Ulang Singgah: Brighton
YESSSS aku menang! Hahahaaa.... Menang bid barang kat ebay. Barang second hand tapi bess jugak sebab kadang2 barang2 tu elok2 lagi dan rega pun kita buleh dapat murah. So kitorang pun pi la ke Brighton untuk amik barang tu sebab benda tu by collection only. Lagi pun buleh jugak spend sabtu kami kat situ. Eh, apa barang yg aku dapat? Aku dapat baby back pack jenama Karrimor, jenama apa ni? Ntah. Tapi kalau baru, reganya £70 tapi aku dapat kat ebay dengan rega £10.50 ja... yesss dan ia pun as good as new sebab minah yg juai tu kata dia sempat pakai 2 kali ja. Back pack ini lebih selesa di pakai sebab bila letak adik di belakang, weight dia jatuh directly ke bawah. Kalau hat yg depan dada tu rasa cam membongkok ke depan. Lagi pulak, adik pun makin berat. Hat yg ni lain sikit, lebih selesa dan kalau nak sakit belakang pun lepas tu baru terasa... hehehee...
Dan ia buleh di bukak kakinya jadi kerusi, senang mummy nak kasi adik mamam...
Masa kami ke Brighton tu kebetulan Fizan & family memang dah lama plan bercuti di situ. Kami pun calling calling lah. So lepas amik barang tu terus sahaja ke Brighton Piers. Dulu dah mai sini, masa tu adik tak ada lagi. So kami lepak lepak lah tepi pantai dia. Angin kuat sampai berair mata adik. Pantai dia tadak pasir tapi penuh ngan batu kecik2 yg omputih panggey pebbles dan kakak kekok jalan kat situ. Sebab ada matahari so dah ada lah satu dua mat salleh yg baring2 sun bathing.
Tak lama kemudian Fizan pun sampai dan kami bertemu di situ. Memandangkan fizan & family memang dah merancang percutian diorang kat sini, so diorang very well prepared. Siap Wan dah masak bekal dan kami pun dengan malu malu alang bercampur malu malu kucing miow miow mempow meehun goreng diorang, hahahaaa... Thanks ya. Bila dah nampak je uncle Fizan kakak mula lah nak berdukung. Isk, teruslah adik kena letak dalam stroller.
Dulu masa kami datang kami cuma sempat ke Brighton Pier ni sahaja, pastu terus balik. So bila Fizan & family nak ke Royal Pavilion kami pun setuju untuk pergi sama. Bandar Brighton ni tak lah besar mana, so pusing pusing dok tang tu juga. Sebelum ke situ sempat jugaklah kami ke town dia. Tengok ahlil muzik berkaki panjang. Sebab nak bergambar kami pun campak lah beberapa keping syiling dalam topi dia tu. Mmm... kreatif jugak diorang ni dalam nak attract org tengok persembahan diorang ni kan? Ramai yg menderma kat situ macam kami juga, sebab nak bergambar, bukannya sebab nak appreciate bunyi2an yg melantun dr alat muzik diorang tu.
Ahlil Muzik??? Phan-thang keturunan aku ahlil muzik!!! hahahaa...
Belakang tu Brighton Dome... berdepan sahaja dgn Royal Pavilion.
Kemudian kami teruslah ke Royal Pavilion ni yg telah di bina dalam kurun ke 19. Royal Pavilion ini adalah kediaman King George IV (King George IV tu gelaran dia, nama dia yg sebenanya ialah Prince Regent). Dia ni mula mula datang ke Brighton ini untuk berubat tp akhirnya terus menjadikan Royal Parvilion rumah dia sebab ahlil fizik dia kata air laut itu baik untuk mengubati penyakit gout dia. Ye ka? Ntah... mungkin la kot kan. Orang kata sakit gout ni banyak disebabkan oleh makanan laut. So kalau penyakit dia datang dr laut, ubat dia pun probably dr laut jugak lah. Logik tak?
Dari main Road buleh nampak pemandangan Royal Pavilion ni...
Ini jugaklah tempat King George IV sembunyi sembunyi dan secretly dating ngan awek dia bernama Mrs. Fitzherbet. Gossip panassss mengatakan diorang ni kawin senyap2 tapi ianya juga digossipkan tidak sah sebab agama Catholic aweknya itu tidak membenarkan perkahwinan tersebut. King Goerge IV terus lah dok sini sampai tahun 1830 dan tak tahulah gout dia sembuh ke tak sebelum dia menghela nafasnya yg terakhir.
Bess pulak tangkap senget2 camni, dr pintu gerbang dia...
Kakak baru lepas meragam...
Lepas dia dah meninggal King William IV pulak dok sini. Tapi pada tahun 1845 lepas Queen Vitoria datang melawat, diorang decide untuk menjualkan sahaja tempat ni. Maka pada tahun 1850 pavilion ini menjadi milik bandar Brighton dengan bayaran £53,000 sahaja! Nak masuk dalam ni kena bayo, dan memandang kan kena bayo kitorang pun tak masuk! Hahahaaa... bukannya apa, kami dah banyak masuk castles dan palaces dan decoration dalaman diorang lebih kurang sama. Lagi mengharukan tempat2 tu bukannya buleh bergambar. Hampesssss!
Bersama tugu King George IV
Lepas dah puas berlegar2 dan bergambar di sini, kami pun berpatah semula ke Brighton Pier tadik. Masa ni hujan mula turun rintik rintik. Kami ke situ sebab nak pekena Fish & Chip. Eh, cakap pasal fish & chip ni kan, sapa sapa dok kat KL tu pi la kat gerai2 makan kat area Ampang Point. Kat situ bukan sahaja ada di jual fish & chip, malah dalam menu dia ada juga di jual Fish & SHIPS! Waaaa.... habis lah rabak mulut korang makan, haru! Ini cerita dulu la, tak tau lah pulak menu tu ada lagi ke tak memandang kan kos penyediaan dia sudah tentu lah mahal sekali kan? hehehee... Lepas dah kenyang tu kami berpecah lah. Fizan & family terus bermalam di sana dan kami pulak balik lah ke London.
Terror jugak Amar tangkap kan gambar ni...
Mummy pun teringin nak posing sblm balik...
Esoknya aku pi Whiteleys bawak adik guna back pack tu. Kan tadik aku cakap ianya cukup selesakan, tapi kali ni aku rasa berat sekali... adakah kerana adik pakai baju sejuk yg lain yg lagi tebal menjadikan ianya begitu berat? Tak kisah lah, aku angkat saja... memang ketara perbezaannya. Bila dah sampai Whiteleys baru aku teringat, back pack ni pun ada dia bagi beg kat bahagian belakang, kita buleh isi pampers dan sebagainya. Aku pun tanya lah mummy... ada isi apa apa ke kat belakang beg tu...? Ha-ah... ada... ada isi air! katanya... Ayo, patut arrrrrr...
.
ADOIIIIIII!
.
.
ADOIIIIIII!
.
**** ** ****
6 Comments:
kelakarlah ko nie azam... ye ye jer aku baca entry nie... sakit perut aku gelak tang part last sekali tu.. psl botol air..
anyway, aku cukup enjoy baca ko punya citer2 kt UK nie. bila nak balik mesia semula?
salam cik azam, im your silent reader..hehehe(kira glemer la nih). really like ur blog..syok baca..fyi, karrimor tu setanding la ngan brand2 duter n seangkatan dgn produk2 utk hiking sume tu..
p/s: kirim cubit pipi kakak sket.:)
Haaaaaaaaahhh lega aku tgk engkau dah bersiaran balik. Ingatkan kot engkau merajuk ke, melancong ke Greenland ke, ataupun dah tersangkut kat Sufiah ke...? Rupa-rupanya ok je aku tgk..
Murahnya back pack tu.. apasal engkau beli aku punya satu, Zam?
Kalau engkau nak tahu... orang kena ghout ni memang gatal sikit. Engkau tengok je la, dalam sakit2 kena ghout pun masih ada nafsu nak berdating lagi. Aku tak la sampai gatal nak berdating pulak. Tapi tangan aku pulak yang rasa gatal-gatal (nak merasa orang tu belanja Fish N Chip pulak. Teh O Ais asik tak dpt2 je...)
Untuk makluman engkau, aku sekarang tgh sakit tengkuk. Takleh nak pusing kepala. Dah do minggu dah. Boss aku panggei aku RoboCop. Sampei ati deme ketawakan aku yg tgh sakit nih!!
tak payah dok miow miow, memang meehun tu dah direservedkan, dari pagi dok menunggu tuan dia datang
Firah: Jgn gelak kuat2 kang org ingat tak betul gelak sorang2, hahaa... balik mesti mau balik, bila tatau lagi.
Afid: Ooo... kalau camtu kira ok la jenama karrimor tu ya... Dah cubit, ahak.
Indera Kencana: Dah 2nd hand memang la murah. Sakit tengkuk ni teringat kat arwah Yusni Jaafar: Baru balik kerja bang...? Dlm cita yg dia tercekik tongkol jagung tu... Al Fatihah.
Fizan: Ye ka? Kalau kitorang tau buleh tumpang bersila dalam keta ko sekali, hahahaa...
jordan spizike
I exceptionally like your website, I can a you hand to a friend jordan shoes 2011
? Looking nourish to your visit my website browsejordan 8 retro sale
Post a Comment
<< Home