Xplorace: Chipping Campden-SOW-BOTW-SUA
MEMANDANGKAN member aku Azizi tak lama di sini, kami pun plan lah nak bawak dia berjalan2. Nak bawak tengok country side, kiranya atmosfera yg berbeza dari apa yg ada kat London ni lah. So aku pun surf lah internet. Memula ingat nak ke Somerset tapi rasa cam jauh lah pulak, akhirnya kami decide untuk jelajah Cotswold. Ber-explorace-lah kami pada hari Ahad yg ceria itu. Begini programme nya: London ke Chipping Campden ke Stow-on-Wold (SOW) ke Bourton-on-the-Water (BOTW) ke Stratford-upon-Avon (SUA) ke London semula.
Saujana mata memandang ladang rapeseed, Azizi serius berposing walau perit menahan panas pancaran mentari...
Kami pun sama2 excited sebab 2 tempat kat atas tu, Chipping Campden dan Stow-on-Wold, kami juga tak penah pi. So lepas sarapan dalam kul 9 lebih kitorang pun bertolak. Bila dah lepas je highway, kami dah rasa kelainan kawasan yg kami nak pi ni. Batu batu yg membina rumah rumah di situ sungguh berbeza. Sepanjang jalan juga penuh dengan ladang rapeseed yg sungguh kuning warnanya. Sejuk mata memandang walaupun matahari memancar terang. Pokok2 yang dah berdaun membuatkan jalan menjadi redup. Aku yg memandu ni pun tak rasa letih sebab asyik juga mencuri pandang kiri kanan, sambil berborak2 pelbagai topik dengan Azizi, maklumlah dah lama tak jumpa. Adik ngan kakak tido di belakang dan mummy pun sekali sekala join kami berborak sama.
Masa on da way nak sampai ke Chipping Campden tu kami nampak ada carboot sale terkecik di dunia. Adalah dalam 7-8 penjual sahaja, kami berenti juga. Mummy tunggu dlm keta, aku ngan Azizi ja pi menjenguk. Yg kelakarnya duit aku lebih banyak habis kat sini berbanding dengan Denham yg ada beratus ratus peniaga! Aparaaa...
Basikal pun di hiasi bunga sempena spring & summer...
Rumah rumah di sepanjang jalan ke Chipping Campden ni sungguh unik dan bersih. Batu batu besar bewarna kuning menjadi bahan utama dalam pembuatannya. Terasa memang tepat pilihan kami ke mari untuk melihat country side. Dekat dekat pukul 12 tghr kami pun sampai ke Chipping Campden. Bandar ni seakan mati. Mungkin sebab time tu ada bola penentuan Juara Premier League yg akhirnya menjadi milik Man U, tu yg semua tak keluar rumah. Katanya: Chipping Campden is the most charming and unspoilt of the Cotswold towns. Kalau tengok ngan mata kasar memang betul pun. Macam cerita lama lama dulu binaan dia.
Lengang, mana pegi warga Chipping Campden tatau?
Banyak juga kedai kedai kat sini... ada juga restoran, hotel, kilang silk & museum...
Kakak habis hati dapat aiskrim...
Kakak habis hati dapat aiskrim...
Kalau datang sini mesti mau pegi High Street, kat sini bangunan kiri kanan di buat dari honey-coloured stone, binaannya sedari kurun ke-14 hingga ke-17. Memang lengang giler time kami datang ni. Ada Market Hall dia kat sini tapi kami tak bergambar pulak. Nampak macam stesen bas saja tu la tak amik gambarnya tu, hahahaa... Kami peruntukkan masa 2 jam di sini sebelum meneruskan explorace kami. Kakak cukup tak buleh ngan Uncle Azizi. Di tegur tak buleh, di pandang tak buleh, Uncle Azizi nak pegang stroller adik pun tak buleh. Isk isk isk... Bila azizi sembang ngan aku cakap talipon bunyi tuuut tuut tetiba kakak mencelah NO tuuut tuuut! Bila Azizi tersebut perkataan kakak, kakak terus mencelah lagi NO kakak!!! Apa yg uncle Azizi buat semua NO! hehehee... kelakar pun ada kakak ni lah!
Cantik2 rumah di sini... suasana sekitar pun sunyi, kawasan elit lah kot ni...
Bumbungnya menjadi tarikan... unikkan?
Selesai kakak menikmati ice cream kami menuju ke Stow-on-Wolds pula.Masa nak ke Stow-on-Wolds tu nampak rumah2 yg unik. So apa lagi berenti kereta dan klik klik lagi. Bila kitorang gerak je, kitorang nampak ada keta lain amik spot tadik, diorang pun berenti klik klik jugak, ahak. Stow-on-Wolds ni pulak merupakan bandar yg tertinggi di Cotswold ni. Kami tak berenti, tengok dr dalam kereta ja sebab bangunan & suasana dia nampak sama sahaja.
Lepas beli banglo kami yg ini, adalah sedikit balance dalam beberapa juta, tu la buat lanscape luar pagar tu... bebila free jemput lah datang, jgn malu malu...
Yang ni pulak memang dah lama kami beli. Dah ada org sewa pun.... Waaaa berangan! hahahaaa...
Lepas je lalu area SOW tu, kakak muntah lah pulak! Ayo, habis baju dia dan kakak mula lah menangis, kakak muntah, kakak muntah, tersedu sedu dia bagi tahu. Nasib ada bawak baju extra, tukar je baju, kakak otomatik 100% oke. Caya lah kakak. So untuk menjimatkan masa kami terus ke BOTW dan bila sampai teruslah Azizi begitu excited & teruja sekali. Maklumlah, ramai yg berjemur di tepi river Windrush, hahahaaa.... Waaaa so European, katanya sambil menjeling minah2 yg berbikini! ahak.
Rasa cam nak bukak baju ja dan terus baring2 kat situ... hahahaaa...
Sejuknya air kat sini... camna la bebudak tu boleh berenang, berendam & mandi?
Sejuknya air kat sini... camna la bebudak tu boleh berenang, berendam & mandi?
Berbeza dengan Chipping Campden, BOTW ini sangat hidup. Ramai betui manusia keluar ke bandar dia. Cuaca di sini sangat panas. Matahari menyucuk2 kulit. Lain macam peritnya. Kulit kami yg mulus & putih melepak ni, hahahaa, terus terbakar, hangus dan siap berkilat2 lagi, aisey... Nasib ada bawak cap. Lepas dah snap sekeping dua, kami dok soroo tengahari dulu. Sedap pulak jaket potato bersama tuna mayo kat sini. Memula rasa cam kenyang, tapi bila dah kena sesuap, habis licin aku belasah sebijik potato yg bersaiz gedabak tu. Mummy pekena fish and chip. Adik pun amik lunch dan kakak cuma mengunyah biskut saja.
Adik tunggu order yg belum sampai...
Kami yg rentung di mamah mentari, bila la nak putih balik ni? Ada sesapa nak sponsor fair n lovely???
Kereta kuda di Bourton-on-the-Water... bess tempat ni. Tak jemu dtg lagi...
Walau pun dah penah datang ke mari, tapi bila datang lagi kali ini tetap rasa terpegun. Tetap rasa nak menjelajah kedai2 yg ada di situ dan tetap nak bergambar semula. Dah cukup mengulang kedai souvenir kami pegi pulak ke model village yg ada kat BOTW ini. Bayaran masuknya cuma £3.25 seorang dan model2 bangunan yg di buat ni menggunakan batu batu yg diambil di kawasan Cotswold ini sendiri. Tak lah besar mana area dia tapi bess juga. Sebab tak boleh bawak masuk stroller dan masa tu pulak adik tengah tido, so aku ngan Nabila je masuk bersama Azizi. Mummy tunggu di luar temankan adik.
Seronok lari lari di celah model rumah. Wah, kakak dah nak sama tinggi bumbung lah...
Lagi gambar kakak kat model village bahagian lain...
Daddy pun nak enterframe juga...
Dah tu kami pecut pula ke destinasi seterusnya Stratford-Upon-Avon. Dari sini cuma dalam 40 menet dan bila sampai kedai semua dah tutup. Memang dah agak pun tapi bukannya nak masuk cuma nak bawa Azizi pi jenguk rumah Shakespeare ja. Nasib ada kedai kopi yg masih bukak. So apa lagi, jom pekena kopi jom. Makan lagii.... kali ni order panini, mummy dengan cheese cake nya tapi yg paling bess Azizi, very the very the very the Bristish you know, minum earl grey tea tu... ahak!
Lama gak kami melepak kat sini. Dok rileks rileks amik angin. Lepas dah puas kami pun bertolak semula lah ke London. Begitu lah tamatnya Xplorace yang kami rasa cukup menarik. Hope Azizi felt the same too. Len kali buleh ulang lagi satu dua tempat yg kami dah pi ni. Yg bessnya Chipping Campden, Stow-on-Wolds, Bourton-on-the-Water dan Stratford-upon-Avon tu jaraknya tak lebih dari 1 jam antara satu sama lain. So kalau sapa sapa yang nak melawat Cotswold buleh lah ikut programme Xplorace kami ni. Ada berani? Tapi kalau bertolak awal, lagi lah lama buleh spend kat satu2 tempat.
Meh minum meh... kakak tido dlm stroller.
Oh ya, cuaca yg terik ni buat aku kesian pada Azizi, mesti orang ingat balik dari Montreal & London kulit pun makin cerah, rope-ropenyer makin legam, hahahaa... nasib kau lah labuuuuuu....kui kui kui! Dan sebab cuaca panas ni lah kot adik demam beberapa hari yg lalu... la Alhamdulillah adik dah aktif semula.
Waaaa, penat dah aku menaip. Amacam, penat baca? Korang tengok gambar ja kan? Huhuhuuu... tak ape laaaaah.
.
Bye-bye bebeh!
.
**** ** ****
3 Comments:
Agenda Xplorace dah masuk dlm diari kami tungggu nak set date je, apa kata join kami lagi sekali..boleh kita beli rumah berjiran..ha..ha.. and the more the merrier dah gitu..ahaks
Bungalow tu ke yang ko cakap masa ko tengah cukur kepala Haziq dulu tu..?? :b
Kalau ada belen berjuta-juta tu, kalau tak nak, masuk je dalam akaun aku... Ahahahahahaha..
Wan: Waaa berjiran lah kita nanti ya? ahak. Nak join dlm masa terdekat ni tak kot, tgh bln 6 ni mungkin...
Indera Kencana: Tak lah, tu yg lain, hat tu kat Spain, hahahaa... Berangan!
:)
Post a Comment
<< Home