Holland: Amsterdam ~ Day 1 & 2
Attractions: Keukenhof & Zaanse Schans
Zasssssss!
.
BEBERAPA hari sebelum pergi aku email mozak: Orang pakat boikot barang Belanda, kita pulak ke sana... Dia balas: Tak pa, nanti buleh kita maki & sepak mamat tu! ahak. Sebenarnya kami dah merancang nak ke negara yg 2/3 dari kawasannya di bawah paras laut ini lebih sebulan yg lalu. Sabtu sebelum pergi tu sempat lagi turun badminton, kemudian bergegas2 terus bertolak ke airport London Luton. Jem gilos, gerak cam semut. Flight pukul 3 tapi time pukul 1 kami tak sampai pun separuh jalan lagi.
Kakak kusyuk baca safety manual dalam kape terbang mughah easyjet...
Alhamdulillah Allah mudah kan perjalanan kami, bila check in ja, tak yah tunggu2 terus naik kape terbang. Kami sampai di Schiphol Airport Amsterdam jam 5 petang. Memandangkan masih awal dan langit pun cerah dapat lah kami berlenggang2 & bergambar2 dulu. Kat luar angin sejuk jugak lah walaupun ada matahari. Nasib bawak baju tebal kakak. Nak ke hotel tu kami naik satu mpv, mercedez lagi you... ahak. Yg bess nya kat sini, kalau naik teksi ke mpv ke van ke rega dia sama ja, tak kira keta jenama apa, tak kira berapa kepala, dia cuma kira ikut jarak sahaja... canteeeek!
Amsterdam dr dalam kape trobang...
Dah sampai...
Hotel tempat kami bermalam kali ni ialah HEM Hotel Amsterdam. Seperti biasa hari pertama memang mummy dah siapkan bekal. Kali ni mummy buat ayam masak itam resepi Mak di Ipoh. Lauk ni kering so tak risau kalau kuah tumpah ke hapa. Malam tu tido cepat, esok kita nak bangun awal ni.
Sungai berdekatan hotel tempat kami menginap...
Esoknya, turun2 saja kat lobby dalam pukul 8 pagi tu, Mozak satu family dah tunggu. Apa lagi, gerak lah. Dari hotel kami amik tram terus ke Amsterdam Centraal station pastu naik train ke Leiden Centraal dan dari situ memang ada bas untuk ke Keukenhof. Jauh jugak rupanya Keukenhof ni, satu jam lebih jugak lah perjalanan kami nak ke mari. Sampai sampai tak payah Q sebab kami dah beli tiketnya online.
Bila masuk di sambut oleh 2 minah lonjong ni. Makin kemetot terus aku!
Time spring camni, sapa sapa yg mai ke Holland mesti nak melawat ke Keukenhof. Sebabnya garden ni hanya di buka selama 2 bulan sahaja setiap tahun. Macam kali ni dia buka dari 18 Mac sampai 18 Mei. So kalau sesapa nak pi sempat lagi ni, ahak. Keukenhof ni dulunya adalah tempat memburu. Selain dari tu herba herba untuk kegunaan sebuah istana milik Jacoba van Bieren juga di ambik dari kawasan ni. Tapi bila Jacoba ni dah kalah, so Keukenhof ni pun jatuhlah ke tangan orang kaya2 kat situ. Diorang ni lah yg akhirnya panggil 2 org arkitek lanscape terkenal masa tu, J.D dan L.P Zocher, untuk designkan taman kat sini yg berkonsep kan inggeris. Keukenhof ni pertama kalinya dibuka kpd org ramai ialah pada tahun 1949.
Tulip merah yg menawan...
Tulip campuran 2 kaler...
Adikkkkk... look only, dont touch!
Besar jugak taman ni. So kami plan nak spend half day kat sini. Memang banyak bunga tulip. Ke kiri tulip ke kanan pun tulip. Depan tulip belakang pun tulip, tapi tak semua dah kembang. Daffodil dan bunga derby yg berbau harum macam bunga tanjung dan bunga bunga kat kubur pun banyak, hehehe. So wangi ja taman ini. Kalau malam2 mesti seram. Kakak bukan main lagi suka berlari ke sana sini. Adik kebanyakkan masanya tido. So banyak gambar kakak dan mummy sahaja lah. Sekali2 daddy enterframe la jugak, ahak!
Kudup bunga tulip yg belum kembang...
Bergambar satu family...
Kalau nak beli souvenir jangan beli kat sini. Mahal! Tapi kalau nak jugak amik lah satu dua. Sebab souvenir dia sama ja dan ada juga di jual di luar dengan rega yg lagi murah. Kakak nak jugak windmill mainan tu. Aku pulak tak mo belikan, sebab tau sah sah tak sampai 10 menet mesti rosak punya macam kat Istanbul hari tu. So bila mummy dah beli seketul fridge magnet Keukenhof cepat2 aku angkat kakak bergambar ngan kasut clog bersaiz giant ni, hehehee... pastu aku treat her ice cream. Bila daddy nak pow sikit kakak kata: Nooooo... ini kakak punya! Aisey, adik bangun kejap pastu tido balik.
Lima anak bertuah... Haziq, Farah, Nabila, Fahmi & Fasha.
Memula tu aku ingatkan Keukenhof ni ialah ladang bunga tulip yg terdampar macam sawah bendang. Rupanya tidak, dia cumalah taman yg di design cantik dengan pelbagai bunga terutama tulip yg di tanam bertompok2. Yg menariknya taman ni di buat di tengah2 hutan di celah celah pokok2 yg besar2. Kalau macam ladang sawah tu buleh jugak lah buat aksi Shah Rukh Khan & Kajol dalam cita Dilwale tu. Buleh guling2, lari2 di batas bunga tulip sambil selendang mummy melayang2 di tiup angin, tup tup hilang, tetiba muncul pulak kat celah celah pokok bunga yg lain, time ni baju pun dah siap bertukar kaler belang belang kuning hijau dan merah, hahahaa... bess kan?
Nampak tak Shah Rukh Khan & Kajol kat ujung sana tu?
Tuje dekko toye jaanna sanammmm..... ahak!
Kat sini juga ada greenhouse yg menanam & menjual bunga2 tulip & bunga2 yg lain. Dalam greenhouse tu memang panas dan kat situ semua bunga boleh di katakan dah berkembang dan juga terlebih kembang. Ramai orang kat sini sebab dia sekali kan dengan restaurant. So sesak2 dan susah juga nak ambik posisi yg baekk untuk bergambar.
Bunga yg sama kaler ngan tudung mummy...
Sukanya kakak...
Dalam sini pun ada water fountain... baru la nyaman sikit...
Kat luar greenhouse ni pulak ada kawasan lepak lepak dan berlatar belakangkan seketul windmill. Bilah2 dia tu masih berpusing dan kita buleh naik ke atas utk melihat pemandangan Keukenhof dan sekitarnya. Adik masa ni tido, so daddy naik ngan kakak ja. Kat sini jugak banyak juai strawberi makan ngan gula icing. Mummy taram sampai 2 gelas! hahahaa... sedap le tu gamaknya. Aku cilok seketui 2. Memang luas kawasan Keukenhof ni. Jap je kat atas tu. Dah mummy berjaya snapkan gambar, kami pun turun ler.
Windmill ni beroperasi sehingga tahun kita merdeka, 1957. La ni tourist attraction only.
Daddy ngan kakak kat atas windmill...
Kalau betui2 nak lepak satu hari kat sini pun oke sebenarnya. Tapi memandangkan kami plan nak pegi ke perkampungan Zaanse Schans, kami pun terus uitgang (keluar) dari garden ini. Lagi pulak langit pun dah mendung dan hujan pun dah mula turun rintik2.
Sempat lagi posing sebelum balik, tambah kaler putih jadi warna jalur gemilang...
Kami amik semula bas ke Leiden Centraal dan dari situ amik train ke station Amsterdam Sloterdijk pastu tukar pula train ke Kooj-Zaandijk. Bila sampai situ kami jalan kaki saja ke Zaanse Schans. Sampai sini nasib baik ada sign board tempat2 menarik untuk di lawati. Zaanse Schans ni letaknya di seberang sungai. So masa kami nak ke situ kami tengok jambatan dia dah tutup daaa... nasib lah ada dia bagi alternatif route dan kami kena naik boat. Sampai kat tempat boat tu lengang la pulak. Tadak sapa, kami je 2 family. Ingat nak berpatah balik, tetiba ada 2 locals yg dtg tunggu boat tu. Rope2nya boat ni beroperasi sampai malam dan yg paling bess perkhidmatan ini percuma. Yesss!
Windmill ni sebelum cross sungai Zaan utk ke Zaanse Schans...
Kat Zaanse Schans ni memang banyak windmill. Tak kurang dari 5 windmill yg kami nampak dan windmill2 tu semua pun ada nama2 diorang yg tersendiri. Kakak pun suka tengok windmill2 tu. Adik? ...tido lagi, huh! Area ini jugalah merupakan typical Zaanse village di kurun ke-17 dan 18. Lanscape diorang tu cantik dan mungkin sebab ramai tourist datang sini, rumah2 diorang yg dimonopoli kaler hijau dan putih ni nampak bersih sekali. Kami tak spend lama kat sini sebab by the time sampai pun dah pukul 5 petang lebih. Yg penting dapat bergambar melihat kawasan perkampungan belanda ini dengan windmill yg elok bersusun di tepi sungai Zaan. Lawa.
Gambar kenangan 2 family...
Rumah rumah disini yang mana di kelilingi air di sambungkan dengan humped-bridge. Memang style diorang buat bridge ni jenis melengkung camni. Kalau kita straight je kan, tak pun letak je batang pokok kelapa, habis cerita. Tapi itu lah yg menambah unik kan lagi panorama di sini. Kat area ni kalau datang awal buleh lah masuk museum pakaian antik dia. Time kami sampai tu dah tutup so mummy je bergambar kat luar. Suasana kampung ni macam di langgar Garuda. Sekali sekali baru kami nampak org lalu lalang.
Semua jambatan dia cenggini...
Jauh ke dalam tu byk attraction lagi tapi kami tak pi...
Cukup lah tu buat hari ni, tapak kaki pun dah pedih menapak. Tapi semangat masih kuat lagi. Gambar pun dah di tangkap lebih 200 keping, sampai tatau nak pilih yg mana masuk blog ni. Haru! Kami kembali ke stesen Kooj Zaandijk dan amik train ke Amsterdam Central semula. Kat situ kitorang pekena makanan Labenese sebelum pulang semula ke hotel. Habis dah satu hari. Langit pun dah gelap. Kita tunggu esok pulaaa.... ke mana ya?
.Zasssssss!
.
**** ** ****
3 Comments:
Kat kampung tu tepi sungai Zaanse tu ada juei Teh O Ais tak?
Rope-rope nye kome ke Holland!! Patut lama aku tunggu ngape le Azam ni tak update2 blog... makan angin deme nih!!
Tima kasih la ye Zam sebab menyampai hajat aku nak tengok gambor tulip banyak2... Masa kau pegi Istanbul dulu, keta kuda rosak. Frust aku. Tapi tak sangka lak kat London pun ada Tulip. Habih ati aku dapat tengok gambor Tulip tu suma..
Salam
bestnyer..berjalan2 lg kojenyer
..ramai muslim tak kt sana?
x de diskriminasi la kiranyer wpun kes filem Fitna tu lom habis lg?
ni kau amik cuti taunan ker.....
~Nani~
Indera Kencana: Teh O Ais tak tau la aku, todi ada kot? hahahaa... memang dah byk tulip kat London ni tapi tak sbyk yg kat holland nu...
Nani: Ramai gak pompuan bertudung kat sana. Ya aku amik cuti tahunan, dah tu ko ingat aku ngulor sampai ke sana ke? Ayo!
Ahak...
Post a Comment
<< Home