• Wednesday, April 23, 2008

    Spring Bowling Tournament 2008

    SEJAK bulan Ogos tahun lepas, sampai la tournament ni aku tak penah pun pegang bola bowling. Tu la sebab bila dapat sms dari Yohan tentang Spring Bowling Tournament anjuran Malaysian High-Comm ni aku berbelah bagi nak masuk ke tak? Akhirnya aku daftar juga memandangkan kalau saja saja nak pi main memang takde kaki, so masuk je lah. Kalah atau menang belakang kira. Perlawanan ni berlangsung sabtu lepas, 19.4.2008. Masa sampai kat Airport Bowl tu tak ramai lagi yg hadir. Memang sengaja kitorang datang awal, saja bagi kakak masa untuk adapt ngan environment kat situ, kalo tak nanti asyik nak bergayut kat leher daddy ni, payah lah nak main. Teruslah ke meja daftar & bayar £15, bayaran tu termasuk air mineral dan juga sandwich. Alhamdulillah nyum nyum.

    Siapakah yg bakal menggenggam trophy & hadiah2 ini??? Tungguuuu...
    Kita tengok siapa yg kenaaaa.... : Riz, Airul, Azman, Aku & Azahari...
    Ramai peserta yg datang membawa bola dan kasut masing2. Aku jugak yang turun ke bawah pilih pilih bola kat rail dia tu, huhuhuuu... kesian, tapi tak kisah lah kan. Bila tengok diorang datang ngan kasut dan bola sendiri ni terasa-rasa pulak nak memiliki sebijik. Kalau regularly turun main berbaloi la, tapi kalau sekali sekala buang karan ja kan? Pikir2 balik boleh jugak bawak balik mesia, kat mesia selalu gak aku turun main... tengok lah camna nanti. Sementara tunggu perlawanan bermula sempat pulak kami pekena filet-o-fish dulu... Yummy!
    Kakak, supporter daddy nombor 1!
    Seperti biasa setiap peserta akan main 3 game. Banyak hadiah yg di tawarkan, bess score, bess series dan juga bess group. Ada juga hadiah untuk sapa yg dapat buat 3 strike in a row. Tahun ni aku di letakkan satu team ngan Deputy High Commissioner iaitu En. Rustam Yahya, Nasri dan juga Aishah. Team kami sahaja yg ada 4 peserta, team lain semua 3 orang sahaja. Pun begitu markah keseluruhan kami akan di kira dari 3 perserta yg mempunyai markah tertinggi sahaja. Kira fair la tu kan?

    Antara Srikandi yg dtg menyepot Srikanda...
    Ini mesti Zofri ni yg letak aku pulak sebagai first bowler, hahaaa. Ayo, gerun jugak lah, tapi tak pa... aku oke ja. Yang magiknya baling baling terus strike tu! hahahaaa... awal awal je la, lepas tu merosot lah persembahan aku. Kakak memula tu oke ja ke hulu hilir pastu bila Bobby nak gurau gurau ngan dia terus nangis. Bobby cak-cak pun tak buleh. Dengar suara bobby pun tak buleh. Tapi bila bobby offer limau, kakak amik pulak. Isk... malu lah! hahahaa...
    Tu dia... strike tak strike belakang kira, janji gaya mesti mau ada, ahak!
    Lenguh jugak tangan bila dah lama tak baling bola bowling ni. Sekali 3 game pulak tu. Akhirnya perlawanan pun tamat lah. Penyertaan kali ni tak lah seramai yang dulu dulu. Hadiah2 yang pada mulanya di tawarkan dari tempat pertama hingga ke lima pun di kurang kan sampai tempat ke tiga sahaja. Adalah dalam 22 peserta semuanya, kalau aku tak silap lah. Aku rasa ramai lagi yang boleh datang tapi malangnya ramai yg dapat tahu tentang tournament ini until the very last minute so diorang dah ada plan masing2. Kalau penganjur dapat mempromosikan & menghebahkan lebih awal tentu lebih ramai yang buleh menyertai.


    Ini game ke-2. Score aku yg atas skali tu, agak2 buleh menang tak? huhuhuuu...
    Nasib aku baik sebab team mate aku semua nya bagus2. Especially Nasri dan En. Rustam yang membuat score tertinggi 180 dan 178. Nasri siap dapat tempat ke-3 untuk bess score dan En. Rustam pulak mendapat tempat ke-3 untuk men series. Tahniah. Aku...? ada lah... tungguuuuu... hahahaaa.

    Penganjur sibuk mengira markah... kira betui betui aarrrrr!
    Akhirnya sampailah ke acara yg di nanti2kan iaitu penyampaian hadiah. Untuk acara individu malang sekali aku tak dapat apa apa tempat pun, sob sob sob... tapi nanti dulu, wait! hahahaa... Acara berkumpulan dengan tak semena2 team aku jadi juara you. Ahak... jadi tidak lah aku pulang dengan tangan kosong. Yahooooo... bukan itu sahaja, malah trophy masa Merdeka Bowling Tournament 2007 yang lalu pun baru di serah kan pada hari tersebut. Tengkiu, tengkiu...

    Kami lah Juara! Aishah, Nasri, En. Rustam, En. Rostam (penyampai hadiah), aku ngan adik.
    Menerima trophy Merdeka Bowling Tournament yg lalu dari Deputy High Commissioner, En. Rustam Yahya.
    Score aku berapa? Just untuk future reference, 1st game 157, 2nd game 138 dan 3rd game 159. Jadilah kan... Sekalung tahniah buat penganjur. Walau pun penyertaan tak begitu memberangsangkan tapi acara ini secara keseluruhan berjalan dengan lancar. Semua yang datang menang atau kalah semua nya pulang dengan hati lapang. No kontroversi atau yg tidak berpuas hati. Kalau tak menang apa apa pun at least dapat air mineral dan sandwich. Perut pun kenyang, tekak pun basah. Bravo!
    Bergambar sebelum balik...
    Dah sampai rumah, Adik dan kakak (baru bangun tido) bergaya dengan kerusi dan tropy yg di menangi...
    Yang nak tergelaknya adik cukup pelik dengan trophy tu. Setiap kali bila bagi dia pegang mesti dia ingat kan botol susu, hahahaa... kelakar. So inilah dia keputusan sekadar yg aku ingat (kalau tak silap aku lah):
    Bess men score: 1st Bobby, 2nd Azahari, 3rd Nasri
    Bess men series: 1st Zofri, 2nd Azahari, 3rd En. Rustam
    Besss ladies score & series: 1st Rashidah, 2nd Rose
    Bess group: Group aku laa... tempat kedua dan ketiga? Ah, tak kisah la sapa dapat pun, ahaahahahaaa....
    So itu sahaja lah dia nya aktiviti minggu lepas. Ada sapa sapa nak turun main bowling? Ada?.

    Jom!

    **** ** ****

    2 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    Ok la tu. Second round dpt 2 strike 3 spare. Yang satu lagi tu kenapa ek..?? Yang tu bola jatuh longkang ke masuk goal?? Hehehehehehe...

    4/24/2008 4:54 am  
    Blogger asr said...

    Tu lah dia nya, yg satu lagi tu saja ja nak bagi team-mate lain score lebih, hahahaaa... logik dak?

    4/29/2008 9:37 am  

    Post a Comment

    << Home