• Friday, May 09, 2008

    Summer Comes Early, I Think.

    DEMAM, letih, bangun seawal 4 pagi, pergi balik airport, begitu lah routine aku minggu lepas. Biasalah tu, hidup ada pasang surut, ada masa bz ada masa senggang, ada masa sihat ada masa sakit, ada masa penat ada masa rileks. Mood swing pun boleh jadik tetiba kalau tak kena gaya. Tu la perlu selalu rasional walau pun sesekali unconsciously tersasul juga, ahak.

    Kakak ngan adik tgh enjoy tengok katun rancangan Cbeebies...
    Kakak nak swing, kata kakak berulang2 meminta untuk di bawa ke playground. Kesian pulak. Tak pe lah, dalam kesibukan tu dapat juga menyelitkan sedikit masa, so terus bersiap. Bila sampai kat Little Venice nampak banyak pulak kedai2 di buka tepi bot2 yg bersidai, meriah dgn bendera2 kecik2 segitiga. Nampak cam bess. So singgah lah kami ke situ. Macam2 jugak barang yg di jual. Tapi aku tak tahulah pulak selaku mana sebab org ramai macam just jalan pass by sahaja. Takde pun yg beria ia singgah atau belek2 barang. Kami pun camtu jugak, jalan sempit org ramai, sesak. Payah betui nak amik gambar. Risau jugak kot tergolek jatuh dlm sungai tu, tak pasal2 nanti terus tunjuk skill berenang utk ke tebing, siap back-stroke lagi, hahahaa...


    Waterbus...

    Dah macam car boot sale pulak...
    Eh cakap pasal berenang, dah lama betoi aku tak berenang. Dulu, masa darjah 5 aku start belajar berenang. Sekolah aku ada swimming pool, sekolah korang ada? Ahak.... Masa mula mula aku cukup tak suka kelas tu sbb cikgu renang aku, Mr. Wong memang garang. Kalau tak buat betul2 macam yg dia cakap dia akan panggil dan pulas pipi sambil cakap: Sayaaaaaaaang sikiiiit! aduh, sakit kau! hahahaaa... Pastu dia suh kita jalan mengundur ke hulur hilir dlm kolam tu sorang2. Tapi lama2 bila dah reti, kelas tu lah yg paling di tunggu2. Paling bess sekali bila nampak Mr. Wong takde dalam tapi dia dok kat tepi kolam dan kemudian cakap: Free Session! Free session tu maknanya takde kelas, berenang dan terjun lah sesuka hati. Dia memerhatikan kita bersama seluar panjang dan baju kemeja dia yg kemas ber-tuck-in. Macam macam style lah kami berenang dlm tu. Style macam anjing kepala terkeluar dan 2 tangan kayuh kat depan pun ada, hahahahaaa... kelakar. Tu cerita lama.


    Idea market dia bess, tapi barang yg di jual tak menarik perhatian kami...
    Cuma topi ni ja aku rasa macam menarik pulak...
    Lepas tu kami melencong ke Lady Diana Memorial playground pulak. Ini 1st time bawak Haziq, kakak dah kali ke-2 lah. Alah, jalan kaki dr rumah kami ja jaraknya. Bess kawasan ni sebab dia buat style macam pantai. Penuh pasir cuma takde air ja. Rasanya dulu penah tulis pasal tempat ni. Memula kakak takut2 nak pijak pasir, maklum lah jarang jumpa pasir. Pastu seronok lah dia main, siap bukak kasut.
    Kakak main pasir ngan anak sapa ni pun ntah....

    Adik ngan mummy...
    Ngan daddy pulak...
    Banyak jugak benda mainan kat sini. Swing yg kakak nak naik tu asyik penuh sahaja. Malas nak tunggu turn sebab yg naik pun macam tak reti nak turun. So layan je lah kakak dan adik kat mainan yg lain.

    Yeaaaahhhhh, daddy tarik kapal ni biar ke tengah sikit!
    Kakak tengah nyanyi lagu row row row your boat...
    Waaahhh, lajunyaaaa...

    Eeee, eeee... muat daddy naik rumah ni ya, hahahaaa...
    Hari yg lainnya pula london di simbahi dengan matahari lagi. Mmmm... I tak biasa lah panas panas ni... rimas. Piiiiraaaah, mau kena kutuk kalau aku cakap camtu kan? hahahaa... Dah cuaca cantik, petang nya terus beli ayam goreng dan bawa tikar, jom kita sun bathing kat Hyde Park. Al-maklum, kulit I ni tak cukup tan lagi lah you... nak termuntah ke? Muntah lah, ahak-ahak.
    Isk isk isk kitorang nak ke Hyde Park, semua nak ke Hyde Park!
    Destinasi yg nak di tuju adalah kat area round pond, dah ada swan tapi belum banyak sangat lagi. Bebudak lain ada bawak roti bagi swan makan. Kakak tengok saja sebab kami cuma bawak ayam goreng... takkan nak bagi kot? Tak kan pula itik nak makan ayam? Tak ke pelik tu? hahahaa... Kakak suka betul tengok swan2 tu... lama betul nak memujuknya beredar dr situ.
    Round Pond...
    Angsa2 ni dah kenyang, ada org bagi makan pun dia buat deeeekkkk ja.

    Pastu kita bentang tikar dan soroo ayam goreng. Emmm... yummy. Ramai lah kat Hyde park ni lepak2, ada yg baca buku, ada yg main bola, melayan anak, ada group minah yg bawak radio & menari2, ada yg main freesbie, banyak yg telentang, telangkup berjemur, macam2 lah. Jadi macam pesta, mood org ramai pun lebih baik. Tak de lah nak masam tak tentu fasal. Kalau winter, gloomy dan org nya banyak yg grumpy, bila time summer cam ni, semua pun lebih ceria.
    Kakak pegang, baru adik bleh berdiri...
    Mari menikmati ayam goreng Perfect Fried Chicken... syedappp.
    La ni lebih mudah nak ke mana2, tak payah nak sarung baju 2 tiga lapis dengan jaket tebal yg adakalanya memberatkan. Dan bila dukung kakak atau adik terasa ringan sedikit. Nampaknya sampai hari ni, matahari dah tak segan menonjolkan diri. Hujan pun dah takde lagi, itu tandanya apa, murid murid? summer comes early... pandai!
    Balik dr Hyde Park singgah kedai buku...

    Adik cari buku apa tu???
    Ya, agaknya betullah, summer dah datang dah ni...
    .
    Alhamdulillah...
    .

    **** ** ****

    3 Comments:

    Blogger afid said...

    wahahha..panjang/tinggi nyer adik masa baring2 tu..
    adakah angsa itu lebih tinggi dr kakak atau hanya teknik gambo?berani plak dia duk dkat2..x kene kejar ke kakak..?
    adik sangat comel ms berdiri kt rak2 buku tu..hehehehehe

    5/12/2008 2:07 am  
    Blogger indera kencana said...

    Ye la... nak buat macam mana kan? Dah memang sekolah aku tak de kolam renang. Huhuhuhuhuhu...
    Tapi kolam renang ITM beso... haaa (tak nak kalah jugak tu...)

    Aku sker tengok gambor swan tu. Besor-besor. Tu kalau masak tu, penuh satu oven tu...

    Aku sker tengok gambor ko ngan Nabila (gambor 2nd last..). Alahai... memang nampak bapa mithali sangat...
    **Bapa Mithali, Bapa Mithaliii... contohilah semua para bapa... Kau contohi sabar, kau contohi taqwa... kerana engkau bapa mithaliiiiiii..**

    Ahahahahahahaha.... tepuk tangan!!!!

    5/12/2008 2:47 am  
    Blogger asr said...

    Afid: Memang angsa tu kalau di tegakkan lehernya lebih tinggi dr kakak. Dia siap sentuh angsa tu... ahak.

    Indera Kencana: Memang beso la angsa tu, daging dia mungkin liat kot, ntah x penah rasa plak. Wah, lagu apa tu? tepuk saja lah, hahahaa...

    5/13/2008 3:34 pm  

    Post a Comment

    << Home