Salju Di Danau Rindu
SNOW turun lagi. Biar betul??? Dah April pun ada snow? Ya betul... snow turun lagi kat London ni. Kali ni lebih lebat... seronok lah kami, yabeda beduuu.... Tak sangka sungguh. Ini real punya climate change. Kakak masa tengok kat tingkap bilik dah start jerit2: snow!!! snow!!! tapi aku tahu excited dia kejap je tu. Sat lagi meragam la bila di bawa keluar. Tungguuuu....
Playground belakang rumah kitorang cantik bila putih diliputi salji. Tapi tutup pulak dah. So kitorang tengok je dari luar. Tapi pagi tu masa berborak di talipon dgn Mozak, dia bagi idea untuk bergambar kat Holland Park. Kebetulan adik & kakak pun memang dah bangun tido. Tak yah mandi, siap siap, bungkus bungkus dua beradik ni dalam baju tebal, moh kita! So apa lagi, lebih kurang pukul 8 pagi kami pun bergegas lah 2 family ke situ. Glove kakak dah nak pakai, snow cap pulak dia tak mau. Asyik nak bawak umbrella dia saja, isk isk isk...
Kat Holland Park time tu memang sunyi la, sapa nak ke taman pepagi sejuk2 camtu kan? Ah... tak kira. Kami redah juga. Memula tu elok saja kakak nak berjalan. Tengok Fahmi dah Farah yg excited menggumpal buat snow ball. Pastu makin lama makin slow langkah nya dan mulalah nak berdukung saja. Kakak dah mula sejuk lah tu. Tu lah, suh pakai snow cap tak mau. Dah la pegang payung pun tak betoi, habis la kepala tu di timpa salji. Balik kang kena mandi ni... eh, memang kakak belum mandi pun, ahak!
Suasana yg bertukar putih sana sini memang seronok untuk di pandang. Cantik. Apatah lagi London ni nasib nasib saja dapat snow ni. Tapi yang paling aku suka tengok bunga tulip kat Holland Park yang menakung salji. Unik pulak rasanya sebab tangkai tulip tu lebih tinggi dari pokok bunga yg lain dan kat atas kelopak dia snow berkumpul sejemput sejemput. Cung. Bunga lain pun camtu tapi yg tulip tu lebih sikit nilai artistik nya. Artistik kebenda? hahaha... hentam sajalah labuuu...
Tulip kuning air... buleh kesan tak di mana nilai artistik nya? hahahaa...
Tulip pink pulak... cung kan?
Tulip pink pulak... cung kan?
Yg ni bukan tulip, bunga apa nama pun aku tak tau... adik, kasut mana???
Pastu kami gerak ke Kyoto Garden pulak. Kat sini kakak dah makin meragam menangis manjang. Nak berdukung saja. Rambut dah basah. Telinga dah beku. Pujuk suh pakai snow cap tak mahu juga. Sejuk lah tu... kan dah cakap, awal awal je excited nya. Sabar kakak, sabar ya... mummy tak puas bergambar lagi tu. Daddy pun apa kurang nya, ahak, adik tido dalam stroller. Sian kakak. Sabar kakak ya, jaaaaap ja lagi kita balik.
Kat Kyoto Garden ni pun sungguh cantik, sebab salji yg turun tidak terusik, nampak lembut bak hamparan baldu. Kalau di kepal kepal letak sirap kaler merah kuning dan hijau, kemudian di sedut slurrpppp slurrpppp tentu sedap dan menyegarkan. Emmmm teringat pulak ais kepal seposen seketul yg selalu dibeli di zaman bersekolah agama rakyat dulu. Atau pun salji tu di cedok diletakkan dalam mangkuk di tambah dgn kacang, jagung, cendol serta jelly yg berbagai kaler, dituang susu pekat dan susu cair carnation bersilang2 dengan sirap likat yg warnanya merah menyala, ditambah pula seketul laici bersama satu scope aiskrim yang menggiurkan. Kemudiannya di cedok dan disumbatkan perlahan2 ke dalam mulut... sluuurrrpppp dan suasana pun seakan senyap tiba2, mmmmm, lazat nyiiierrrr! Leh bayang kan tak? hahahaaa...
Kehadiran seorang mummy dan seorang ummi menambah cantikkan lagi Kyoto Garden, puji skit!
Kakak & daddy dengan pose ntah hapa hapa...
Kesian pulak tengok kakak yg dah tersedu sedu menangis so kami decide untuk pergi breakfast kat Malaysia hall. Cukup2lah sajli tu. Sampai sampai tutup pulak dah. Divert pulak ke Bonda cafe dan masa ni aku tengok kakak dah terlentok dalam car seat dia. Tak sampai hati nak kejut so aku turun sorang pi tapow nasi lemak. Masa on da way nak balik tu, lalu kat Hydepark dan pemandangannya sungguh cantik sekali. Nak berenti tapi kakak tido lagi, camna ni ya? berenti jugaklah tepi jalan, bergambar dr tepi keta dan tak payah lah kejut kakak yg tengah nyenyak.
Kat Hyde Park ni sabtu ahad and public holiday pun memang parking kena bayar. Tapi aku tengok hari tu mamat yg tukang saman keta tu macam tak dtg kerja ja, aku pun apa lagi berenti je lah sesuka hati. Tangkap gambar cepat2 pastu blah, berenti lagi di tempat lain pulak. Yg bess nya sempat lagi tu aku kaut salji tu buat snowman. Mummy & adik tunggu kakak dalam keta. Dah lah kelam kabut, risau gak mamat saman tu muncul tiba tiba, glove aku pun ntah ke mana. Demi snow man, aku kaut salji tu with my bare hands dan cuba buat jugak. Makin lama makin kebas tapak tangan aku ni. Jangan la cuba cuba korang buat. Snow bite ni memang pedih siot! Rasa macam melecur, macam tersiat siat kulit pastu dilumur garam. Fuh, perit! Bila dah sakit giler cepat cepat aku masuk keta dan letak tapak tangan kat heater. Gerun jugak lah kot kot mati semua sel sel tapak tangan aku ni, tak ke naya!? heheheee... Pun begitu, akhirnya berjaya juga aku siapkan snowman yang cinonet yang tak sepertinya itu. Boleh lah aku tunjuk kan gambarnya kat kakak bila dia bangun nanti.
Cepat2 snap pastu masuk keta balik. Kawasan tepi jalan lengang kalau tengah2 Hyde Park ramai yg bergambar.
Dah habis tu kami pun balik lah ke rumah. Memang kakak suka bila aku tunjuk gambar snowman yg kat atas tu. Petangnya pula kami menerima tetamu dari Leeds, Bad satu family bersama makcik dia yang datang dr Mesia. Pada Bad jangan serik dtg ke rumah kami lagi ya dan harap dah selamat sampai ke Leeds semula.
So itulah dia kisah kami yg excited dapat snow. Tapak tangan aku pun dah tak sakit lagi, malah makin laju pulak bila menaip entry ni. Kalau camni, kena selalu ada salji lah! hahahaa... chiow dulu. Jaga diri dan jangan malas mandi!
.
Salam....
.
**** ** ****
9 Comments:
Hah..?? malas mandi..?? Bila aku malas mandi..??
Korang mendera kanak-kanak. Kesian Anna Nabila menangis. Takpe.. jangan nangis. Nanti Ankel babap Daddy tu nanti. Biasa tu...!!
Waaahhhh... aku terkesima tengok gambar-gambar dalam entri ni. Walaupun muka korang memang nampak gelap dalam entri nih hehehehehe tapi gambar-gambar ko amik memang cantik betul Zam (opppss Lina juga..) Aku paling suka gambar Lina di depan tulip kuning air, gambar Lina & Sue, dan gambar engkau tgh dukung Haziq di Hyde Park. Seriussss... memang cantik betul!!!!
Aku dah dapat sms engko. Hahahahaha... sorry lambat balas. Engkau terima balasan aku tak..??
Sorry lambat balas... sorry gak kalau sms aku ganggu ko tido.. :)
waaaa...leh guling2 mcm winter sonata..hahahha..suka bunga tulip yg kale pink n kuning tu..mcm gula kapas pun ada gak..
cung nyer....tebalnyer snow..
selalunyer snow tak turun kat london kan???
Rugi kitorang tak pegi Hyde Park hari tu. Kalau takde plan ke Swindon tu mesti kitorang dah guling-guling punyer kat tepi Serpentine tu. Takpe, kita simpan agenda ni untuk tahun depan pulak eh...
Lawanyer...
selama kau dok London ni fes time ker?naper kt London jarang2 leh dpt snow eh?
gambar kt Hyde park tu cam gbr itam putih lak...:-)
entah2 korang je eh..y dok berjalan2 n amik gbr kt park tu...heee
~Nani~
Indera Kencana: Sebenarnya kamera kitorang ada snow mode, tapi lupa nak guna, kalau tak mungkin lebih terang kot... ya sms di terima. :)
Afid: Ya macam gula kapas, rasa nak ngap ja kan, hahaa...
Dbi: Memang kat London ni ja-ghang ja-ghang dan kad-dang kad-dang, tu yg terlebih excited tu. :)
Su Rahim: Takpa, next time insyaAllah ada lagi. Mungkin bulan Mei pulak kot? Ahak. Byk shopping di swindon?
Nani: Bukan 1st time, tapi selalu tu ciput2 sgt. Kalau ko pi tengah Hyde Park ramai melayu time tu. Cam re-union ooo...
:)
wah bestnyer snow kat sana tue....dan cantik lak gambar yg bunga tulip kena snow tue...
mr & mrs Nadzri: Ya cantik. Barcelona pernah turun salji ke tak, ntah?
Post a Comment
<< Home