• Monday, April 21, 2008

    Holland: Amsterdam ~ Day 4

    Attractions: Canal Cruise Excursion, Van Gaugh & Rijk Museum, Flower Market, Dam Square & dot dot dot...

    KEJAP ja dah nak balik dah malam ni. Kami plan naik train sahaja ke Schiphol Airport nanti. Kebetulan memang ada locker kat Amsterdam Centraal Station so kami tinggalkan luggage kami yg bagak2 kat situ. Seperti biasa hari terakhir memang di peruntukkan masa untuk tour bandar tempat menginap, in this case Amsterdam la kan.

    Di depan Amsterdam Centraal station. Bas, tram, train semua di sini...
    Basikal pun sama, hahaha... Org awam sini memang suka berbasikal, sampai bertingkat2 tempat parking dia!
    So untuk memulakan hari, kami amik one hour cruise tour by a company called Lovers. Bagus jugak naik boat ni, dia menyusuri canal2 di Amsterdam ni dan menceritakan tentang sejarah dan bangunan2 di sepanjang sungai itu. Tapi sebab sibuk melayan adik dan kakak kami pay very little attention pada tourist guide tu. Apa tah lagi bila cruise yg kami naik ni juga di kongsi bersama dengan sekumpulan student dari mana ntah yang asyik buat bising sembang sesama sendiri. Suara tourist guide tu pun macam dengar tak dengar ja. Pun begitu bagus jugak lah amik cruise ni, dok rileks lihat bangunan dia yg berbentuk kotak2 tu di kiri kanan... Sesekali bukak tingkap angin pun menerpa masuk menampar muka. Dingin.
    Naik cruise bukak bekal, bedal!

    Mummy posing ngan adik...
    Adik buat hal sendiri... kakak dah hilang, main kawin2 ngan fahmi kata auntie Sue! hahahaaa...
    Kami dari semalam lagi dah beli one day tram ticket untuk hari ni. So agar tak kerugian, kami pun make use to the utmost la kan. Cruise tadik berakhir kat Amsterdam Centraal dan dari situ kami pun amik tram dan berenti kat stesen Hobbemastraat, kat sini lah terletaknya Van Gaugh Museum dan juga Rijk Museum.


    Rehat jap... kakak dah terlentok!
    Rijk museum ni banyak menempatkan koleksi seni artist terkenal mereka, Rambrant. Kami tak le masuk, just tengok dr luar ja. Kalau masuk kang tak sempat pulak nak ke tempat2 lain. Tapi bangunan dia yg gah itu telah di bina oleh arkitek Belanda bernama Petrus Josephus Hubertus Cuypers, tu dia nama nak terkrolap lidah menyebutnya, hahahaaa. Dia ni juga di gelar the grandfather of modern Dutch architecture. Peliknya apasal pulak grandfather, apsal bukan father? Cuma mereka dan keluarga mereka saja yg tahu...

    Rijk museum bersebelahan dgn laluan tram...

    Lagi dgn Rijk Museum...
    Di antara Rijksmuseum dan Van Gaugh museum ni ada sebuah padang yg luas dan ada I Amsterdam. Ramai orang bergambar disini begitu jugalah kami. Kakak masa ni nyenyak tido tapi bergambar tetap bergambar, tak kasi can... hahahaa.

    Bergambar family, kakak tido nyenyak dlm stroller...

    Mummy posing solo plak...
    Beralih kepada Van Gaugh museum, ianya sebuah bangunan moden yg menempatkan lukisan2 pelukis terkenal Vincent Van Gaugh. Kat situ ada 200 painting dan 437 drawing hasil tangan dia manakala yg selebihnya ada di pamerkan di beberapa buah museum yg lain di Holland ni hatta di negara2 lain juga seperti di US, Jepun, Jerman dan juga Perancis. Selain dari melukis dia ni juga merupakan penulis yg baik. So kat dalam museum tu pun ada di displaykan surat2 yg dia karang dan jumlahnya lebih dari 800 keping. Sebenarnya aku yg ber-ia2 nak ke sini, tapi guess what? Sebab asyik bergambar dengan "I Amsterdam" dan juga melihat keindahan senibina Rijk Museum, bila balik rupa2nya sekeping gambar pun aku tak tangkap berlatar balakangkan Van Gaugh museum ni, huhuhuuu...
    Mummy & Ummi di bumi Belanda...
    Tengok jam, kami ada kurang 5 jam lagi sebelum kena berolak ke airport. So naik tram lagi dan kali ni berenti kat Koningsplein station pulak. Apa ada sini? Haaa... kat sini ada flower floating market. Ni sapa sapa mai sini mesti kena datang ni. Beli tak beli lain kira, tapi kalau dah datang, tak nak beli pun mesti terbeli juga, ahak. Kat sini banyak di jual benih bunga dan bunga hidup. Macam2 jenis. Hati teringat nak aja beli satu dua benih bunga dan pos kat keluarga di Mesia. Manala tau kot buleh tumbuh pokok tulip, hahahaa... tapi memandangkan usaha itu pastinya sia sia so hasrat itu di batalkan. Souvenir kat sini pun mughah2... sampai boleh terbeliak dan terjojol biji mata, so awas, kira duit betul2 jangan sampai membazir pulak. Tapi jangan beli kat kedai2 bertentangan flower market ni, kat situ mahe sikit le reganya. Time ni perut pun dah berkeroncong. Bila sampai kat hujung flower market ni kami terus join Mozak yg tgh soroo di Mc Donalds.

    Macam2 jenih bunga ada ni... pilih mana suka.
    Destinasi seterusnya ialah Dam Square. Ianya macam trafalgar square kat london ni atau kalau kat mesia macam mana ya? macam square kat depan masjid putrajaya tu la kot. Lebih kurang la. Cuma kat sini dia betul2 di tengah2 town so di kelilingi banyak bangunan termasuklah wax museum atau lebih di kenali sebagai Madamme Tussaud. Ditengah tengahnya pulak adalah National Monument yg di buat dari batu putih dan monument ni telah didirikan pada tahun 1956 bagi mengingati mangsa2 perang dunia ke-2. Tapi yg peliknya apsal la mangsa2 ni bogel2 semuanya? Mana baju mana seluar? Dah terbakar masa perang kot, hahahaa...

    Tram ke Dam Square berenti kat Plaza Magna ni... aku assume shopping complex la, tak masuk pun.

    Madame Tussaud... ni orang betoi ka patung? Nampak cam real ja, ahak...
    National Monument... mangsa perang yg kehilangan baju dan seluar... cian.
    Selain dari itu, di dam square ini pun ada department store, De Bijenkorf. Bangunan lain nya adalah Royal Palace yg dulunya pernah menjadi city hall dr tahun 1655-1808. Kat depan Royal Palace ni diorang baru nak pasang ferries wheel. Bak kata En. Mozak, kalau dah pasang awal boleh lah kami naik seround dua. Ya dak? Kami dok la lepak2 jap kat Dam Square ni. Tiba-tiba... tak de ribut takde angin, kakak tergolek summer sault dr kerusi tu terus ke lantai. Kepala jatuh dulu. Apa lagi, menjerit la dan dahinya pun luka bersagat dengan lantai simen yg tak rata tu. Cuak jugak aku. Nasib tak apa apa. Nanti kalau kakak dah besar, kalau ada rezeki ke mari boleh la dtg tengok tempat jatuh lagi dikenang ni... hahahaa. Masa tu entah daddy ada lagi ke tidak, tak tahu lah...
    Belakang ferries wheel tu la Royal Palace dan bench batu ini la tempat kakak jatuh tersembam.
    Clog ini yg terbesar kami jumpa semasa di Amsterdam ni... depan kedai souvenir kat Dam Square.

    Dari sini kami melilau lilau tatau nak ke mana lagi. Sebab secara keseluruhannya kami dah cover tempat tempat yg kami nak lawati. So instead of amik tram ke Amsterdam Centraal, kami decided to go by foot sahaja. Jalan punya jalan kami ingat nak pekena kopi, dah sampai dah kat Cafe De Waag yg unik bangunannya. Tapi tempat tu penuh orang duduk. Memang tadak tempat kosong apatah lagi untuk kami yg 9 orang termasuk ngan anak2 ni. Terpaksalah carik tempat lain tapi nasib pun, kat kedai tu busuk bau masam lah sebab semua yg lepak kat luar tu dok minum air kencing syaitan, ahak, kasar ke bunyi nya? hehehe...
    Inilah dia Cafe de Waag... ada style kan bangunan dia?
    Banyak beno jambatan kat Amsterdam ni...
    Say cheeeeeese... klik! Holland merupakan pengeksport cheese terbesar dunia.
    Sekejap sahaja rasanya 4 hari di Amsterdam. Apatah lagi bila berjalan dua family begini. Gamat dengan kerenah anak2. Apa lagi yg menggembirakan dr dapat melihat reaksi mereka yg riang berkejar ke sana sini. Nangis dan meragam sikit2 tu biasalah. So kami pun amiklah train ke Schiphol airport dan tepat jam 9.55 malam kape terbang mughah easyjet pun meninggalkan bandar Amsterdam. Hajat mummy nak melihat Keukenhof dan ladang tulip yg bak hamparan sawah sejak kami mula datang ke UK ni pun dah tercapai. Kakak pun cukup suka sebab banyak kenderaan awam yg dapat dia naik di sini. Kejap kejap kakak cakap: Kakak on boat, pastu kakak nak tram... pastu kakak on train... kakak aeroplane... mummy? daddy? adik also! lawak lah kakak ni. Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yg di rancangkan. Thanks juga pd mozak yg banyak buat study sebelum ke sini thus memudahkan lagi trip ini. Ada rezeki kita ulang lagi.

    Kakak sempat bergambar dgn replika lembu yg ada lukisan Holland's attractions ni kat Amsterdam Schiphol Airport sebelum boarding.

    Oh ya... bila pi Amsterdam ni, mesti ada yg tertanya2... tempat yg merah merah tu tak pegi ke? Jawapannyaaa...... tak mo jawab lah! hahahahaaaa....
    .
    Rahsia!
    .
    **** ** ****

    5 Comments:

    Blogger indera kencana said...

    Hamboooiii... siap buat study pasal the red area lagi, naa..??

    Apasal lagi dorang suka sangat minum benda alah tu..? Minum Teh O Ais kan lagi sedap..

    Zam, aku nak perfume..
    Engkau poskan kat aku satu botol besar Tommy, ek!! (Nanti aku TT kat engkau... Aisehh.., lepas ke kalau courier tu? Aku melawak je la!!)

    4/22/2008 2:24 am  
    Blogger asr said...

    Dah budaya diorang minum air tu apa nak heran, tapi org melayu kita pun ada yg 2x5, heran bin ajaib dak?

    Penah try nak courier perfume, tapi diorang xmo terima, inflammable.

    4/23/2008 9:28 am  
    Blogger afid said...

    wa!!sgt syok pg holland!!cik azam mau pg mana2 cakap la..mo kirim fridge magnet!!huhuhu...muka tak malu seiiiiii

    4/24/2008 5:12 am  
    Blogger DBI said...

    sentap..ade rahsia pulak..
    ni mesti pergi ni...phewwww..so camner??

    4/28/2008 7:39 am  
    Blogger asr said...

    afid: Ooo suka kumpul fridge magnet ke? Tengok lah kalau ada rezeki lain kali...

    dbi: Aku tutup mata time tu, seraaammmmmmmm! hahahaa...

    4/29/2008 9:39 am  

    Post a Comment

    << Home