Holland: Amsterdam ~ Day 3
Attractions: Volendam & Marken Island
Chiow dulu beb!
.
HARI ke-3 ni kami bergerak lambat sikit sebab nak elak kesesakan dengan org yg nak pi kerja. So dalam pukul 9 lebih baru lah ke tram station menuju ke Amsterdam Centraal. Dari sini kami amik bas untuk ke Volendam. Bas pulak lengang so senang lah kami conquer seat depan 2 family. Masa on da way ke Volendam kami lalu juga kawasan penanaman bunga2 ni, tapi sebab sibuk melayan kakak dan haziq takde la pulak gambarnya aku snap.
Sampai sampai kat Volendam ni kami tengok sunyi sepi je keliling. Biar betoi ni? Semalam hari Ahad pun sunyi, hari ni Isnin pun sunyi. Diorang semua ni pi mana? Masa bas turunkan kami tu kami pun tatau nak ke mana sebab kat sini takde sign board. Jadinya kami taram sahaja lah mengikut instinct masing2. Tup tup betoi pulak jalan yg di syorkan oleh mozak, memang menuju ke tepi laut. Kat situ baru lah ramai orang termasuk lah pelancong2 lain.
Sempat adik ngan Fahmi enjoy a car ride kat Volendam...
Lengang...yg belakang tu hotel ke, bar ke apa ntah...
Lengang...yg belakang tu hotel ke, bar ke apa ntah...
Masa kami datang tu awal lagi, nak masuk kedai pun senang. Kat sini banyak jual bunga kayu dan juga kasut terompah clog diorang tu. Cantik2 juga. Kalau nak beli di sini buleh lah, jauh lebih murah dari kat Keukenhof semalam. Kami decide biar ke Marken dulu, balik nanti baru ingat nak jenguk2 kedai2 kat sini. Tengok2 next boat to Marken Island jam 12.30 tengahari. Ada dalam 20 menet lagi, so dapatlah survey satu dua benda, at least buleh compare harga bila dah sampai ke Marken nanti.
Kakak dapat kamera mainan, sibuk dia tangkap gambar the giant ice cream...
pastu the giant fun fries pulak...
pastu the giant fun fries pulak...
Dari Volendum nak ke Marken ni mengambil masa 20 menet. Dalam boat tu kami pekena lah hot chocolate dan kopi. Asyik pandang keluar sedar sedar kami dah sampai ke Marken. Marken Island ini ialah perkampungan nelayan orang Belanda ni. Di katakan boys and girls di Marken ni memakai pakaian yang seropa sehingga lah umur mereka 6-7 tahun. Apa yang membezakan hanyalah corak pada topi mereka. Kalau topi tu ada corak jalur ke bawah then its a boy. Tapi masa kami kat sini kami tak nampak pulak ada bebudak yg berpakaian pelik2 begitu. Yang sebenarnya nak jumpa penduduk asal pun cukup susah, kawasan ni macam takde orang ja. Semua orang turun ke laut mancing kot?? Ntah lah.
Hari isnin pun tutup. Kerusi kami duduk tu siap bermangga lagi!
Kedai souvenir dia pun cuma ada 2 ja tak silap aku. Tu la bila sekali boat singgah, seketui kedai souvenir berhampiran jetti tu akan penuh sesak sebab semua pelancong serbu serentak. Pastu lengang, pastu kena serang lagi.... hampeh! Sampaikan nak membayar pun susah benor!
Asalnya mummy nak posing solo, tapi kakak sudah enterframe... ahak.
Rumah nelayan Marken... rumah2 tu bawah bukit so nampak cam mummy lagi besar dr rumah pulak! hahahaaa...
Rumah nelayan Marken... rumah2 tu bawah bukit so nampak cam mummy lagi besar dr rumah pulak! hahahaaa...
Dekat Marken ada sebuah museum yg letaknya di celah celah kawasan perumahan. Kalau dah namanya kampung sah sah lah suasana nya lebih kurang kampung kat tempat kita juga. Penduduk dia ada yg menternak kambing, angsa, ayam & biri-biri. Terkekek2 Nabila, Farah dan Fahmi bila dengar angsa berbunyi... alahai, tak penah jumpa angsa la katakan, hahahaa... cian. Tapi walaupun perkampungan nelayan ni terceruk macam tu tetap ada 2 bijik bank tau dan yg kelakarnya office hour dia cuma dari jam 2-4 petang sahaja. Macam tak percaya tapi giler bess keja 2 jam sehari. Serious!
Sudah puas menghirup udara Marken kami amik semula boat ke Volendam. Kakak yg dah letih asyik nak berdukung dan sekali sekala mintak ice cream. Later when we reach Volendam, we buy ice cream, oke? Pujuk aku bila dia asyik mintak berulang2. Tapi sampai2 Volendam, kakak dah tertido pulak. Time tu pun perut dah berkeroncong. Apa lagi yg buleh di makan selain sea food dia. Order lah fish n chip. Adik pun soroo sama, kakak terus lena dalam stroller.
Kami ingat nak bergambar family memakai costume tradisional org sini, tapi sebab kakak masih tido, kami kansel. Lagi pulak macam tak menarik ja baju dia tu dan rega yg di kenakan tak berapa berbaloi rasanya.
Bapa bapa mithali abad ini... Amiiiinnnn.... :)
Sebenarnya banyak tour group yang buat half day trip ke dua dua tempat ni. Tapi memandangkan kami ada anak kecik so lebih senang plan sendiri. Lebih rileks dan tak perlu terkejar2 masa. Kami ingat nak jugak melawat cheese dan clog factory, malangnya selepas selesai membeli belah souvenir, gedebuk gedebak apa bagai, dah pukul 5. Tempat cheese & clog factory ni pulak kena naik bas walaupun tak lah jauh mana, tapi orang kedai tu kata kemungkinan besar ianya dah tutup dalam waktu2 petang begitu. Terpaksalah kami amik keputusan pulang sahaja, lagi pun barang2 yg di beli memberat dan menyukarkan perjalanan kami.
Bila sampai semula di Amsterdam, kami berlegar2 di kawasan sekitaran dan kemudian kami berenti dinner kat kedai kebab. Mak oiii... baik punya dia katok kami. Dah lah serving dia ciput, kedai pun tak kelas mana, reganya mahal! Bayangkan just daging burger, yess daging bugger bukan bugger ya, dengan fries sejemput reganya sampai Euro12.50! Mahe nak mamposss... sedangkan kat London 2 ketui ayam + 3 ketui chicken wings + fries yg melambak + air, baru £3.99. Apa nak buat... bayo aje lah. Kalau tahu baik lah kami ke kedai Labenese semalam, kedainya ada kelass, order macam2 sampai tak larat makan, reganya pun berpatutan. Malam tu kami balik awal sikit dari semalam maklumlah nak packing.
Kalau korang datang ke Holland ni amik la masa datang sini. Tempat ni tak besar mana tapi worth going especially those who want to find souvenirs. Cantik2 dan berpatutan reganya. Esok tinggal sehari lagi kami di sini. Ada lagi ke souvenir yg tak dibeli...? Kalau tak cukup tak pa, esok masih ada...
.Chiow dulu beb!
.
**** ** ****
3 Comments:
Teringat masa kat sekolah dulu...
Buku teks geografi..
Engkau ingat lagi tak buku goegrafi tu Zam..??
Rasa aku engkau la batch terakhir guna buku tu sebab lepas tu dah digantikan dengan KBSR.
Kita belajar masa darjah 6 pasei pembuatan keju di Belanda, Penanaman Gandum di Prairie, Melombong arang batu di Berlin...
Kalau ingat-ingatkan balik, aku tak nampak apa signifikannya pada bebudak sekolah masa tu terutama bebudak kampung cam aku ni...
But at least I knew where Berlin is..
Masa tu belajar pun main belasah je.
Betul ke cheese kat Belanda dijual secara lambak je..??
laaa patutlah lama x update blog nie. ngupe2nya cuti-cuti Holland.
Indera Kencana: Buku teks yg mana ya? Fajar Bakti ke? Ingat ingat lupa, geografi aku lemah arrr... Rasanya bulan 8 ke hapa ke ada pesta cheese ni, time tu la juai lambak2 kot...
firah: Pegi nya kejap ja, tapi bila balik, asyik ngantuk nak tido. Tu la sebab nya... :)
Post a Comment
<< Home