ya... kira betul lah tu. Tapi aku musykil lah... ntah apa lah gamaknya jasa aku kat orang di England ni sampai sanggup diorang bina tugu untuk aku. Isk isk isk... terharu sungguh! hahahaa... tak caya ke? Tak caya sudah, malas lah cakap banyak, tengok je lah sendiri gambar ni, hahahaaa...


    Tu dia tugu AZAM betoi2 sebelah London Eye...


    Signature aku pun diorang pampang kat sini... isk glamernyer!!! hahahaa...
    So pada sesapa yang datang ke London ni jangan lah lupa bergambar dengan tugu/monument yg dibina utk aku ni... hahahaaa... Ini betoi2 bukan superimpose tau. Hahahaaa... oke, oke, dah lah tu. Hari tu masa bawak kak cho ngan kak chik pusing2 kota London ni kami pun tak lepas peluang bergambar lagi. So kami pun sama je excitednya, bukan apa sebab kalau ikutkan inilah kali pertama kami bawa adik jalan2 tengok London Eye, Big Ben, Tower Bridge dan sebagainya walau hakikatnya adik buat deeeek je manjang.
    Apa la dua beradik tengah buat ni???
    Adik ngan daddy naik kuda sakti... Mahaarasikala... zasss terus terbang ke langit untuk menyelamatkan tuan puteri... ahak. Teringat cerita dongeng arwah ayah - Al-Fatihah.
    Ada orang kata la ni musim bunga. Tapi kalau dah panas tu aku anggap summer aja lah. Kat mesia lagi banyak bunga, sepanjang tahun ada. Musim bunga kat mesia lagi bess. ahak. Tapi kat sini time camni lah pokok bunga nak idup so aku pun snap la gambo bunga yg jarang2 di jumpai...
    Gambar ni di ambik di Warwick Castle... bunga apa tatau?
    Lebah menghisap madu. Bunga ni dekat area Tower Hill... pun bunga apa aku tatau.
    Yg ni daisi... di ambik di laman Warwick Castle. Bertabur2 kat rumput...
    Sebab disini ada 4 musim dan pokok2 semua hidup untuk beberapa bulan sahaja, aku rasa sebab itu lah idea untuk mempunyai garden/lanscape di rumah mat salleh lebih praktikal. Ia boleh dijadikan hobi dan sebelum sempat kita boring ngan hobi kita tu, musim pun bertukar & pokok2 tu secara semulajadinya akan mati. So dalam masa 4 bulan itu tentulah kita begitu enthusiastic sekali untuk menjaga dan mencantikkan laman. Cuba kalau sepanjang tahun continuously tak berenti... mamposss nak menjaganya. Mana cukup masa. Tu pasal orang kaya ada tukang kebun. Laman cantik takyah trim sendiri... ahak. Kami dah siapkan plan untuk bawa Kak Cho & kak Chik berjalan. Tapi semua plan tu untuk hari sabtu dan ahad lah. Hari lain pepandailah dema berjalan2 area rumah yang banyak menjual souvenir sbb aku pi kerja. Dah siap survey rega dah katanya. Harap semuanya berjalan lancar seperti yg di rancang. Kelmarin kak Cho menunjukkan skill nya memasak Sambal Malas dan semalam pulak buat roasted honey chicken. Waaaa... not bad! Aku baham ja. Erkkk... Alhamdulillah.
    Bunga sebelah mummy tu pun banyak tumbuh di sini. Ada yg bergantung juga. Mummy lentok ke kiri... klik!
    Kanan pula... klik!
    So sekali lagi pada orang Ipoh terima kasih atas kiriman yang banyak tu... tengkiu, tengkiu...
    .
    Bye semua.
    .
    **** ** ****

    5 Comments:

    Blogger indera kencana said...

    Hehehehehe (jap2x.. nak gelak dulu!!)

    Iklan Mat Sentul tu ada lagi la Zam.. Tapi sekarang bukan Dindang ke Kum Kum ke segala bagai, tapi Cocopie...

    Haaahhh?? Ada tugu nama ko Zam? Oohhh... tidak!! Aku cemburu... Kenapa la takde nama aku? Huhuhuhuhu... tapi aku tengok tugu tu macam Rabbit je...
    **kes cemburu tak abis lagi**

    Lawa sedara ko Zam... (ngehngehngeh)

    5/23/2008 2:37 am  
    Blogger afid said...

    wahh..kembOng perOt tu nak ngabihkan twisties sume tuh..dendang sama tora ada jugak ke?wakakakka

    5/23/2008 4:13 am  
    Anonymous Anonymous said...

    apa kelas makang potato chips sokmo..twisties jugak jadi pujaang.. :-p

    dbi

    5/26/2008 7:24 am  
    Anonymous Anonymous said...

    eeeeeee....jelousnya tengok minah2 gedik ipoh tu...

    yang penting dlm byk2 tu lepat pisang....

    cian baby kasut tak muat nanti c.og cari yg lain ekkk

    heheheheh

    5/26/2008 9:23 am  
    Blogger asr said...

    Indera Kencana: Ooo.. laku lagi mat sentul ya? Bukan rabbit lah, apa ntah pun aku tatau, ahak.

    Afid: Dindang tora nini choki2 semua ada, ahak.

    Dbi: Betul lah... dulu cheezel tu nama dia O-ya kan? Faberet tu...

    Cik Og: Dema posing macam2. Ada version melompat, angkat kaki sebelah, tengok langit. Mcm cover album pun ada, hahahaa... kasut adik tu no problemo. Tengkiu bebyk.

    5/26/2008 7:00 pm  

    Post a Comment

    << Home