Princess...
SUATU petang...
No, not this one... this one! kata kakak sambil menyerahkan aku baju yg lain yg ada gambar cinderella bersama puteri2 dalam cerita beauty & the beast dan sleeping beauty. Tersenyum senyum dia saat aku sarungkan baju tu ke badannya.
Wah... kakak wears princess t-shirt!Suka betul dia dapat pakai baju tu.
Princess!!! kata kakak pada aku sambil menunjuk2kan gambar kat t-shirt dia. Memang suka betul dia baju tu walau pun sudah sedikit lusuh...
Kakak malu malu, kemudian menggangguk... hahaha aku gelak... waaaa kakak princess lah.
Are you princess? aku tanya lagi...
Skali lagi kakak angguk malu malu dan senyum senyum tanpa sepatah kata pun.
haahahaa... ya lah... kakak princess lah! hahaha...
BEBERAPA hari kemudian...Aku balik dari kerja dan masa tu kakak tidur di tingkat bawah. Adik yang dah sedia bangun mengangkat 2 tangan dan cepat sahaja aku mendukung dia. Mummy pula nak menyiapkan dinner, so aku decide untuk mandikan adik. Kami naik ke tingkat atas. Mummy di dapur. Kakak masih tido di bawah. Selesai saja adik mandi tetiba aku dengar kakak menangis.
Daddy... daddy... katanya menangis2 memanggil aku. Aku buat buat tak dengar. Mummy bagi tahu kakak yg aku ada kat atas. Sekejap kemudian kuat bunyi derap kaki kakak menaiki tangga. Masih tersedu sedu menangis.
Daaaddddyyy.... Aku biarkan juga. Bila sampai separuh tangga kakak tiba tiba berhenti menangis. Mungkin masa tu dia was-was samada aku ada kat tingkat atas atau tidak.
Daddy? kakak memanggil tanpa sedikit sendu pun.Daddy? kakak panggil lagi.
Kakak... daddy's here... akhirnya aku menyahut.
Dengar ja suara aku, terus kakak menangis semula. Bila kakak sampai ke pintu bilik dan nampak aku yg baru nak mengenakan napkin adik, semakin menjadi2 tangisnya. Berlinang-linanglah air mata. Terus dia menangis di muka pintu. Nak kan perhatian. Seolah olah dia sedih sangat aku melebihkan adik dia sebab selama ni bila balik kerja mesti dia dulu yg meluru. Kakak tak berganjak di muka pintu. Tersedu sedu dia menangis di situ.
Daaaddyyy... kakak memanggil bagai merayu minta aku dapatkan dia.Dadddyyyyy... katanya lagi dalam sedu sedan yang berpanjangan bila aku tak memberikan respon.
Come here, aku bersuara. Keras sedikit bunyinya.
Mendengarkan itu, cepat saja kakak datang kat aku. Aku angkat dia & letak atas katil sebelah adik yang baru siap bernapkin. Air mata kakak aku kesat.
Why kakak cry? Kakak is a big girl now, kakak shoudnt be crying over things like this, oke? When daddy came back just now, kakak was sleeping... kata aku cuba memujuk.
Tiba2 kakak letakkan kedua2 jari telunjuk dia kat 2 hujung matanya, melurutkan ke pipi dan berkata:
Princess saaaaddd, Princess cryyyyy.....
Haaa PRINCESS??? hahahaa... memula aku rasa nak kesian, tapi bila dengar kakak bahasakan diri dia princess, terus aku nak tergelak, ahak... kakak... kakak....
Princess, wait for your turn oke... hahahaaa...
Adik pun enjoy playground kat Bekonscot Model Village ni...
Adik pun enjoy playground kat Bekonscot Model Village ni...
Sampai hari ni dah kerap dia membahasakan diri dia princess. Princess nak hug, princess fall like humpty dumpty, princess nak orange dan sebagainya. Itu lah dia nya... Kakak i.e Anna Nabila i.e the only princess in our family...
.
.
Muuuahhhh...
**** ** ****
3 Comments:
Hahahahaha... tu tandanya dia dah ada kebolehan menggunakan imaginasinya sebagai medium pembelajarannya. Sama macam anak aku dulu minat kat Disney's Princesses. Sekarang pun masih minat lagi terutamanya Cinderella.
Tu belum lagi dia tukar nama dia. Macam anak aku, sekejap dia kata nama dia Nadia, Shahira kadang-kadang Erma Fatima... Aduuuhhh..
Kalau anak kau dah pandai minat kat budak lelaki, lagi klakar Zam...!!
Ya, aku dah baca kisah anak ko ngan dia punya secret admire, memang kelakar. Tak lama lagi makan nasi minyak la kita ya, jgn lupa jemput. Hahahahaaaa....
Good post.
Post a Comment
<< Home